06 December 2022

PRUBSN WARISAN PLUS



  • PRUBSN WARISAN PLUS merupakan satu plan yang unik khas untuk individu yang ingin mewariskan sejumlah harta atau wang kepada insan tersayang sekiranya beliau sudah tiada di dunia ini lagi.
  • Selain itu, plan ini juga direka khas untuk memberikan perlindungan kewangan kepada komitmen kewangan individu sebagai contoh pelaburan, hutang dan pelbagai bentuk komitmen kewangan termasuk kepada keluarga.
  • Plan ini lebih fokus kepada perlindungan kewangan akibat kematianlumpuh kekal keseluruhankemalangan (meninggal dunia atau kecacatan kekal) dan juga sakit kritikal. Terdapat satu benefit unik iaitu Contributor (iaitu caruman akan menjadi percuma sekiranya pencarum disahkan mengidap sakit kritikal).
  • Plan ini sangat sesuai untuk jadikan sebagai salah satu financial tools dalam pengurusan harta pusaka. Kerana pampasan yang akan diterima oleh penerima adalah dalam bentuk HIBAH BERSYARAT dan menurut Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013, Hibah Bersyarat (pampasan takaful) tidak termasuk dalam harta pusaka dan tidak tertakluk kepada hutang si mati. Jadi, ia boleh membantu dalam proses pembahagian harta pusaka. Khususnya kalau ada harta tak alih dan mempunyai waris faraid yang ramai.
Secara umumnya PRUBSN Warisan Plus lebih memfokuskan kepada 4 OBJEKTIF UTAMA. Iaitu.

1- MENYEDIAKAN DANA LEGASI (LEGACY CREATION)

Pelan PruBSN Warisan Plus boleh dijadikan sebagai hadiah kepada waris tersayang setelah ketiadaan kita di dunia. 

Sebagai contoh, sekiranya kita mempunyai waris sama ada isteri dan anak2 (untuk jika kita seorang suami), atau pun ibu dah ayah (untuk yang masih ada ibu dan ayah), untuk anak angkat (bukan waris faraidh sebab mereka tak layak untuk dapat harta pusaka kecuali di bawah kategori wasiat), dan mereka adalah di bawah tanggungan kita, sekiranya kita tiada selamanya di dunia, kita boleh tinggalkan kepada mereka sejumlah dana untuk mereka teruskan kehidupan tanpa perlu mereka meminta-minta. 

Dana yang ditinggalkan melalui PruBSN Warisan Plus ini adalah dalam bentuk pampasan disebabkan oleh kematian dan ianya adalah dalam bentuk TUNAI, DIJAMIN JUMLAHNYA (ikut jadual manfaat) dan yang paling penting adalah boleh diperolehi dengan SEGERA selepas tuntutan dibuat.


2- PERLINDUNGAN PENDAPATAN (INCOME PROTECTION)

Selain fungsi plan PruBSN Warisan Plus sebagai legasi untuk orang yang ditinggalkan, ia juga berfungsi sebagai backup plan sekiranya seseorang itu diuji dengan risiko LUMPUH KEKAL KESELURUHAN atau TPD (TOTAL PERMANENT DISABLE).

Kita semua sedia maklum, sekiranya seseorang itu disahkan TPD, perkara yang biasa terjadi adalah mereka akan kehilangan pekerjaan. Apabila hilang pekerjaan, maka hilanglah punca pendapatan. Sedangkan, disaat itu, pendapatan amat penting untuk meneruskan kehidupan yang mana kos belanja bulanan mungkin akan lebih tinggi. Saya ada pengalaman ziarah orang yang TPD ini, kos untuk beli susu beliau sahaja seminggu satu tin adalah RM 250 dan sebulan RM 1,000. Itu baru susu. Belum pampers dan pelbagai ubat-ubatan tambahan.

Jadi, dengan adanya pampasan akibat TPD dari Plan PruBSN Warisan Plus, dapatlah kiranya seseorang itu dapat menyediakan backup pendapatan antara ikhtiar kita sebagai manusia. Jumlah pampasan yang disarankan adalah lebih kurang 10 kali ganda income tahunan.

