31 May 2014

Al Mukmeen Associates Info

Assalamualaikum kepada pembaca budiman. Semoga sentiasa mendapat rahmat dari Allah SWT.

Di sini saya ingin memberi sedikit maklumat mengenai latar belakang agency yang kami terajui, iaitu Al Mukmeen Associates.

Bermula pada tahun 2009, saya telah dinaikkan pangkat kepada unit manager dan bernaung di bawah agency Al Isra' Associates Sdn Bhd. Saya mula beroperasi bersama unit di bawah jagaan saya di pejabat Prudential di Jaya 33, Petaling Jaya. Kemudian, saya berpindah ke cawangan Klang untuk mengembangkan agency kami. Jadi, oleh kerana agency kami di Klang semakin lama semakin besar dan support staff pun semakin ramai, jadi pengarah2 Al Isra' Associates Sdn Bhd mencadangkan untuk saya setup satu syarikat Sdn Bhd bercawangan di Klang atas nama Al Isra' Associates (Klang) Sdn Bhd bagi tujuan operasi agency. Setiap cawangan Al Isra' yang baru seluruh Malaysia menubuhkan syarikat Sdn Bhd mereka sendiri untuk tujuan yang sama.

Business model ini bertahan sehingga tahun 2014 disebabkan perkembangan agency sangat pesat. Jadi, pihak Pengarah Al Isra' mencadangkan satu business model yang baru dan semua syarikat cawangan perlu ada jenama sendiri. Akan tetapi, masih menggunakan sistem yang sama seperti Al Isra' dan bekerjasama dalam beberapa perkara dengan Al Isra.

Jadi, pada bulan May 2014, beberapa unit di dalam Al Isra' Associates yang berada di cawangan2 selain tingkat 7, di Jaya 33, telah berbincang dan telah bersetuju untuk bernaung di bawah satu nama iaitu Muqmeen Group (MG). Tapi, macam mana pula ada Al Mukmeen Associates?....

Al Mukmeen Associates merupakan salah satu agency yang ada di dalam Muqmeen Group (MG) dan ianya hanyalah untuk proses operasi menggantikan syarikat Al Isra' Associates (Klang) Sdn Bhd. Agency Al Mukmeen Associates hanyalah untuk kegunaan dalaman (urusan antara unit2 atau agency2 di dalam MG) dan untuk penjenamaan, kami akan menggunakan satu nama iaitu Muqmeen Group atau ringkasnya adalah MG. Al Mukmeen Associates (AMA) diterajui oleh saya sendiri (Abd Aziz Bin Riadi) dan rakan perniagaan kami iaitu Encik Shukor Bin Idris yang mana ia juga merupakan salah seorang manager di Prudential dan bekas pengarah Al Isra' Associates (Klang) Sdn Bhd.

Untuk pencerahan yang lebih mudah, Al Mukmeen Associates (formerly known as Al Isra' Associates (Klang) Sdn Bhd) dan bernaung di bawah satu kumpulan bernama MUQMEEN GROUP (MG)...

Logo Agency Al Mukmeen Associates


Screen Shot 2014-06-08 at 2.27.31 AM
Kami telah pun memutuskan untuk menggunakan Vision, Mission and Core Values yang sama yang digunakan di dalam Muqmeen Group. 
Sekian.

Aziz Riadi
019-323 2121
www.azizriadi.com

No comments:

Post a Comment