Dalam ramai2 orang buat business (jual product) dan juga kedai makan atau restoran, saya lihat KA ni antara orang yang cukup pandai create demand.
Kalau tengok dari message nie, sampai ada orang marah-marah disebabkan oleh tak dapat nak booking. Macam mana KA ni create satu fenomena yang sampaikan dia tak perlu bermodal besar untuk promote restoran Rembayung dia.
Memang la, kalau nak ikutkan dia punya follower memang dah berjuta, jadi senang nak promote atau bagi orang nampak, tahu dan semua nak menjadi sebahagian dari fenomena tersebut. Tapi, apa yang KA buat orang rasa kehilangan atau ketidaksempurnaan dalam hidup kalau tak dapat booking.
Maybe memang ada yang nak ride the trend, nak sama-sama in to the scene sementara tengah hot mengenai Rembayung ni. Sebenarnya, bukan setakat bergaduh nak booking, dari awal lagi netizen dah berdebat, dari segi lokasi, konsep, menu, nama Rembayung tu sendiri, dan macam-macam la. Semua menjadi topik perbincangan dalam social media. Berapa banyak KA jimat on marketing disebabkan oleh netizen dah tolong cover dah.
Bila saya tengok keadaan ini, saya teringat Coach Yuremi Mn pernah ajar dalam sessi Black Code beliau. Be a MASTER of DEMAND Creator. So, KA ni antara contoh yang sangat jelas untuk menggambarkan pemahaman saya berkenaan apa yang saya belajar dengan Coach Yuremi ni.
Satu lagi statement yang saya tak lupa dan faham dan amalkan berkenaan dengan demand creator ini adalah "Sell to the kids, sell to the wife, don't forget the husband"..walau pun saya hanya datang sekali program black code dan follow beberapa series dalam Clubhouse masa PKP, ada banyak benda yang saya belajar dan amalkan dalam business yang saya buat sekarang nie.
Saya buat business takaful, financial management, training dan agency development, bahasa mudah business yang tak nampak barang. Business yang kongsikan harapan, impian, kebimbangan dan juga jaminan kewangan. Walau pun tak nampak barang, saya tetap gunakan teknik apa yang saya belajar dalam Black Code.
Apa2 pun KA pernah kongsikan blue print apa yang dia dapat sekarang ni, dia pernah kongsikan video macam mana dia bermula dengan create attention (buat content) yang orang suka tengok dan akhirnya bina follower. Solution yang KA ketengahkan adalah simple sahaja pada awalnya, tapi sentuh ramai lapisan orang.
Saya yakin, kalau KA mungkin satu hari nanti buat cabang business lain, sama ada yang berkaitan dengan F&B atau tidak, akan ada orang yang akan marah-marah sebab dia tak dapat beli atau rasa atau guna apa yang KA jual...😀.
Oklah, itu je nak share. Takde intention lagi nak cuba makan kat Rembayung, satu hari nanti pada masa akan datang tak tahu la...maybe akan cuba jugak. Sebab saya memang suka cuba kedai2 viral nie.
Untuk yang nak belajar jana income dalam bidang Takaful, boleh click link di comment. Atau DM saya untuk info lanjut. Sekarang syarikat yang saya wakili ada offer untuk sesiapa yang baru join sebagai agent, ada peluang untuk jana income atau simpanan lebih dari RM 40,000 lebih dalam masa 12 bulan. Tempat terhad, sesiapa yang masih belum dapat pekerjaan yang setara dengan apa yang anda inginkan boleh la click link di comment.
AAR
Muqmeen Group
Icity Shah Alam
No comments:
Post a Comment