21 January 2025

PILIHAN UNTUK OPTION SMART SAVER 300 DAN SMART SAVER 1000 DALAM MEDICAL CARD REPRICING


 

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Post kali ini adalah untuk penjelasan berkenaan dengan pilihan yang client boleh buat untuk mengurangkan kesan kenaikkan harga medical sejak beberapa tahun ini.

Medical card repricing exercise ni bukan melibatkan syarikat tertentu sahaja, akan tetapi ia adalah melibatkan keseluruhan ekosistem perkhidmatan insurans atau takaful perubatan. Secara ringkasnya, ia sudah menjadi agenda industri dan juga telah sampai ke peringkat perbincangan di Parlimen sehinggakan Bank Negara Malaysia (BNM) terpaksa campur tangan sebagai regulator.

.

Posting ini khas untuk client-client yang ada plan takaful kad perubatan PruBSN secara umumnya dan client-client saya secara khususnya.

Apabila pelan medical card anda terlibat dengan process semakan harga caruman (repricing) disebabkan oleh caj tabaru' yang semakin meningkat atas beberapa faktor seperti inflasi, kadar tukaran wang asing (disebabkan banyak peralatan dan ubat-ubatan diimport dari luar negara), kos rawatan termasuk dari segi teknologi yang semakin canggih serta sofistikated antara penyumbang utama kadar tabaru' caj terpaksa di naikkan. Ini sangat penting untuk memastikan kemampanan tabung tabarru' untuk tujuan tuntutan client pada masa akan datang.

.

Apabila kenaikkan atau semakan harga atau repricing berlaku, caruman yang dibayar setiap bulan akan meningkat. Bergantung kepada jenis plan, umur dan tempoh perlindungan. Namun begitu, ada beberapa pilihan yang biasanya ditawarkan oleh pihak pengendali takaful.
.

Sebagai contoh di PruBSN. Ada 4 pilihan yang boleh dibuat oleh client.

Pilihan tersebut adalah seperti di bawah.

OPTION 1- Terima seperti yang dinyatakan dalam surat semakan harga caruman (repricing)

Yang ini, kalau client tak terima dan tidak memilih untuk option yang lain di bawah, kenaikkan akan tetap berlaku dan sekiranya client masih bayar mengikut kadar caruman yang asal, lama kelamaan, akan ada tunggakkan caruman. Tapi kalau client bayar balik tunggakkan dan ikut harga baru, certificate akan cover macam biasa.

OPTION 2- Ambil pilihan Smart Saver 300 atau Smart Saver 300 atau High Deductible

Untuk client yang ambil plan medical card full coverage, boleh ada pilihan untuk tukar kepada options Smart Saver 300 atau Smart Saver 1000 atau high deductible. Apa itu smart saver dan juga deductible.

Smart saver dan juga deductible adalah satu istilah yang diguna pakai untuk plan perubatan yang ada perkongsian bayaran antara client dan juga syarikat Takaful setiap kali mendapatkan rawatan di hospital.


Full Coverage : Client tak perlu bayar kos rawatan kecuali item-item yang tidak cover oleh pihak syarikat takaful. Basically pihak syarikat takaful akan cover semua kos rawatan (*kecuali yang tak cover - kena tengok dalam senarai exclusion)

Smart Saver 300 :  Client perlu bayar RM 300 setiap kali masuk hospital termasuk juga kalau ada item-item yang tidak dicover seperti yang dinyatakan dalam senarai exclusion dalam sijil takaful. Namun, sekiranya client masuk hospital berturut2 dalam tempoh 90 hari selepas dari keluar wad untuk kes pertama, dan disebabkan oleh penyakit yang sama, RM 300 tidak perlu dibayar.

Smart Saver 1000 : Sama seperti Smart Saver 300, tapi yang ini jumlah yang client kena bayar setiap kali warded adalah RM 1,000. Tidak termasuk item-item yang tersenarai dalam senarai exclusion di dalam sijil.

