Assalamualaikum sahabat2 pembaca yang dirahmati Allah S.W.T.
Kita sedia maklum, sebagai manusia, terdapat pelbagai sikap yang baik dan yang buruk. Sikap2 yang baik yang banyak di gambarkan melalui akhlak Rasulullah SAW perlu kita contohi yang mana di dalam Al Quran ada menyebut maksudnya : Dan Sesungguhnya engkau (Muhammad) mempunyai akhlak yang sangat mulia (Surah Al-Qalam, Ayat 4).
Jadi, kalau dalam Al Quran dah terang2an ada menyebut mengenai akhlak Rasulullah adalah akhlak patut dijadikan contoh, jadi kita sebagai hamba Allah, umat Nabi Muhammad SAW sudah semestinya menjadikan Rasulullah SAW sebagai sebagai ikutan.
Oleh yang demikian saya nak share sikit antara point2 yang menarik dari buku yang saya baca (Indahnya Akhlak Rasulullah, menurut Bukhari dan Muslim : Karangan Abdul Mun'im Al-Hasyimi).
Antara isi penting yang saya ingin kongsikan adalah Sifat Tawaduk atau Rendah Hati. Kita tawaduk bukan bermakna kita rendah hati sampai tiada keyakinan kepada diri sendiri. Kita ada keyakinan kepada diri, tapi tidak sesekali merendah2kan orang lain, tidak sekali-kali memperkecilkan orang lain. Dan kita merendah diri bukan sampai kita merendahkan kehormatan kita dan tidak juga memberi peluang kepada orang lain untuk memperkecilkan diri kita.
23 November 2013
Tazkirah : Tawaduk dan Sombong
Ada satu benda yang menarik perhatian saya dalam buku tersebut di mana ada satu kisah, dalam Tahdzid al-Akhlak, Ibnu Maskawih berkata," Orang yang pandai dan terhormat seharusnya terhindar daripada sifat takabur dan bangga diri". Dan dari situ juga ada kisah, seorang penguasa membangga diri di hadapan seorang hamba sahaya yang pandai. Jadi, bila hamba sahaya ni nampak kejadian membangga diri pembesar nie, dia pun bagitau " Apabila kamu bangga dengan kuda yang kamu miliki, yang kamu banggakan itu adalah milik kuda, bukan milikmu. Apabila kamu bangga dengan bajumu, maka yang bagus adalah bajumu dan bukan dirimu. Dan apabila kamu bangga dengan kehormatan nenek moyangmu, maka kerhormatan itu adalah milik mereka dan bukan milikmu".
Apa yang saya nak kaitkan disini, kita buat business takaful, Alhamdulillah, Allah berikan kita rezeki yang melimpah ruah, yang kadang2 kita sendiri pun tak terfikir boleh dapat sebanyak ini. Tapi itulah kebesaran Allah, Dia boleh mengkayakan sesiapa yang Dia kehendaki dan Dia sendiri Maha Kaya dan tidak akan miskin walau pun memberi rezeki kepada hamba-Nya. Apa yang kita mesti lakukan, adalah tingkatkan ketaqwaan kita pada Allah. Buat apa yang Allah suruh, tinggal apa yang Allah larang. Dan tingkatkan kesyukuran kepada Allah mudah2an Allah jadikan kita sebagai hamba2 yang diredhai oleh Nya.
Ok, berbalik kepada kita buat bisness nie, dengan rezeki yang Allah berikan, ada kalanya kita mula memiliki harta benda yang jarang2 orang lain ada. Jadi, kat sini, pentingnya sifat tawaduk nie, walau pun kita ada barang2 yang agak mewah pada pandangan manusia, tetapi jangan sesekali bangga diri disebabkan kita ada harta benda tersebut. Perkara paling mudah adalah, kereta besar, atau rumah besar. Mari kita sama2 berdoa pada Allah agar Allah pelihara diri kita daripada hasutan syaitan dan menjadi orang2 yang membangga diri dengan harta yang kita ada....sedangkan seperti kisah yang saya ceritakan di atas tadi, kalau kita bangga dengan kereta kita, sebenarnya yang hebat adalah kereta kita, dan bukan kita.
Apa kaitan dengan business kita pulak?.sebagai contoh dari segi recruitment.....tidak dinafikan, bagus kalau kita ada kenderaan yang selesa dan selamat, untuk kita buat business dan sebagai bukti kejayaan kita. Tapi, jangan semata-mata nak tunggu ada kereta besar, baru nak recruit...sebab apa?....sebab nak tunjukkan kat prospect agent kita, yang kita dah berjaya dan mampu pakai kereta mewah. Memang betul, kalau ada kita kongsikan kejayaan kita sebagai inspirasi kepada orang2 baru. Tapi, yang saya ingin tekankan adalah, orang2 atau agent2 yang tak de kereta besar lagi, adakah beliau tidak buat recruitment?...sebab takde kereta besar nak tunjuk kat prospect agent?...
Jadi, moral of the story, kalau kita ada extra tool set (dalam hal ni saya focuskan kereta mewah) yang kita boleh gunakan utk develop business kita, buatlah, asalkan jangan takabur. Tapi, kalau kita belum ada, jangan jadikan alasan untuk tidak buat recruitment. Sebab, yang penting adalah dalam diri kita. Kita kena keluarkan potensi diri yang ada dalam diri kita. Jangan terlalu memandang rendah pada diri sendiri, sampai kita tak nampak potensi yang ada dalam diri kita. Dan yang pasti, jangan pulak kita merendahkan diri orang lain sampai kita menjadi sombong dan takabur.
Akhir sekali, peringatan untuk diri saya dan sahabat2 pembaca sekalian, pupuk sifat tawaduk dalam diri kita, mudah2an Allah memberi ganjaran yang besar disebabkan kita berusaha utk mengikut sifat2 Rasulullah SAW.
Sekian.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Menjadi fitrah manusia yang sentiasa mahukan kemewahan. Therefore, barang mewah sentiasa menjadi aspirasi. Saya memiliki pendapat yang agak berlainan. Sumbangan terhadap keluarga dan masyarakat lebih menjadi aspirasi saya.
ReplyDeleteMasing2 ada pandangan masing2. Yang penting follow apa yang syariat tetapkan.
Delete