29 July 2025

CARA UNTUK BUAT CONTENT AWARENESS TAKAFUL PART 1



POSTING INI UNTUK AGENT-AGENT TAKAFUL YANG NAK BUAT CONTENT BAGI TUJUAN AWARENESS.

1. Gunakan Cerita Kehidupan Sebenar (Storytelling)


Bercerita tentang situasi sebenar yang berlaku kepada orang lain (tanpa perlu dedahkan identiti), seperti:

* Kisah seorang ayah yang lumpuh selepas kemalangan dan bagaimana takaful membantu sara keluarganya.

* Cerita seorang isteri yang kehilangan suami dan dapat pampasan takaful untuk teruskan kehidupan.

**Gaya penyampaian:**


“Baru-baru ini saya jumpa satu kes yang buat saya terfikir, ‘Kalau jadi pada saya, cukup tak simpanan sekarang?’…”

Sambung kepada cerita seterusnya hingga habis. Rancang jalan cerita terlebih dahulu dengan format 1-3-2-1-CTA.

1 Point - Pendahuluan (dalam 2-3 ayat)

3 Point - Isi Tersurat (buat dalam 3 perenggan, satu point 1 perenggan)

2 Point - Isi tersirat (pandangan atau kita punya view point on subject matter yang kita nak sampaikan atau berikan awareness), buat 2 perenggan 1 perenggan 1 point.

1 Point - Kesimpulan ( Isi dia sama macam pendahuluan)

CTA - Call To Action : Apa yang kita nak pembaca kita buat. Sama ada follow, contact for more info, free consultation, free coverage review dan sebagainya.

---


2. Guna Konten Berbentuk Mendidik (educate) di Media Sosial (IG, FB, Tiktok, Youtube)

Berikan informasi kecil tapi berguna secara **infografik**, **short reels**, atau **carousel** seperti:

* “3 perkara yang takaful boleh lindungi”

* “Apa beza medical card dan hibah?”

* “Kenapa tunggu sakit baru nak ambil perlindungan?”


**Gaya bahasa:**

 “Ramai sangka takaful tu macam ‘derma’ tiap bulan. Tapi sebenarnya, ia adalah pelan menyelamatkan keluarga bila sesuatu tak dijangka berlaku.”


3. Guna Soalan Reflection (merenung masa depan atau masalah) untuk Cetus Kesedaran


Tanya soalan yang buat mereka berfikir — bukan menjual, tapi menyedarkan:


Contoh gaya bahasa yang digunakan.

* “Kalau bulan depan tak dapat kerja, berapa bulan simpanan boleh tampung hidup keluarga?”

* “Siapa yang tanggung kos rawatan kalau masuk ICU 2 minggu?”

 ✅ 4. Buat Mini Workshop atau Sesi Live “Financial Health Check-In”

Anjurkan sesi santai seperti:

* Live IG/FB: “Kenali keperluan perlindungan anda”

* Bengkel “Perancangan Kewangan Asas untuk Keluarga Muda”

Ini beri ruang untuk educate, bukan promote.


5. Tunjukkan Gaya Hidup Bertanggungjawab (Soft Influence)

Dalam rutin content harian, tunjukkan:

* Anda bayar takaful sendiri setiap bulan = tanggungjawab
* Anda buat review polisi = perancangan jangka panjang
* Anda bantu client semasa claim = bukti berfungsi

**Contoh caption:**

“Bukan soal berapa kita mampu bayar, tapi berapa kita sedia untuk lindungi orang tersayang bila kita tiada nanti.”

✅ 6. Guna Trending Issues atau Issue Semasa sebagai Pembuka Bicara (Door Opener)

Contoh: waktu ramai demam denggi, atau bila ada bencana, atau kes viral orang buat crowdfunding sebab kos rawatan tinggi.

**Gaya bahasa:**

“Bila tengok ramai yang terpaksa minta derma untuk kos rawatan, saya terfikir… Kenapa kita tak sediakan payung sebelum hujan?”