High Deductible : Konsepnya sama sahaja macam smart saver, tapi jumlah yang client kena bayar lebih tinggi. Bermula dengan RM 10,000, RM 20,000 hingga RM 50,000. Maksudnya, untuk jumlah bil yang belum melepasi had High Deductible, client perlu bayar bil rawatan tersebut. Sekiranya jumlah bil yang melepasi dari nilai high deductible, baru lah client boleh claim guna medical card high deductible ini mengikut syarat dan terma seperti yang dinyatakan di dalam sijil.

.

OPTION 3- Ambil pilihan untuk pendekkan tempoh sustainability perlindungan medical card.


Untuk pilihan ini, client perlu mendapatkan maklumat daripada syarikat takaful atau pun agent untuk menyemak berapa jumlah tahun (tempoh sustaiability) yang boleh dikurangkan. 

Apa itu Tempoh Sustainability dalam plan medical card?

Secara ringkasnya, apabila client sign up plan takaful berserta dengan manfaat perubatan (medical card), jumlah caruman yang dikira dalam system quotation akan mengikut kiraan tempoh tamat olan tersebut. Sebagai contoh, client ni berumur 25 tahun sign up takaful yang ada manfaat medical card RM 200 sebulan dan coverage medical tersebut tamat tempoh sehingga umur 70 tahun. Maksudnya jumlah caruman yang dikira cukup untuk tampung caj tabarru' medical card tersebut sehingga umur 70 tahun (sekiranya tiada sebarang semakan harga).

Akan tetapi, apabila ada semakan harga (repricing), harga caruman yang pada asalnya cukup untuk tampung kos caj tabarru' sudah tidak mencukupi. Sebab tu caruman akan naik. Namun begitu, client ada pilihan untuk pendekkan tempoh sustainability tersebut untuk membolehkan caruman tidak naik terlalu banyak atau kembali kepada asal cuma, tempoh sustainability mungkin mampu bertahan sampai umur 60 tahun sahaja. 

Pada masa akan datang, sekiranya client nak panjangkan tempoh sustainability tersebut, client kena tambah caruman. Untuk pengetahuan client, semua kiraan perlu dibuat di pihak endorsement department syarikat takaful. Sebab mereka kena buat pengiraan semula dan biasanya semua process tersebut dibuat di back end (bahagian operasi).

Caranya adalah, client perlu apply melalui HQ atau agent untuk process pengubahan tempoh sustainability. Pihak syarikat kemudiaannya akan menghantar CAS Letter (customer acceptance sustainability letter) kepada client dan sekiranya client setuju dengan syarat yang ditawarkan, client perlu tandatangan dan kembalikan kepada pihak endorsement department (bahagian pengubahsuaian sijil) untuk penetapan harga yang baru.

Permohonan pengubahsuaian (endorsement application) boleh dibuat pada bila-bila masa. Akan tetapi, tidak semua boleh gunakan cara ini disebabkan beberapa syarat sustainability yang telah ditetapkan oleh syarikat mengikut guideline dari regulator. Client boleh memohon dulu dan tunggu reply dari syarikat untuk dapatkan CAS Letter sebagai pengesahan.

Namun, untuk kes repricing, sekiranya client baru sahaja terima surat semakan harga (repricing letter), dan ingin memilih option 3 ini. Adalah dinasihatkan untuk tunggu sehingga tarikh kenaikkan yang dinyatakan dalam surat semakan. Ini kerana, kalau client mohion ubah sustainability lebih awal, dikhuatiri, apabila sampai tempoh tarikh repricing sebenarnya, harga akan naik juga disebabkan sistem dan pre set akan ada semakan harga pada tarikh tersebut. 

Biasanya, client akan terima surat dalam tempoh 90 hari atau 60 hari atau 30 hari dari tarikh sebenar kenaikkan. Jadi, kalau nak pilih option 3 ni, tunggu dulu sampai tarikh kenaikkan dan bayar sebulan bayaran harga yang baru. Kemudian baru lah mohon untuk turunkan semula ikut harga yang client inginkan. Bergantung kepada terma dah syarat.

