26 December 2010

MD2 Sales Activity

Salam semua,

Dalam business insurance, ada yang berpendapat, kita buat business sendiri dan kita boleh buat sesuka hati...i.e suka hati nak start kerja pukul berapa dan suka hati nak berhenti kerja pukul berapa dan sebagainya. Tapi, pengalaman saya, bila buat business sendiri, kita kena lagi kerja kuat berbanding dengan kerja makan gaji. Sebabnya, kerja untuk diri sendiri, mesti lah kita kena berikan yang terbaik. Kalau untuk orang kita boleh berikan yang terbaik, untuk diri sendiri takkan nak buat lebih kurang sahaja?

So, bila kita nak buat sesuatu tu dengan cara yang terbaik, kita perlukan sokongan agency dan rakan2 agent yang lain. Biasanya kami akan buat kerja berkumpulan. Untuk pengetahuan pembaca, dalam sales cycle business insurance, perkara utama sekali yang kita kena buat adalah prospecting.

Activity prospecting biasanya kami jalankan secara berkumpulan dan biasanya akan disertai oleh sekumpulan agent2 sama ada full time atau part time. Antara activity yang biasa kami buat adalah membuat kaunter promosi di beberapa tempat yang strategik dan menjadi tumpuan orang ramai. Jadi dari situ kami mendekatkan diri dengan orang ramai dengan memberikan kesedaran betapa pentingnya insurance / takaful umumnya dan medical card khususnya...

Rejection?....orang tak nak?..orang tak layan?...emm....biasa..:D.....itu perkara biasa dalam menjual insurance kepada stranger yang kita tak kenal. Tapi, Allah Maha adil....setiap apa yang hambaNya usahakan tetap akan dibalas sama ada cepat atau lambat. Biasanya, kami jarang pulang dengan hampa...sentiasa ada agent yang akan dapat contact untuk difollow up dan tak kurang juga yang closed deal on the spot. Sebab, masyarakat malaysia sudah terbuka dengan kepentingan insurance. Tak macam 10 tahun lepas...mereka agak sceptical dengan insurance, yang mengatakan insurance nie penipu, insurance ni tak bayar claim, insurance nie masa nak sign up je senang, nak claim susah...tapi, Alhamdulillah, setelah kita tunjukkan bukti2 claim yang kita pernah buat, mereka dapat menerima idea kami.
 Berikut adalah beberapa gambar activity2 kami di booth2 yang kami buat sekitar lembah klang. Ini sebahagian sahaja gambar2 yang sempat saya upload. Saya akan upload lagi dari semasa ke semasa.

Pasar Tani Shah Alam Seksyen 13, Stadium Part 1


Stanby nak bagi flyers
Standby nak bagi flyers


Sedang beri penerangan ringkas
Present guna sales kit. Padat dan tepat.

Dapat contact number
Dapat contact number. Boleh follow up.

Pasar Tani Shah Alam
Ada yang datang bertanya. Menunjukkan kesedaran masyarakat sudah semakin baik

Pasar Tani Shah Alam Seksyen 13, Stadium Part 2


DSC_0573
Sabar menunggu prospect lalu

DSC_0579
Di mana2 pun boleh approached. Yang penting jangan malu

DSC_0591
Kalau penat, santaikan diri. Kerja kena happy. Tapi jangan malas...:D

DSC_0596
Ada yang datang terus duduk untuk mendengar penjelasan.

DSC_0593
Tengah amik contact number. Boleh follow up akan datang.

Open Day, SK Bkt Jelutong

SK Bkt Jelutong 1
Setup booth. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.

SK Bkt Jelutong 2
Tengah panaskan badan.


Approached
"Akak dah ada takaful plan kak?"


Tengah panas pun boleh sembang
"Encik, plan ni ada complete benefit. Pampasan Kematian, Sakit Kritikal, Kemalangan, Tabung Rawatan Perubatan dan Simpanan dalam satu account"

Dapat contact
"Tak pe kak, akak berikan contact number, nanti saya akan hubungi akak..."


Booth Plaza Masalam, Seksyen 9, Shah Alam



Booth Plaza Massalam 1 

Booth Plaza Massalam, Seksyen 9, Shah Alam / Restoran Pelita


Booth Plaza Massalam 3

Sedia untuk memulakan perniagaan, semoga dipermudahkan urusan oleh Allah.
Booth Plaza Massalam 4

Antara tempat agent-agent mendapatkan senarai nama prospect dan client

Sekiranya ada di antara pembaca blog saya ini yang ingin tahu lebih lanjut mengenai peluang menjadi agent insurance/takaful bersama Prudential ini, boleh contact saya : 019-323 2121 (Aziz Riadi) atau email abdriadi@prupartner.com.my Syarat2 kelayakkan, anda boleh rujuk di sini 

Syarat Untuk Menjadi Agent

No comments:

Post a Comment