3- PENYELESAIAN HUTANG (DEBT SETTLEMENT)

Dalam dunia yang pesat membangun sekarang ini, kebanyakkan orang yang berpendapatan menggunakan kemudahan credit atau pinjaman dari bank untuk membeli asset atau juga kenderaan. 

Ramai yang sedar bahawa semua loan yang dibuat tertakluk kepada tempoh bayaran balik yang panjang. Ada yang 5 tahun, 9 tahun, 10 tahun, 20 tahun ada yang sampai 30 tahun.

Sepanjang tempoh bayaran balik yang panjang tersebut, sudah tentu ianya terdedah kepada risiko kehidupan yang mana kita semua boleh IGNORE (buat tak tahu)...tapi hakikatnya, kita tak boleh nak MENIDAKKAN atau DENY yang risiko tersebut boleh berlaku kepada sesiapa sahaja tidak kira jantina, bangsa, agama dan juga usia.

Terdapat 5 RISIKO Kehidupan yang utama iaitu : 

  • KEMATIAN atau LUMPUH KEKAL KESELURUHAN
  • SAKIT KRITIKAL
  • KEMALANGAN ( MENINGGAL DUNIA ATAU TPD)
  • TABUNG PERUBATAN
  • SIMPANAN untuk dana persaraan atau pun untuk education anak

Persoalan yang patut kita kena fikirkan adalah. Bagaimana sekiranya risiko yang disenaraikan di atas boleh terjadi dan apakah kesan langsung dan tak langsung kepada hutang-hutang  atau pinjaman yang telah dibuat?...

Adakah kita sanggup rumah (sebagai contoh) yang kita beli untuk dihuni oleh keluarga yang kita sayang terpaksa dilelong oleh bank disebabkan tak mampu untuk membayar ansuran bulanan disebabkan ujian risiko di atas? Adakah anda pernah terfikir?

Atau pun adakah kita sanggup untuk biarkan waris kita yang sambung bayar hutang-hutang dibuat okeh kita semasa kita mampu?

Jadi, disinilah perlunya satu account perlindungan untuk anda sediakan sebagai ikthiar untuk dijadikan sebagai backup sekiranya diuji dengan musibah.


4- TUJUAN SAHAM AKHIRAT (FULLFIL SPIRITUAL NEEDS)

Selain meninggalkan sebahagian harta atau wang tunai kepada orang yang tersayang apabila seseorang meninggal dunia. Ada juga individu yang memikirkan bagaimana kalau beliau ingin menyediakan satu dana yang boleh dipanjangkan manfaat dan pahalanya hingga ke akhirat?

Plan PruBSN Warisan Plus ini boleh jugga berfungsi untuk menyediankan dana saham akhirat dalam bentuk sumbangan kepada pusat-pusat kebajikan, anak yatim, masjid dan sebagainya dengan cara membuat surat amanah. 

Sebagai contoh, seseorang itu mencarum dalam plan PruBSN Warisan Plus dan menamakan pemegang amanah untuk menginfak duit pampasan kepada mana-mana individu atau badan kebajikan yang telah peserta PruBSN Warisan Plus tetapkan. Cuma, peserta perlu membuat surat amanah dengan Syarikat Amanah swasta atau Awam, atau pemegang amanah individu atau peguam untuk uruskan pampasan menurut apa yang tertulis dalam surat amanah tersebut.

Selain itu, ada manfaat tambahan untuk peserta yang mengerjakan haji dan umrah. Manfaat kematian akan dibayar 2 kali ganda sekiranya meninggal dunia disebabkan kematian berpunca dari penyakit ketikan mengerjakan haji atau umrah. Untuk kematian disebabkan oleh kemalangan, PruBSN Warisan Plus sememangnya sudah memberikan pampasan 2 kali ganda atau 3 kali ganda sekiranya kematian kemalangan dalam kenderaan atau bangunan awam, atau 4 kali ganda sekiranya berlaku kematian disebabkan kemalangan di luar negara (*tertakluk terma dan syarat)

BERIKUT ADALAH ANTARA MANFAAT YANG DITAWARKAN DALAM PLAN PRUBSN WARISAN PLUS.