OPTION 4 : Kalau tak sempat nak buat sebelum tarikh kenaikkan, dan lepas dah naik baru nak buat. Bayar je dulu ikut bayaran baru, then boleh request untuk ubah sustainability atau reduced benefits

Untuk client yang mungkin tak sempat nak buat perubahan harga (endorsement) untuk pendekkan tempoh sustainability sebelum kenaikkan harga, boleh buat demikian walau pun harga dah naik. Just bayar je dulu ikut harga yang baru kemudian boleh request untuk dapatkan harga yang kita mampu (bergantung kepada terma dan syarat. Sama ada dengan ubah tempoh sustainaibility, atau ubah manfaat yang ada sama ada rendahkan atau mungkin buang mana yang kurang penting. 

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi pihak syarikat atau servicing agent anda untuk mendapatkan khidmat nasihat.


Sekian, terima kasih. Semoga Bermanfaat.
.
Aziz Riadi
Senior Agency Manager
PruBSN Takaful Berhad
Muqmeen Group
Icity.

 

01 December 2024

PANDUAN MUDAH PELAN TAKAFULINK (INVESTMENT LINK TAKAFUL) DI MALAYSIA


Sumber Gambar : Life Takaful

Pelan Takaful Link Berkaitan Pelaburan atau Investment Link takaful semakin popular di kalangan rakyat Malaysia yang mahu gabungan perlindungan takaful dengan peluang untuk melabur.

Dalam artikel ini, saya akan kongsikan apa itu pelan takaful jenis ini, manfaatnya, serta bandingkan dengan pelan takaful biasa berdasarkan maklumat daripada PruBSN Takaful.


1. Apa Itu Insurans Berasaskan Pelaburan (Investment Link) dan Investment Link Takaful (selepas nie saya namakan Takafulink) ?

Investment Link takaful / insurans adalah produk insurans atau takaful yang menggabungkan perlindungan dengan pelaburan. Ini bermakna, sebahagian daripada duit yang kita bayar setiap bulan akan digunakan untuk perlindungan, manakala selebihnya akan dilaburkan dalam dana-dana tertentu yang mungkin memberi pulangan pelaburan.


Untuk produk takafulink, ia adalah mematuhi shariah (shariah compliance) dan mempunyai panel shariah yang memantau semua activity syarikat, bukan hanya dari segi pelaburan, tetapi juga semua tatakelola dan pengurusan. Ini kerana wang caruman yang disumbangkan oleh peserta bukan hak milik pengendali takaful (syarikat takaful), tapi sebaliknya ia adalah sebagai pengurus operasi untuk sebarang tujuan seperti tuntutan pampasan dan sebagainya.

Pengendali takaful ini dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia, dan mereka tidak boleh sewenang-wenangnya melakukan perkara-perkara yang salah disisi undang-undang dan perlu patuh pada piawaian yang telah ditetapkan oleh BNM.

Oleh kerana sebahagian dari caruman sumbangan peserta dilaburkan di dana-dana pelaburan yang dibenarkan dan mempunyai risiko dan pulangan, peserta layak untuk mendapatkan pulangan pelaburan dari pecahan sumbangan tersebut. Namun, pada masa yang sama, ia juga terdedah dengan risiko kerugian disebabkan harga dana mungkin jatuh. Pulangan pelaburan akan tertakluk kepada pasaran saham semasa.


2. Bila Pelan Takaful Link Pelaburan Bermula di Malaysia?


Pelan Takaful Link Pelaburan diperkenalkan di Malaysia pada awal tahun 2000-an. Sejak itu, pelan ini menjadi pilihan utama bagi mereka yang mahukan perlindungan serta peluang pelaburan berlandaskan prinsip syariah. PruBSN Takaful, antara syarikat takaful terkemuka di Malaysia, turut menawarkan pelan ini untuk rakyat Malaysia.