 ✅ 7. Kongsikan Simulasi Kos Rawatan / Kehilangan Pendapatan

Contoh:

"Kalau kena stroke hari ini dan tak boleh kerja 6 bulan… Berapa yang perlu untuk tampung gaji bulanan RM5,000? Jawapannya: RM30,000…nak tahu macam mana saya kira?” Boleh contact name 

Ini antara cara nak mencetuskan *“pain awareness”* secara lembut. Tidak terlalu direct

8. Testimoni Klien (Tanpa Hard Selling)

Kongsi pengalaman client yang pernah claim: (disclaimer : Jangan mention nama sebenar atau dedahkan maklumat peribadi client seperti phone number, slide dan yang berkaitan.

Antara perkara yang agent kena share gunakan story trelling frame work yang saya ajar sebelum ni.

* Dapat claim hospital RM12,000

* Guna pampasan untuk bayar hutang suami yang meninggal dunia

Gunakan pendekatan “sharing, not selling”.

9. Gunakan Format “Did You Know” atau “Myth vs Reality”

Contoh:

* “Ramai ingat takaful boleh terus guna lepas sign form. Sebenarnya ada tempoh waiting period!”

* “Takaful bukan untuk kaya, tapi untuk elak jatuh miskin bila diuji.”


 ✅ 10. Akhiri dengan CTA (Call to Action) Lembut

Jangan tutup dengan "PM saya sekarang!" setiap kali. Guna pendekatan lebih mesra:

* “Kalau nak tahu coverage yang sesuai ikut bajet, saya sedia bantu.”

* “Kalau nak buat semakan polisi, saya boleh buatkan secara percuma.”


Ini antara cara atau idea nak sampaikan awareness kepada target prospect kita.

Kalau ada sebarang  pertanyaan berkenaan dengan cara nak open pada prospect. Boleh contact saya di 019-3232121.


Untuk yang nak jadi agent takaful. Saya ada open slot untuk new advisor. Boleh click https://joinmuqmeen.wasap.my.

Terima Kasih 

Aziz Riadi

17 June 2025

KERJA KERAJAAN GAJI TAK BESAR BERPENCEN ATAU GAJI BESAR TAPI ADA KWSP?

 


Ramai orang muda sekarang pening kepala bila fikir pasal masa depan. Nak kerja kerajaan yang gaji tak besar tapi ada pencen? Atau kerja swasta yang gaji tinggi tapi pencennya kita sendiri kena urus (KWSP)? Mana lagi untung?



Jom kita kupas dua-dua. Sebab masa depan tak tunggu kita buat keputusan lama-lama.

✅ Kerja Kerajaan – Gaji Sederhana, Tapi Ada Pencen
Kelebihan:

  • Ada pencen seumur hidup. Maksudnya, lepas umur 60, duit tetap masuk tiap bulan.

  • Medical coverage lepas bersara pun masih dapat, bergantung pada skim.
  • Job security – susah nak kena buang kerja.

Kekurangan:

  • Gaji taklah besar sangat, susah nak simpan banyak kalau tak buat side income.
  • Peluang naik pangkat kadang lambat, bergantung pada senioriti.

  • Mudah selesa dan menyebabkan diri jadi malas untuk tambah kemahiran lain

✅ Kerja Swasta – Gaji Besar, Tapi Kena Urus Sendiri Duit Tua
Kelebihan:

  • Gaji lebih tinggi = peluang simpan lebih banyak (kalau tak boros 😅).
  • Kenaikan gaji & bonus lebih cepat jika perform.
  • Peluang buat bisnes part-time lebih fleksibel.

Kekurangan:

  • Tiada pencen. Harap pada KWSP dan simpanan sendiri.
  • Bila dah berhenti kerja, medical pun kena bayar sendiri.

Ramai Orang Jatuh Dalam Perangkap Ni…

Lepas bersara — tak kira kerja kerajaan atau swasta — ramai kena tipu dengan skim pelaburan palsu, MLM palsu, skim cepat kaya.

Kenapa?

➡️ Sebab ada duit lump sum (gratuiti, KWSP, pampasan)
➡️ Tapi tak tahu nak urus duit tu.
➡️ Tak buat perancangan awal.

💡 Jadi Apa Patut Kita Buat?


Tak kira anda kerja kerajaan atau swasta, ini 3 benda wajib buat sebelum bersara:

1. Sediakan Aset Yang Boleh Jana Cashflow Bulanan

Contoh:

  • Rumah sewa (property rental)
  • Saham dividen
  • ASB Financing
  • Bisnes yang orang lain boleh uruskan
➡️ Objektif: Ada duit masuk walaupun dah tak kerja.


