21 May 2021

MEDICAL CARD PRUBSN TAKAFUL


Prudential BSN Takaful menawarkan 2 jenis medical card. Setiap jenis medical card ini mempunyai fungsi utama yang lebih kurang  sama, akan tetapi memenuhi keperluan yang berbeza.

Medical card tersebut adalah.


1. MEDIC PROTECTOR (RIDER DALAM PLAN ANUGERAH PLUS)

Medic Protector merupakan medical card yang  menawarkan had tahunan 4 jenis plan iaitu Plan 150, Plan 200, Plan 300 dan Plan 400.

Setiap Plan mempunyai manfaat berbeza dari segi had tahunan dan juga pelbagai sub manfaat dan TIADA HAD SEUMUR HIDUP.

Had tahunan untuk Medical Card Medic Protector adalah seperti berikut.

Plan 150 - RM 150,000 setahun

Plan 200 - RM 200,000 setahun

Plan 300 - RM 300,000 setahun

Plan 400 - RM 400,000 setahun

Untuk maklumat lengkap setiap manfaat, anda boleh lihat pada jadual di bawah. Click pada imej untuk paparan yang lebih besar.

Apa kelebihan (PRO) dan kekurangan (CONTRA) medical card Medic Protector?

PRO

  • Ada pilihan full coverage dan juga SmartSaver 300 (Click untuk penjelasan apa itu SmartSaver 300)
  • Tiada had seumur hidup
  • Had tahunan yang agak tinggi memenuhi keperluan pasaran masa kini. Had tahunan ini akan jadi 2 kali ganda sekiranya peserta disahkan mengidap 3 jenis penyakit ini iaitu Cancer, Heart Attack atau Kidney Failure yang memerlukan dialisis. Sekiranya medical card tersebut mempunyai had tahunan RM 200,000 setahun, apabila client disahkan mengidap salah satu dari 3 penyakit (Cancer, Heart Attack atau Kidney Failure), had tahunan akan jadi RM 400,000.
  • Ada pilihan pakej harga sama ada level atau step-up (naik setiap 3 tahun - kali pertama naik 11%, dan kenaikkan berikutnya 1% setiap kenaikan *tidak termasuk kenaikkan disebabkan semakan semula harga medical card). Untuk step up contribution, client boleh pilih untuk dapatkan medical card pada harga yang rendah untuk cater income yang kecil pada permulaan kerjaya seseorang. Apabila client dah lama kerja, ada income extra then boleh cover kenaikkan. 
  • Harga yang competitive di pasaran sekarang ini.
  • Boleh add on manfaat Medic Booster (untuk naikkan had tahunan - tambahan RM 1,000,000 atas setiap had tahunan)
  • Jumlah maximum stay di hospital yang agak lama untuk cover risiko kalau ken tahan wad dalam jangka masa yang lama. Semakin tinggi plan, semakin lama jumlah maximum stay.
  • Ada elaun stay di dalam wad di hospital kerajaan. 
  • Manfaat  Immunisasi bagi tujuan Umrah atau Haji.
  • Ada tambahan lifetime limit untuk perpindahan organ.

CONTRA

  • Had tahunan untuk Plan 150 hanya RM 150,000. As of now, mungkin cukup tapi pada masa akan datang kos rawatan semakin mahal, mungkin memerlukan had tahunan yang lebih tinggi. Dicadangkan untuk ambil Plan 200 kerana harga tidak terlalu jauh beza.
  • Untuk pilihan full coverage hanya ditawarkan pada Plan 300 dan Plan 400 sahaja.
  • Consultation untuk second opinion hanya ditawarkan pada plan 400 sahaja.
  • Ada inner limit untuk dialisis dan cancer treatment (untuk pesakit luar). Walau  pun medical card ini menawarkan tiada had seumur hidup, tapi untuk rawatan pesakit luar bagi penyakit cancer dan juga kegagalan buah pinggang  hingga memerlukan dialisis dihadkan kepada RM750,000, RM1,000,000, RM 1,500,000 dan RM 2,000,000 seumur hidup untuk Plan 150, Plan 200, Plan 300 dan Plan 400 masing-masing. 
  • Sekiranya client nak besarkan coverage, boleh add on dengan manfaat MEDIC BOOSTER yang mana had tersebut akan dinaikkan kepada RM 1,500,000, RM 2,000,000, RM 3,000,000 dan RM 4,000,000 setiap plan. Tapi, berdasarkan pengalaman saya selama 17 tahun, setakat ini tiada lagi claim sebagai pesakit luar melibatkan 2 penyakit ini sampai burst limit.
  • Semua plan medical card memerlukan underwiting process yang ketat untuk memastikan risiko fraud dan salah guna dana tabarru'.
NOTA : Untuk maklumat lanjut, anda boleh hubungi saya di link http://infoplantakaful.wasap.my