3. Manfaat Takaful dalam Pelan Takaful Link Pelaburan


Pelan Takaful Link Pelaburan daripada PruBSN Takaful biasanya menawarkan pelbagai manfaat. Antaranya:


- **Manfaat Kematian**:

Sekiranya berlaku kematian, wang pampasan akan diberikan kepada ahli keluarga atau penerima manfaat yang kita tentukan.


- **Hilang Upaya Kekal (TPD)**:

Memberi perlindungan jika kita tidak lagi boleh bekerja akibat hilang upaya kekal.


- **Manfaat Penyakit Kritikal**:

Sekiranya kita didiagnosis dengan penyakit kritikal, pampasan akan diberikan.


- **Nilai Pelaburan**:

Sebahagian daripada sumbangan kita dilaburkan, dan jika pelaburan ini untung, kita akan mendapat pulangan.

- **Fleksibiliti Tambahan**:

Kita boleh menambah atau mengurangkan perlindungan serta memilih jenis pelaburan mengikut kesesuaian diri. Kita juga boleh membuat pengeluaran sebahagian dari nilai tunai yang ada dan tertakluk kepada syarat dan terma syarikat.


4. Kelebihan Pelan Takaful Link Pelaburan Berbanding Takaful Biasa


Ada beberapa kelebihan jika kita memilih pelan Takaful Link Pelaburan berbanding pelan takaful biasa:


- **Ada Potensi Pulangan Pelaburan**:

Berbeza dengan pelan biasa yang hanya memberi perlindungan, pelan ini beri peluang untuk kita melabur dan mendapatkan pulangan.

- **Fleksibel**:

Kita boleh ubah suai perlindungan atau pilih dana pelaburan yang sesuai dengan tahap risiko kita.


- **Nilai Tunai Bertambah**:

Nilai tunai dalam akaun kita boleh meningkat jika pelaburan kita berjaya.


- **Pengeluaran Wang Mudah**:

Kita boleh keluarkan sebahagian nilai tunai tanpa menjejaskan perlindungan utama.


 5. Kekurangan Pelan Takaful Link Pelaburan Berbanding Takaful Biasa


Walaupun menarik, pelan ini ada kekurangannya jika dibandingkan dengan takaful biasa:


- **Risiko Pelaburan**:

Tiada jaminan keuntungan kerana pulangan bergantung pada prestasi pasaran. Ini bermakna nilai pelaburan boleh naik atau turun.


- **Kos Lebih Tinggi**: 

Biasanya kos untuk pelan ini lebih tinggi kerana ia melibatkan pengurusan pelaburan.


- **Nilai Perlindungan Boleh Berkurang**: 

Jika prestasi pelaburan kurang baik, kita mungkin perlu bayar lebih untuk kekalkan perlindungan sedia ada.


- **Lebih Kompleks**:

Pelan ini mungkin agak sukar untuk difahami kerana ada elemen pelaburan yang memerlukan kita faham risiko pasaran.


### Kesimpulan ###


Pelan Takaful Link Pelaburan adalah pilihan menarik bagi yang mahukan perlindungan dan pada masa sama ingin melabur. Namun, penting untuk kita fahami risiko yang ada dan buat pilihan yang sesuai dengan matlamat kewangan kita. Pelan ini sesuai untuk mereka yang ingin melindungi diri dan keluarga sambil berpeluang mengembangkan wang secara jangka panjang.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan berkenaan plan takaful atau product kewangan yang lain atau ingin mendapatkan khidmat nasihat kewangan, boleh click di link berikut : http://financialcoach.wasap.my

Aziz Riadi
Shariah Registered Financial Planner
Muqmeen Group

03 October 2024

CARA HANDLE PERASAAN "DOWN" LEPAS KENA REJECT DALAM SALES TAKAFUL


Dalam dunia jualan, especially dalam Business Takaful, tak semua prospek akan kata “Ya” setiap kali kita buat presentation. Ada yang akan reject. Dan jujurnya, bila kena reject, memang rasa “down,” kan? 