2. Guna Banking Facilities Untuk Leverage

Tak semua orang kaya boleh beli rumah cash.

Tapi orang bijak:
  • Guna pinjaman bank untuk beli rumah sewa
  • Guna ASB Financing untuk gandakan simpanan dengan dividen tahunan

➡️ Bank suka bagi duit... kalau kita tahu bahasa bank dan pandai susun profil kewangan.


3. Buat Perancangan Awal

Kalau anda umur 30-an sekarang, anda ada 20-30 tahun untuk siapkan semua ni.

Kalau umur dah 50-an? Masih sempat, tapi kena mula sekarang.

🔚 Kesimpulan
Kerja kerajaan atau kerja swasta — dua-dua ada rezeki masing-masing.

Yang penting:

➡️ Jangan harap semata-mata pada pencen atau KWSP.
➡️ Mulakan bina aset pendapatan pasif sekarang.
➡️ Dan elakkan dari jadi mangsa scam bila bersara nanti.

📢 Nak Belajar Macam Mana Nak Bagi Bank Suka Luluskan Loan Anda?
Saya ada kongsikan rahsia ni dalam seminar khas.
Klik link ini sekarang:

Jangan tunggu sampai duit dah habis baru nak belajar!

Atau click http://financialcoach.wasap.my. -> Free Financial Consultation.







05 June 2025

RISIKO ORANG GEMUK NAK SIGN UP MEDICAL TAKAFUL

Alhamdulillah, hari ni ada orang ada kesedaran untuk amik medical card. Cuma, macam biasa ...agent due diligent, tanya semua info termasuk tinggi dan berat.

.

Bila dapat info saya terus check dengan BMI Calculator, screen shot dan berikan balik pada prospect. Ceritakan lebih awal apa process yang perlu diambil.

1- Oleh kerana prospect dah masuk level Obese tahap 1. Saya beritahu, biasanya memang kena jalani medical examination (ME).

2- Result dari medical examination tu, kena tengok la, kalau ada sakit2 lain, bergantung kepada laporan ME. Kalau tiada penyakit lain, maksudnya tekanan darah ok, sugar level ok, cholesterol level pun ok, then result bergantung kepada BMI.

3- Kalau Obese Tahap 1 nie, ada kemungkinan 

3.1 Declined

3.2 Postponed

3.3 Loading


3.1 - Langsung tak dapat medical coverage, cuma dapat hibah takaful (life coverage sahaja). Kalau obese tahap 3, sesilap life coverage pun tak dapat.


3.2 - Postponed tu, boleh dapat medical card, tapi kena tunggu lepas 1 tahun atau 2 tahun bergantung kepada BMI masa apply tu.


3.3 Loading (sama ada dapat medical card tapi loading medical card sahaja) atau loading dengan life coverage sekali.


So, sesiapa yang BMI tengah ok dan keadaan kesihatan masih baik. Apply la masa sihat. Ini bukan masalah "Alaahhh...takaful tu nak orang yang sihat je, yang sakit tak nak. Kata konsep tolong menolong"


Ya, tolong menolong dikalangan orang yang ada risiko yang lebih kurang sama, kalau tak sama pun kena ada syarat2 tambahan. Sebab tabung tu adalah sumbangan peserta, bukan dapat sponsor dari mana2 badan kerajaan atau pun swasta. 


Dan Takaful adalah sebahagian dari perniagaan. Tujuan jalani perniagaan adalah untuk keuntungan. Kalau takde untung sampai tak cukup dana nak operate business..macam mana nak sustain.


Ada yang nak tahu details pasal underwriting medical card ni, atau nak tahu plan medical card atau hibag. Boleh tanya di ruangan comment atau DM atau click link 

http://infoplantakaful.wasap.my
http://infoplantakaful.wasap.my
http://infoplantakaful.wasap.my

Ingat, apply sebelum sakit, guna ketika sakit.


Aziz Riadi
ShRFP
Senior Agency Manager 
PruBSN Takaful.

03 June 2025

KENAPA ILMU FINANCIAL PROFILING PENTING? RAMAI YANG LOAN KENA REJECT SEBAB TAK TAHU PERKARA NI


“Saya ada gaji tetap, kerja dah 5 tahun, tapi kenapa bank tolak loan saya?”

