14 August 2011

Perancangan Kewangan adalah untuk setiap orang..The Star 2003..

Salam Pembaca blog saya yang dirahmati Allah sekalian.


Dalam saya kemas2 document saya yang dulu2, saya terjumpa satu keratan akhbar pada tahun 2003. Di awal pembabitan saya dalam bidang Insurance.


Financial Planning for Everyone Crop copy

Ini sebahagian keratan yang saya crop. Untuk full version, boleh download kat sini : Full Version

So, apa yang ada dalam artikel ini?...secara ringkasnya saya nak share apa yang saya baca dan saya faham.


1. Mengenai perancangan kewangan.


Apa itu perancangan kewangan?...


Bahasa mudah kalau nak faham, macam mana kita rancang duit kita. Maksudnya, bila kita dapat duit dari sumber pendapatan kita atau apa sahaja sumber (yang halal laa kan)...macam mana kita uruskan duit tersebut. Persoalan yang timbul...


a. Adakah saya nak belanjakan semua duit yang saya dapat sekarang nie atau simpan sedikit untuk kegunaan masa hadapan?


b. Adakah saya perlu settlekan semua hutang saya sekarang atau tambahkan simpanan atau pelaburan saya utk hari tua saya?


c. Adakah saya perlu rancangkan keperluan simpanan pendidikan anak2 saya atau, biar diaorang uruskan sendiri apabila mereka besar nanti, saya ada apply biasiswa atau study loan?


Itulah persoalan biasa yang akan timbul dalam benak kita.


Tapi sebelum tu, apa yang perlu ada dalam financial planning ni sebenarnya...so, lihat apa yang artikel ni terangkan...saya permudahkan dan saya ringkas kan...harap2 semua orang boleh faham terutamanya yang baru nak berjinak2 dengan perancangan kewangan ini...


1. Pengurusan Aliran Tunai (Cash Flow Management)


Perkara asas dan yang paling utama dalam memulakan perancangan kewangan. Aliran tunai nie melibatkan anda punya financial net worth...maksudnya, apa yang anda ada ditolak dengan apa yang anda hutang. So, dari situ, anda dapat tahu yang anda ini ke arah mana...sama ada "Financial Freedom"...atau "Financial Disaster"?


Perancangan aliran tunai ini bermula dengan 3 step utama :


- Buat budget : (Apa yang perlu sahaja kita beli, tak perlu atau boleh tangguh)..kita tangguh. "ukur baju badan sendiri"....kalau hanya mampu pakai kereta yang bayaran installment rendah, jangan le nak pakai kereta yang mahal2...semata-mata nak jaga prestij dan sebagainya.


- Settlekan hutang : Mana2 hutang yang kita boleh settlekan, kita settlekan, kecuali kalau hutang rumah, atau kenderaan yang mungkin amik masa lama untuk kita settlekan. Tapi, dikalangan muda2 nie, biasanya hutang credit card utk beli barang2 yang kita "suka"...bukan kita perlu...so, settlekan cecepat.


- Mula menyimpan : mula buat simpanan, walau pun sedikit...masukkan le kat ASB ke Tabung Haji ke atau tempat2 yang kita susah nak keluarkan semula disamping boleh dapat dividen / bonus. Jangan simpan banyak2 kat bank..... Ini penting, pengalaman saya, kalau kita tak de based nak menyimpan, kita simpan kejap, kita keluarkan balik. Jadi, utk bagi motivation kita menyimpan, kita kena mulakan dulu, walau pun sedikit. Bila dah terkumpul dan nampak banyak, baru le kita sayang nak gunakan simpanan kita tanpa sebab yang kukuh.


2. Perancangan Pelaburan (Investment Planning)


Selepas kita dah tentukan berapa jumlah duit yang kita boleh simpan dan nak simpan, kita kena fikir, nak letakkan kat mana?..Unit Trust?..property? emas? (jangan sesekali terjebak dengan skim cepat kaya...tiada jalan pintas untuk berjaya dalam membina kewangan yang teguh)


Kena amik tahu setiap jenis pelaburan yang kita nak masuk. Jangan main belasah sahaja. Jadi orang yang amik tahu. Bukan "buat tak tahu"...tak kira bidang apa sekali pun anda, anda perlu tahu "Financial Intelligent" nie...sebab ianya sangat membantu dalam anda membina kekayaan anda.


3. Perancangan Insurance (Insurance Planning)


Pastikan anda, keluarga anda dan aset anda mempunyai perlindungan insurance yang cukup sekiranya ditimpa musibah yang menyebabkan kewangan kita lumpuh.