Tapi, rejection ni sebahagian daripada game dia. So, macam mana nak bounce back bila semangat kita jatuh? 


Jom tengok beberapa langkah yang saya selalu guna nie!


1. Jangan Ambil Hati – Anggap Itu Biasa, nama pun meniaga

Bila kena tolak, perkara pertama yang korang kena buat ialah jangan ambil hati. Rejection ni sebenarnya biasa. Kadang-kadang prospek tolak sebab bukan masa yang sesuai untuk mereka, atau mungkin mereka belum faham sepenuhnya tentang produk yang korang tawarkan. Jadi, jangan rasa down sangat, sebab ia bukan pasal diri korang, tapi pasal situasi prospek tu.


2. Reflection , Bukan Menyalahkan Diri Sendiri  

Lepas kena reject, cuba duduk dan fikir sekejap, adakah ada cara lain yang korang boleh improve? Tapi ingat, ini bukan untuk menyalahkan diri sendiri, tapi untuk belajar dari pengalaman. Mungkin cara penyampaian boleh dipertingkatkan, atau korang boleh improve dari segi memahami keperluan prospek. Anggap setiap rejection tu sebagai peluang untuk jadi lebih baik!


3. Bercakap Dengan Mentor atau Sales Buddy 

Jangan simpan rasa kecewa tu sorang-sorang. Kadang-kadang, bila korang rasa down, bercakap dengan mentor atau rakan sepasukan yang lebih berpengalaman boleh bantu korang dapat perspektif baru. Mereka pun pernah lalui benda yang sama, dan mungkin mereka ada tips untuk handle situasi rejection dengan lebih baik. 


4. Fokus Pada Matlamat Besar

Bila rasa down, cuba ingat balik kenapa korang pilih kerjaya dalam Takaful ni. Apa matlamat besar korang? Nak bantu lebih ramai orang? Nak bina kerjaya yang stabil? Fokus pada matlamat ni akan bagi semangat balik. Rejection tu cuma satu halangan kecil dalam perjalanan korang ke arah kejayaan yang lebih besar.


5. Move On dan Cuba Lagi, ramai lagi prospect!  

Ingat, satu rejection tak bermakna akhir dunia. Kalau korang terus stuck kat situ, korang akan terlepas peluang baru. Jadi, cepat-cepat bangkit dan move on. Ada ramai lagi prospek di luar sana yang mungkin betul-betul perlukan perlindungan Takaful, dan mereka tengah tunggu korang. So, jangan putus asa, cuba lagi, dan keep pushing!


6. Celebrate Kemenangan Kecil (Reward diri)

Lastly, jangan lupa raikan kejayaan kecil korang. Mungkin kali ni korang tak berjaya close sale, tapi korang dah berjaya dapatkan prospek, dah berjaya buat appointment, atau dah berjaya present dengan baik. Ini semua langkah ke arah kejayaan. Celebrate setiap kemajuan, tak kira kecil atau besar.


Kesimpulan: Kegagalan Bukan Sebuah Pengakhiran..  

Kena reject memang bukan benda yang seronok, tapi ia adalah sebahagian daripada proses. Jangan biarkan rejection ni melemahkan semangat korang. 

Terus belajar, terus cuba, dan yang penting, jangan pernah berputus asa. 

Setiap kali korang bangkit lepas rejection, korang dah semakin dekat dengan kejayaan yang korang impikan. 