Soalan ini saya dengar hampir setiap bulan daripada anak-anak muda yang datang minta bantuan. Dulu saya fikir, selagi ada gaji tetap, insya-Allah senang je lulus loan. Tapi rupanya itu hanya satu dari banyak faktor.

Saya masih ingat seorang peserta seminar saya, Adam (bukan nama sebenar), umur 28 tahun. Dia kerja sebagai jurutera dengan gaji RM4,500. Tapi bila dia mohon loan rumah pertama, bank reject. Sebabnya?


👉 CCRIS tak cantik, ada tunggakan kad kredit.

👉 Komitmen tinggi walaupun gaji stabil.

👉 Tak ada simpanan tunai yang kukuh.

👉 Tiada profil kewangan yang meyakinkan.


Apa Itu Financial Profiling?

Financial profiling ni bukan sekadar tahu berapa gaji kita atau berapa hutang kita. Ia merangkumi:


✅ Sejarah bayaran balik hutang (CCRIS/CTOS)

✅ Nisbah hutang kepada pendapatan (Debt Service Ratio)

✅ Tahap simpanan tunai (buffer atau emergency fund)

✅ Skor kredit dan komitmen bulanan

✅ Rekod pelaburan atau pendapatan sampingan

✅ Dan paling penting: persepsi bank terhadap kemampuan kita.


Bank bukan tengok gaji semata-mata. Mereka tengok keseluruhan gambar kewangan kita. Kalau tak tahu cara bentangkan 'profil kewangan' yang meyakinkan, memang peluang nak lulus loan akan jadi sangat tipis.


Ramai Orang Muda Terlepas Peluang

Bila kita muda, inilah masa terbaik untuk:

💼 Leverage loan untuk beli hartanah

📈 Guna pinjaman untuk berkembang bisnes

💸 Bangunkan aliran tunai yang sihat untuk masa depan

Tapi sayangnya ramai muda-mudi terlepas peluang ni sebab tak faham sistem kewangan. Mereka tak tahu nak jaga rekod CCRIS. Tak tahu cara kemukakan permohonan pinjaman yang solid. Dan tak tahu strategi betul nak susun aliran tunai agar nampak kukuh di mata bank.

Sebab Tu Wujudnya Financial Intelligence Seminar 6.0




Saya anjurkan seminar ini kerana saya mahu bantu lebih ramai orang muda bina masa depan kewangan yang kukuh. Kalau tak bermula dari sekarang, sampai bila?

📌 Dalam seminar ni, saya akan bongkarkan:

- Strategi mudah untuk kemas kini profil kewangan

- Cara kira kelayakan loan yang betul

- Teknik betulkan semula CCRIS dan CTOS

- Strategi SElepas bebas hutang dengan sistematik


📅 21 Jun 2025 | 8:30 AM – 12:30 PM

📍 Level 15, Mercu Maybank, i-City Shah Alam

🎤 Speaker: Aziz Riadi (Shariah RFP, MFPC)

💥 Yuran Early Bird: RM50 sahaja! (Terhad 50 orang)


📲 Daftar di: http://www.muqmeen.com.my/seminar atau https://aarcreativemedia.onpay.my/order/form/fis602025


Akhir sekali.

Kalau kita sanggup belajar cara bawa kereta sebelum ambil lesen, kenapa tidak belajar cara urus duit sebelum mohon loan? Ilmu kewangan bukan pilihan, ia satu keperluan.

Jangan jadi seperti Adam yang hilang peluang beli rumah pada harga rendah masa muda hanya kerana tak tahu ‘game’ bank. Jom ubah nasib kewangan anda hari ini.

Jumpa anda di seminar nanti! 💪


Aziz Riadi
Financial Educator
ShRFP

02 June 2025

APA YANG KITA FIKIR TENTANG APA YANG ORANG KATA ITU PENTING


Saya nak kaitkan sikit dengan kisah viral hibah takaful boleh dicabar. Kalau tanya orang yang mungkin faham concept dan idea nie, perkara ni takde la pelik sangat. Boleh je setuju pekara ni dan memang betul pun. Tak perlu ambil kira hasil keputusan cabaran.

