05 May 2014

Bangunkan Keyakinan Diri


believe

  Assalamualaikum sahabat2 pembaca yang dirahmati Allah sekalian. Terlintas dalam kepala saya ni mengenai keyakinan diri. Khususnya dalam business takaful / insurance nie. Sebab saya berada dalam business nie dah masuk belas tahun. So, just nak share sedikit.

Rata2 orang baru akan berkata kepada saya, saya tak confident untuk jumpa orang dan berkongsi berkenaan takaful ni. Tapi, yang sebenarnya keyakinan tu datang dari mana?...dari betapa banyak ilmu yang kita belajar atau dari berapa banyak kali kita buat (atau amalkan ilmu yang kita belajar)....walau pun ilmu yang kita pelajari itu adalah asas sahaja?

Kalau kita belajar sampai khatam sekali pun ilmu insurance nie (saya tak tahu bila nak khatam, sebab saya nie dah belas tahun dalam business nie, makin lama makin tak pandai je rasanya, makin banyak benda kena belajar dan amal...)...kalau kita tak buat, dan takut nak buat, sebab takut salah...sampai bila keyakinan takkan datang. Senang kita cakap, pengalaman...apa itu pengalaman?....Kalau anda nak tahu, saya satu masa dulu, saya pernah tidak tahu apa maksud pengalaman (masa saya darjah 3 atau 4 kalau saya tak silap).....tapi masa tu saya tak berani nak tanya cikgu, saya terfikir...pengalaman?..apa benda pengalaman nie sebenarnya?...then bila dah besar sikit, baru saya tahu, pengalaman itu adalah sesuatu yang kita pernah lalu atau alami....

Ok, dengan adanya pengalaman, baru datangnya keyakinan diri, baru datangnya cabaran2 baru, masalah2 baru, halangan2 baru, dan dari situ perlunya kita belajar benda2 baru dan kita akan amalkan benda2 baru dan kita alami perkara2 baru......

Sebagai contoh, kalau kita lalu satu2 tempat yang kita pernah lalui sebelum ini, kita akan rasa lebih yakin dari sebelumnya....dan kalau lah kita selalu lalu jalan tersebut, sampai kita boleh imagine keadaan laluan tersebut. Kalau dah sampai kita tersangat selalu berulang2 kali lalu laluan tersebut kita boleh tahu lebih details. Mcm tu la andaian kalau kita buat sesuatu perkara berulang2 kali. Sama jugak dalam business takaful atau insurance, jangan serik nak sesuatu perkara berulang2 kali. Space repetition is the first law of learning. Jangan jadikan alasan takde confident then kita tak buat. Kita kena buat utk dapatkan confident. And kita kena share utk jadikan ianya permanent.

Sebagai contoh, kalau anda masih ada lagi rasa takut nak approach orang , jangan fikir panjang, terus buat apa yang anda takut tersebut, anda akan rasa bahawa ianya tidaklah susah seperti yang disangka. Macam kita lihat budak kecik, mereka tidak fikir panjang utk buat sesuatu perkara walau pun mereka tak expert atau tahu nak buat. Tapi, hasil langkah pertama, mereka belajar langkah kedua, seterusnya langkah ke tiga dan beribu-ribu langkah lagi kehadapan. 

Jangan nak tunggu orang lain yakinkan kita baru kita nak buat sesuatu. Sebaliknya kita kena yakinkan diri kita untuk buat sesuatu. Sebab impian kita bergantung kepada apa yang kita buat dengan izi Allah. Impian orang lain pula bergantung kepada apa yang mereka buat dengan izin Allah. Jadi, takkan kita nak tunggu impian kita tercapai dengan hanya melihat orang lain mengejar impian mereka?...

Sekian....

1 comment:

  1. Rabbi yassir wala tu'assir Rabbi tammim bi khair.

    ReplyDelete