2. HEALTH PROTECTOR (RIDER DALAM PLAN ASAS LINK)


Medical card Health Protector merupakan rider dalam plan ASAS LINK. Plan Medical Card Health Protector tidak seperti Medic Protector. Plan ini menawarkan satu jumlah coverage yang besar dinamakan SMART VALUE POINT (SVP). 

Apa beberapa ciri utama untuk medical ini. 

Antaranya adalah :

1. Pilihan Smart Value Point bermula dengan RM 1 juta, RM 1.5 juta atau RM 2 juta

2. Pilihan  bilik wad bermula dengan RM 100, RM 200, RM 300, RM 400, RM 500 atau RM 600

3. Ada pilihan Smart Saver 300 dan juga High Deductible dan juga Zero Deductible. 

Smart Saver 300 (SS300) - Cilent kena bayar RM 300 setiap kali masuk wad. Bayaran RM 300 dikecualikan sekiranya ada kemasukkan ke hospital berturut-turut dalam masa 90 hari selepas kemasukkan pertama disebabkan oleh punca penyakit yang sama. Diingatkan, punca penyakit yang sama.

4. Client boleh buat pemilihan yang pelbagai antara bilik wad, nilai SVP dan juga jenis deductible (sama ada smart saver 300, high deductible atau pun zero-deductible)

High Deductible - Client perlu bayar jumlah deductible seperti yang diambil oleh client. Jumlah bill selepas ditolak jumlah deductible akan dibayar oleh PruBSN Takaful. Sebagai contoh, deductible RM 20,000. Semua kos rawatan di bawah RM 20,000 tidak dicover. Lebih dari tu, PruBSN akan cover. Boleh click kat sini untuk penerangan berkenaan High Deductible.

Zero Deductible - Client tak perlu bayar apa2 kecuali caj-caj yang tidak dicover oleh medical card. Semua kos rawatan akan ditanggung  PruBSN Takaful. Untuk penjelasan mengenai High Deductible boleh click link.

5. Bagaimana SVP Berfungsi?

SVP atau  Smart Value Point merupakan satu had dalam plan health protector. Oleh kerana Health Protector tiada had tahunan dan had seumur hidup, jadi client boleh claim sehingga maximum SVP pada satu2 masa.

Sebagai contoh, SVP RM 1 juta dengan Zero Deductible

Senario 1 - 

Client claim cost rawatan hospital RM 350,000 untuk sekali masuk ward. So, PruBSN akan bayar jumlah bill tersebut sebab SVP RM 1,000,000. Bila dah pernah claim RM 350,000..balance SVP akan jadi RM 650,000. So, client boleh claim lagi sampai habis SVP. Lepas habis SVP macam mana?..Lepas habis SVP, still boleh claim lagi, tapi bayaran akan jadi 80:20. 80% kos rawatan akan dibayar oleh PruBSN dan 20% kos rawatan akan dibayar oleh peserta takaful tersebut.

Ok?...Boleh faham?..Kalau tak berapa faham boleh PM saya di 019-3232121 atau tanya di ruangan komen.



Bagi memudahkan anda untuk membuat analisa dan pilihan untuk medical card ini, saya senaraikan beberapa Pro dan Contra mengenai medical card ini.

PRO

  • Tiada had tahunan dan juga had seumur hidup. Jadi, kalau perlu dapatkan rawatan sehingga ratusan ribu dalam satu tahun, tidak perlu risau tak cukup limit. 
  • Pilihan untuk match Wad Bilik dan SVP serta pakej deductible sangat fleksible. Anda boleh pilih untuk dapatkan bilik yang murah, tapi coverage SVP paling tinggi. Sebagai contoh, client pilih ward RM 100 tapi pilih SVP RM 2 juta dan smart saver 300. Boleh buat macam tu dan tiada limitation plan.
  • Ada pilihan high Deductible untuk client yang dah ada medical card lain atau dari company yang tawarkan medical card kepada staff. Sebab kos medical card ni tak boleh claim 2 kali (duplicate claim). Jadi, sebagai contoh, client ada coverage RM 50,000 dari majikan, so, dia boleh ambil plan High Deductible RM 20,000 sebagai tambahan kepada medical card sedia ada. Kenapa tak ambil High Deductible RM 50,000?...Sebabnya, kita kena ambil plan high deductible lebih rendah dari limit medical sedia ada. Untuk manage risk kalau medical cost burst. 
  • Oleh kerana plan ini adalah jenis Investment Link (Plan Berasaskan Pelaburan), jadi ia sangat flexible (boleh upgrade dan downgrade *tapi bergantung kepada proses underwriting)