Cuma, yang agak merbahaya kepada orang yang mungkin kurang faham dan ambil terus bulat-buat secara literal. Akibatnya ada yang amik keputusan yang bukan maksud tujual asal isu dibangkitkan.

Contoh :

1- "Apa?..hibah takaful boleh dicabar?.dan kalah?..tak guna la ambil hibah takaful kalau macam tu. Membazir. Hujung-hujung boleh dicabar dan kalah".
Message macam nie, kalau ada yang ambil secara literal, tanpa penjelasan, itu yang ada siap surrender sijil takaful mereka disebabkan oleh statement2 macam nie. Baik2 ada coverage, disebabkan panik, terus surrender.

Kalau ada agent, maybe agent boleh advice. Tapi kalau jenis yang terus surrender di HQ atau mana2 counter syarikat takaful tertentu...dan surrender accepted....dah la tak dapat balik semua duit caruman, coverage pun dah takde.

2- "Tak payah la amik takaful nie, menipu je. Last2 kena cabar, agent cakap tak boleh dicabar. Hakikatnya?..Scam je takaful ni"

Ada juga yang sampai message macam nie. Jadi, ia akan bagi impact negative kepada orang ramai. Yang baru berkira-kira nak mulakan coverage takaful, mungkin cuma jadi Hibah "nanti dulu" atau Hibah "Fikir Dulu" atau hibah "Bincang dengan pasangan dulu"...

Siapa yang berisiko?..memang la, benda tu tak de kena mengena dengan kita dan sebagai agent, boleh je move to the next. Tapi, naratif negative terkadang lebih cepat tersebar luas berbanding benda2 positive.

Sedangkan kalau rujuk pada sample case yang viral nie, part takaful system tu dah jelas bayaran memang dapat. Bukan claim declined. Kalau claim declined lain la...ini dalam masa 4 hari terus dapat duit RM 1 juta ++.

Dan uniknya, untuk dapatkan RM 1 juta tu, bukan perlu simpan1 juta. Berapa % sahaja dari nilai pampasan yang client dah carum sebelum nie. Ini la yang dipanggil discounted money. Dapat pampasan takaful bukan macam simpan kat bank. Nak kena ada RM 1 juta ++ ringgit baru boleh keluarkan RM1 juta.

3- "Baru nak sign up hibah takaful, dengar cerita macam nie, terus takut nak sign up"
Yang dirisaukan adalah case hibah dicabar dan kalah di mahkamah tinggi. Tapi, dia tak aware yang berapa ratus juta atau dah cecah bilion pampasan dibayar oleh operator takaful seluruh negara. Yang tu dia tak nampak sebab dia tak tahu dan tak sedar. So, tugas agent kena terangkan semula.

Jadi, pesanan saya, untuk sesiapa yang nak sign up hibah takaful tu, teruskan sign up dan sign up segera.

Yang dah ada tu, kalau masih mampu dan tak ganggu cash flow, teruskan la. Sebab kita tak tahu perkara yang bakal menimpa kita.

Cuma, sekarang nie, timbul pulak cerita atas cerita.

Nanti saya kongsikan saya punya hipotesis sejak dari awal benda nie tersebar. Apa reason saya berhipotesis sedemikan. Mungkin boeh dijadikan sebagai rujukan untuk anda kenal atau jangka apa yang akan berlaku sekiranya tanda2 seperti case yang viral nie terjadi.

Seperkara lagi, perbincangan, perdebatan secara ilmiah dalam industri dan bidang yang sama, sangat bagus. Tapi kalau sampai mendatangkan pandangan negative masyarakat, pada saya itu sangat merugikan.

Market penetration takaful masih lagi 20% semenjak Takaful diperkenalkan pada tahun 1985 (syarikat takaful malaysia ditubuhkan). Masih ramai lagi yang belum faham dan sedar mengenai kepentinngan adanya perlindungan kewangan khususnya takaful. Dan rasanya industri takaful di Malaysia pun bukanya besar sangat, balik2 jumpa orang yang sama lebih kurang je.

Memanglah yang masuk memang ramai, yang quit boleh tahan ramai. Jadi, sama-sama naikkan industri takaful kepada tahap yang lebih baik. Aziz Riadi Financial Educator ShRFP

HP:0193232121

Click link http://jomjoinmuqmeen.wasap.my untuk yang berminat nak tambah income sebagai penasihat Takaful.