Keep going, you've got this! 💪


Nak jadi agent berjaya?..saya boleh bantu. Income bulanan boleh cecah RM 10,000 sebulan dalam masa 1 atau 2 tahun jadi agent. Click link n

https://joinmuqmeen.wasap.my

https://joinmuqmeen.wasap.my

https://joinmuqmeen.wasap.my

Abd Aziz Riadi
ShRFP
Muqmeen Group

02 October 2024

FINANCIAL FREEDOM : LANGKAH PERTAMA KE ARAH BEBAS HUTANG DAN KEWANGAN




Antara GOAL UTAMA saya adalah untuk mencapai financial freedom pada umur 49 tahun. Sebelum umur 50 tahun.

Kenapa Financial Freedom penting kepada saya?


Meh saya nak cerita sikit.

Bila saya habis belajar lebih 20 tahun lepas, macam semua orang lain, saya excited nak mulakan hidup baru. Tapi masa tu saya cepat sedar, kehidupan sebenar ni bukan sekadar dapat kerja dan berbelanja sesuka hati. Saya buat keputusan untuk urus kewangan saya sebaik mungkin, seawal mungkin. Keputusan tu sebenarnya banyak mengubah hidup saya sehingga hari ni, sampai saya boleh capai apa yang dipanggil **kebebasan kewangan**.

Kalau korang baru je graduate atau baru kahwin, percayalah, mula urus duit korang dari sekarang. Saya nak share beberapa perkara yang saya belajar sepanjang perjalanan ni.

1. Elak Hutang Tak Perlu 

Masa mula kerja, saya nampak ramai kawan-kawan ambil hutang untuk beli kereta mahal, atau melancong ke luar negara dengan kad kredit. Saya pulak pilih untuk hidup sederhana. Saya tak ambil hutang melainkan betul-betul perlu. Keputusan ni buat saya lebih tenang, sebab saya tak terbeban dengan bayaran bulanan yang menekan kewangan. 



2. Mula Menyimpan dan Melabur Awal
Daripada gaji pertama saya, saya terus mula menyimpan. Saya tahu, simpanan je tak cukup, jadi saya belajar tentang pelaburan. Seawal umur 24 tahun, saya dah buka akaun saham dan mula melabur. Mula-mula, memang tak banyak, tapi lama-lama, dengan kuasa compounding, pelaburan saya berkembang dengan baik. Percaya lah, lagi awal korang mula, lagi banyak masa pelaburan tu boleh bertumbuh.

3. Set Matlamat Kewangan
  
Kalau korang takde matlamat, susah nak nampak arah kewangan korang. Saya tetapkan matlamat untuk jangka masa pendek, macam nak beli rumah, dan jangka masa panjang macam nak bersara awal. Setiap kali saya simpan duit atau buat pelaburan, saya ingat balik matlamat yang saya nak capai. Ini buat saya lebih berdisiplin dan fokus.

4. Belajar Ilmu Kewangan 
 
Tak rugi kalau korang invest masa untuk belajar tentang kewangan. Saya mula baca buku, pergi seminar, dan ambil nasihat dari orang yang lebih arif tentang kewangan. Lagi banyak kita tahu, lagi yakin kita buat keputusan kewangan. 

5. Kebebasan Kewangan Buka Banyak Peluang
  
Bila kewangan korang stabil, korang akan rasa lebih bebas nak buat pilihan hidup. Macam saya, saya boleh ambil risiko tukar kerjaya, mula perniagaan baru, dan yang paling penting, saya boleh sediakan yang terbaik untuk keluarga saya tanpa risau soal duit.

6. Kehidupan Lebih Tenang Tanpa Tekanan Duit
  
Bila duit dah terurus, hidup korang jadi lebih relax. Saya tak perlu risau setiap bulan pasal hutang atau bil tertunggak. Saya boleh fokus kepada perkara yang lebih penting dalam hidup. Ini buat kehidupan saya dan keluarga lebih bahagia.

7. Rancang Bersama Pasangan
  
Bila korang baru kahwin, penting sangat untuk berbincang dengan pasangan pasal kewangan. Saya dan pasangan mula merancang dari awal perkahwinan kami, termasuk simpanan untuk anak-anak dan persaraan. Dengan asas kewangan yang kukuh, kami boleh merancang masa depan dengan lebih baik.