CONTRA


  • Harga agak tinggi berbanding dengan medical card Medic Protector.
  • Hanya ada 3 pilihan untuk SVP (Smart Value Point). Jadi client hanya boleh pilih based on 3 pilihan sahaja.
  • Proses untuk claim high deductible, client kena pay  and claim kecuali 1st medical card pun under PruBSN atau Prudential boleh terus apply  GL (guarantee letter - surat jaminan). Sebagai contoh, limit medical card client oleh majikan RM 50,000. Then bil rawatan RM 60,000...Jumlah bil yang ditanggung oleh majikan adalah RM 50,000, dan RM 10,000 baki kena bayar dulu claim kemudian dengan company. Setakat ini, company masih lagi berusaha untuk dapatkan mekanisme terbaik untuk bantu client selesaikan masalah ini.
Itu sahaja setakat ini. Kalau ada sebarang pertanyaan mengenai medical card, plan apa yang sesuai, boleh request quotation di link berikut http://infoplantakaful.wasap.my

Sekian


Aziz Riadi
Shariah RFP
Senior Agency Manager
Muqmeen Group



#financialplanning #rumahsewa #pelaburanhartanah #financialprotection #medicalcard #prubsn #prubsntakaful #parttimeincome #ejentakaful #familytakaful #medicalcardfamily #retirementplan #hibah #estateplanning #businessprotection #kitajagamalaysia #asb #asbfinancing #financialplanner #saynotoscammer #bijakwang #bijakuruswang

6 comments:

  1. As Salam. Mohon bertanya berkenaan deductible di dalam plan Medic Protector.

    Cth : saya pengguna kad pru bsn dah lama. Pastu saya ambil yg plan Medic Protector dengan High Deductible 50k.
    Katakanlah saya masuk wad (bukan nak minta, cuma contoh je :-)), pastu bil perubatan saya RM100k, maknanya RM50k yg pertama tu menggunakan kad prubsn saya yg sedia ada, balance tu terus sambung dengan kad medic protector kan?

    X perlu pay n claim kan?
    Urusan terus di bawah prubsn.?

    Terima Kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih bertanya. Saya akan jawab dalam entry blog saya akan datang ya Tuan.

      Delete
    2. Rasanya yang Tuan ambil bukan medic protector, tapi health protector. Sebab medic protector takde high deductible. Health Protector sahaja yang ada.

      Soalan Tuan tu, kalau limit medical card lama, 50K, claim 100K, kalau balance tu, boleh claim terus gunakan medical card health protector?..Jawapanya "YA". Boleh. Minta Pihak Hospital untuk uruskan coverage tersebut. Sekiranya ada agent, minta agent assist Tuan.

      Terima kasih.

      Delete
  2. Salam saya nak tanya..Macam mana kita nak buat surat appeal mengatakan yang kita ni tak ada penyakit? Haritu saudara saya baru je warded dan dr tulis yang dia accute bronchitis..Ikutkan accute bronchitis tu biasa ja kan..And saudara saya plan untuk upgrade policy since policy dia dah lama and tak banyak benefits (kena tanggung 30% kos hosp)...

    Disebabkan dia pernah masuk hosp, dia kena amik plan yang mahal sikit...Jadi, saya nak tnya..mcm mana kita nk buat surat appeal mengatakan kita ni sihat je? Terima kasih sudi menjawab soalan saya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang ni kena rujuk kepada agent Tuan/Puan sebab kena tengok apa keadaan sebenarnya.

      Delete
  3. Hey! are you giving the service of medical card to public or just the students that are study in our institute. If you are looking for the service of cleaning. Then check out our commercial cleaning Dallas TX service. Visit here for our more services at one place.

    ReplyDelete