4. Perancangan Cukai (Tax Planning)


Ini ramai yang tak berapa nak kisah. Minta maaf cakap, saya lihat bangsa bukan bumiputera cukup cekap dan sensitif benda nie. Tapi, bumiputera Melayu, ramai yang saya jumpa dan dapat tahu, mereka macam tak berapa kisah benda nie....buat tak tau sahaja. Walau pun banyak rebet yang kerajaan berikan. Jadi, kena tahu, apa elemen yang kita boleh kurangkan tax, kita kena buat. Kalau tak, kita kerja penat2...duit tersebut mengalir kepada orang lain, tanpa kita sedar...


5. Perancangan persaraan (Retirement Planning)


Anda takkan boleh bekerja seumur hidup. Cukup masa, anda perlu bersara wajib. Jadi, bila dah bersara, tiada sumber pendatan, tapi expenses tetap bertambah. Anda bukan boleh isi minyak petrol separuh harga hanya kerana anda seorang pesara..atau tak perlu bayar toll atau parking hanya disebabkan anda pesara..betul tak?...sebab tu, kena rancang....Jawapan yang biasa saya terima..."Alaahhh...masih muda lagi aku nak fikir pasal retirement nie..."...nanti saya jawap untuk orang yang alasan macam ni.


Jadi, kalau anda masih muda, start sekarang, kalau dah berumur pun, anda perlu start sekarang...what ever reason...kalau tak nanti, anda akan menyesal mengenangkan masa dan peluang yang anda ada masa dahulu...tapi anda tak pernah nak fikir sejenak, amik tahu dan bertindak.


6. Perancangan Harta (Estate Planning)


Ini lebih kepada, macam mana anda buat wasiat dan pembahagian harta kepada waris2 anda...Ini penting untuk pastikan, waris anda mendapat pembelaan sekiranya anda tiada lagi. Sebabnya, kita develop financial goal salah satunya untuk family kita, kalau kita pepenat develop, sekali orang lain pulak yang dapat hasilnya, dan keluarga kita pulak yang struggle.


Tapi, kekadang bila dilihat, ada orang yang dah tahu pasal kepentingan perancangan kewangan ini, tapi masih lagi gagal dalam merancang kewangan mereka....Alasan-alasan biasa yang mereka berikan..


1. Saya income kecik, aset pun tak de, macam mana nak start buat financial planning?


2. Saya masih muda untuk fikirkan semua benda2 macam nie.


3. Saya tak nak fikir masa akan datang..."saya tua, saya sakit...lumpuh atau meninggal"..yang penting saya nak fikirkan sekarang...So, kes2 macam nie yang menyebabkan mereka lupa kepentingan buat perancangan kewangan awal2


4. Nak fikir pasal perancangan kewangan ini, amik masa yang lama dan tenaga...saya tak de masa untuk semua benda nie...


Tapi sebenarnya punca sebenar kegagalan seseorang itu dalam merancang kewangan mereka adalah SIKAP suka BERTANGGUH atau "PROCASTINATE"....itu sebenarnya....mereka tak sedar, masa berjalan, sedangkan untuk fikir benda tu sekejap sahaja. Bukan lama sangat pun....tapi...sikap.."Nanti lah..."..."Ileklah dulu..."..."Kejap lagi lah.."....itu sebenarnya punca utama gagal dalam perancangan kewangan. Nampak alasan simple je, tapi bila kita semak balik, itulah sebenarnya penyebab utama.


Jadi, sahabat2 pembaca sekali, amik masa sejenak, fikirkan mengenai perancangan kewangan anda. Kepada sesiapa yang dah mula, tahniah, saya ucapkap....kepada yang baru bermula, tapi masih tak faham2....jangan sesekali putus asa. Tanya orang macam mana nak buat. Ada orang kenakan caj, ada orang takkan kena caj untuk kita dapatkan ilmu2 kewangan ini....so, terpulang kepada masing2...Pada saya, kalau setakat nak belajar basic financial planning (personal financial planning)...tak perlu nak invest sampai beribu-ribu...belajar kat internet, forum, blog...dan banyak sumber lagi..yang FREE....


Saya sendiri belajar macam mana nak start buat financial planning ni dari forum...(internet)...lepas tu, jumpa kengkawan, bincang dan sharing idea...Alhamdulillah, sekarang nie Asset semakin bertambah, hutang semakin kurang dan banyak yang dah settled...


Sekian sahaja perkongsian saya...harap dapat memberi manfaat kepada pembaca semua. Wallahualam...


Kembali ke Artikel Utama


Sekian


Abd Aziz Riadi
Agency Manager
Prudential Assurance Malaysia Berhad
019-323 2121
abdriadi@prupartner.com.my
www.azizriadi.com

No comments:

Post a Comment