Akhir Kata: "Mula Sekarang, Jangan Tunggu. Sumber masa muda, kesihatan dan tenaga tetap akan habis kalau kita tak manfaatkan"- AAR
  
Kebebasan kewangan tak datang dalam sehari, tapi ia boleh dicapai kalau korang mula sekarang. Sama ada baru graduate atau baru berkahwin, jangan tunggu. Simpan, labur, dan elakkan hutang yang tak perlu. Lagi awal korang mula, lagi banyak peluang untuk capai kebebasan kewangan. Masa adalah aset terbesar. So, jangan tunggu lama-lama!

Nak yang cuba peluang jadi ejen takaful boleh click link ni.


Aziz Riadi
ShRFP
Muqmeen Group
PruBSN Takaful

#financialplanning #tambahincome #buatbisnes #takaful #fianncialprotection #hibahtakaful #hibah #medicalcard

#loan #financing #financialliteracy #takafulawareness #takafulshahalam #bebashutang #debtfreedom

IFSA 2013 BERKENAAN DENGAN TAKAFUL


Maklumat di bawah ini adalah klausa dalam Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 berkenaan takaful dan hibah bersyarat.


 JADUAL 8
[Seksyen 140]
 PERUNTUKAN YANG BERHUBUNGAN DENGAN SIJIL TAKAFUL

JADUAL 9
[Seksyen 141]
PENDEDAHAN DAN REPRESENTASI PRAKONTRAK, DAN REMEDI BAGI SALAH NYATAAN

JADUAL 10 
[Seksyen 142]
PEMBAYARAN MANFAAT TAKAFUL DI BAWAH SIJIL TAKAFUL KELUARGA DAN SIJIL TAKAFUL KEMALANGAN DIRI

3. KESAN PENAMAAN

3. (1) Seorang penama di bawah subperenggan 2(1) hendaklah menerima manfaat takaful yang kena dibayar di bawah sijil takaful sama ada sebagai seorang wasi atau sebagai seorang benefisiari di bawah hibah bersyarat, mengikut mana–mana yang berkenaan, sebagaimana yang dinyatakan dalam borang penamaan oleh peserta takaful itu.

(2) Suatu penamaan oleh peserta takaful menurut subperenggan 2(1) bagi seorang penama untuk menjadi seorang benefisiari di bawah hibah bersyarat, hendaklah, walau apa pun mana–mana undang–undang bertulis, mempunyai kesan memindahkan pemilikan, dan hendaklah memindahkan pemilikan, manfaat takaful yang kena dibayar itu kepada penama itu atas kematian peserta takaful itu dan manfaat takaful sedemikian yang dipindahkan tidak menjadi sebahagian daripada harta pusaka peserta takaful yang mati itu atau tertakluk kepada hutangnya.

(3) Jika manfaat takaful adalah dibayar di bawah suatu hibah bersyarat, sekiranya dibuktikan bahawa sijil takaful itu telah diambil dan sumbangan takaful itu telah dibayar dengan tujuan untuk memfraud pemiutang peserta takaful itu, pemiutang itu hendaklah berhak untuk menerima daripada manfaat takaful yang kena dibayar di bawah sijil takaful sejumlah yang sama dengan sumbangan takaful yang telah dibayar di bawah sijil takaful itu.

(4) Walau apa pun subperenggan (3), sekiranya seorang benefisiari telah menerima manfaat takaful itu secara suci hati, dan manfaat sedemikian telah digunakan oleh benefisiari itu, pemiutang itu hendaklah menerima sejumlah yang sama dengan manfaat yang belum digunakan sekiranya manfaat yang belum digunakan sedemikian adalah kurang daripada sumbangan takaful yang telah dibayar.

Sekiranya anda perlukan khidmat nasihat, boleh click link http://financialcoach.wasap.my

Aziz Riadi
ShRFP
Muqmeen Group