21 February 2010

RESPECT, BONDING dan ENERGY

RESPECT, BONDING dan ENERGY a.k.a RBE

Apa kaitan perkataan di atas dengan business insurance/takaful?...

3 element yang mungkin biasa kita dengar...tapi apa kaitannya antara satu sama lain. Dan apa kaitannya secara langsung dengan business insurance/takaful?

Sepanjang saya buat business insurance bersama dengan Prudential, semenjak 2003, ada beberapa perkara yang bebetul mengajar saya...mengenai ENERGY (semangat)...

Business insurance nie penuh dengan semangat, penuh dengan kekuatan mental. Jadi, kita lihat pulak, macam mana nak dapatkan semangat nie....terutama kita dah tahu bahawa Business Insurance nie adalah REJECTION BUSINESS. Business yang sentiasa kena reject..(tapi tak semua reject)....cuma ramai yang reject...jadi, apa ubat yang terbaik utk merawat rejection nie?...ubatnya adalah semangat kita atau positive energy yang ada dalam diri kita.

Persoalannya...macam mana nak dapatkan semangat nie?...Pada saya simple je...

Cuba kita renungkan, kenapa Allah suruh kita solat berjemaah?...kalau kita solat Zohor seorang diri, berapa rakaat kita perlu solat?...4 rakaat bukan?...kalau solat Jemaaah Zohor?...berapa rakaat kita kena perlu solat?...4 rakaat atau lebih?...sudah tentu 4 rakaat jugak...tetapi pahala dan keberkatan yang kita peroleh?...adakah sama dengan kita solat sendirian?...
Jadi, kita renung dalam business insurance pulak. Ramai yang mengetahui, dan mengakui bahawa buat insurance nie tak boleh buat seorang diri. Kena buat berkumpulan, buat secara berjemaah....dan istilah yang biasa kita guna "TEAMWORKING"...

Apa prinsip asas kerja berkumpulan nie?...pada saya ialah RESPECT....kita perlu respect kepada orang lain dalam kumpulan kita. Respect ini sangat luas, saya berikan contoh yang paling mudah...Apabila jalankan sesebuah project, sudah tentu ada pembahagian tugas dan setiap tugas tersebut perlu diselesaikan mengikut masa yang ditetapkan dan dengan sempurna. Jadi, cuba bayangkan, ada salah seorang team member yang selfish..mementingkan diri sendiri, apa akan jadi dengan project tersebut?..sudah tentu ada masalah, dan mungkin menyebabkan team member lain terpaksa membuat kerja lebih...Apabila ada yang buat kerja sikit, ada yang buat kerja lebih, tetapi hasilnya semua dapat. Sebagai manusia biasa, akan ada perasaan tak puas hati dikalangan team member....akhirnya...apa jadi dengan group tersebut..akan jadi berpecah belah, tiada sifat saling mempercayai...

Sebaliknya, sekiranya setiap team member tahu tanggungjawab masing2 dan RESPECT kepada team member lain...hati kita akan happy dan dari situ lah terbentuknya UKHWAH sesama ahli...atau BONDING....dan apabila BONDING antara satu sama lain semakin kukuh, dari situ datangnya ENERGY. Dari energy yang luar biasa itulah terhasilnya performance kerja hebat. Dan akhirnya ia akan mewujudkan satu persekitaran yang sangat positive. Persekitaran yang positive ini membolehkan kumpulan tersebut berkembang dan terus berkembang.
Mungkin ada yang memandang remeh perkara ini, akan tetapi kepada leader2 atau manager2 yang pernah ada pengalaman membangunkan agency sendiri, tentu anda faham apa yang cuba saya sampaikan...
Sekian



Kembali ke Senarai Artikel Utama.

2 comments:

  1. saya berminat nak apply pru mychild.insurans utk baby dlm perut tu.tapi saya musykil sbb produk ni tak islamik.nanti tak berkat pulak.boleh explain?

    ReplyDelete
  2. Salam, you ada email saya pasal benda nie kan?..nanti saya terangkan melalui email.

    ReplyDelete