APA KEISTIMEWAAN PRUBSN WARISAN PLUS?

PLAN PRUBSN WARISAN PLUS direka khusus untuk memenuhi keperluan perlindungan kewangan dalam bentuk hibah takaful. Ini disebabkan, kebanyakkan produk yang ada dipasaran banyak tertumpu kepada manfaat perubatan dan sakit kritikal dan cara bagaimana produk tersebut dibangunkan tidak memberi perlindungan yang optimum berbanding dengan sumbangan (bayaran bulanan).

Ini kerana, produk komprehensif yang berserta medical card biasanya mempunyai struktur kiraan nilai tunai yang berlainan dari jumlah perlindungan (PruBSN Asaslink dan PruBSN Anugerah Plus). Kelebihan struktur yang sebegini adalah, jumlah nilai tunai tidak memberi kesan kepada jumlah pampasan kematian. Ini menyebabkan caruman menjadi lebih tinggi. Ini kerana keperluan produk seperti ini adalah focus kepada perlindungan perubatan dan kebolehan untuk membuat pengeluaran sebahagian nilai tunai yang ada.

Akan tetapi, produk PruBSN Warisan Plus ini lebih fokus kepada pampasan kematian dan total permanent disable sebagai keperluan perlindungan kewangan setelah ketiadaan peserta. Jadi, keperluan untuk membuat pengeluaran nilai tunai lebih awal agak kurang utama. Apa yang dibuat adalah, concept SUM AT RISK. Di mana, sekiranya peserta terpaksa membuat pengeluaran nilai tunai (cash value) dalam account PruBSN Warisan Plus mereka, jumlah  pengeluaran akan mengurangkan jumlah perlindungan asas (Basic Sumb Covered). 

Apa kelebihan Sum At Risk ni?...Kelebihannya adalah, peserta atau client akan dapat lebih penjimatan dari segi caruman berbanding plan lain yang tidak menggunakan struktur SUM AT RISK.

Sebagai contoh :

PLAN PRUBSN WARISAN PLUS

Encik Ahmad, Umur 27 tahun, Pegawai Sumber Manusia.

Sumbangan untuk Plan Hibah Takaful : RM 500,000. Tempoh perlindungan sehingga umur 70 tahun dan tempoh bayaran semalam 41 tahun adalah RM196 sebulan. Termasuk manfaat caruman percuma sekiranya disahkan 
mengidap salah satu dari sakit kritikal (42 jenis penyakit)

PLAN PRUBSN ASASLINK 

Sumbangan untuk Plan Hibah Takaful : RM 500,000. Tempoh perlindungan sehingga umur 70 tahun dan tempoh bayaran semalam 41 tahun adalah RM287 sebulan. Termasuk manfaat caruman percuma sekiranya disahkan mengidap salah satu dari sakit kritikal (42 jenis penyakit).

Terdapat perbezaan penjimatan sebanyak RM 91 sebulan antara PruBSN Warisan Plus berbanding PruBSN Asaslink.

Disebabkan oleh inovasi ini, produk PruBSN Warisan telah dinobatkan sebagai "PRODUK INOVASI" sempena MTA (Malaysian Takaful Association) Star Nite award tahun 2017. Ia adalah anugerah produk terbaik di pasaran dan sekarang terdapat pelbagai penambahbaikkan lagi.



Untuk pengetahuan anda semua. PruBSN Takaful Berhad pula telah dinobatkan sebagai pengendali Takaful Terbaik sempena seluruh Malaysia MTA (Malaysian Takaful Association) Star Nite award untuk 9 kali berturut. In sha Allah, anda akan berpuas hati dengan tawaran perkhidmatan yang kami bakal berikan.
 




UNTUK INFO LANJUT DAN KHIDMAT NASIHAT PERCUMA. BOLEH CLICK LINK http://infoplantakaful.wasap.my atau PM whatsapp di 019-323 2121. 

Sekian.

Aziz Riadi




No comments:

Post a Comment