16 January 2015

Tak Sama Tapi Boleh Bekerjasama

Assalamualaikum....

Entry kali ni saya ingin mangajak anda untuk berfikir sejenak terhadap beberapa perkara simple tapi pada saya penting, bukan hanya untuk business, malah dalam kehidupan seharian.


Sama tapi tak Serupa

Gambar Hiasan...untuk mudah faham.

Dalam kehidupan seharian, dan saya akan lebih tekankan dalam context business....kita sebenarnya ada banyak sumber....tapi, oleh kerana kita sebagai manusia terkadang leka asyik melihat masalah, perbezaan, kesusahan, sehingga terlupa dengan sumber yang ada.

Kalau anda perhatikan gambar hiasan di atas.....2 buah kereta, punyai warna yang sama, berbeza ciri-ciri tapi punyai fungsi yang sama...iaitu sebagai pengangkutan. Dan jangan dilihat dari segi nilai RM untuk mendapatkan kereta tersebut, tapi nilaikan dari segi fungsi tertentu setiap dari kereta tersebut.

Untuk lebih mudah, saya letakkan kereta sebelah kanan sebagai Kereta A dan kereta sebelah kiri sebagai Kereta B.

Kalau dilihat dari segi ciri2 dan harga, sudah tentu ramai yang akan lebih focus dengan kereta B...tapi dalam business...kita tidak hanya boleh melihat sesuatu kelebihan yang ada pada sesuatu sumber sahaja. Sebab setiap sumber (kereta A dan B) ada kelebihan dan kekurangan.

Sebagai Contoh..

Kereta A : 5 seater, comfort, tak boleh speed laju macam kereta B, maintenance murah.

Kereta B : 2 seater (2 seat belakang tu kalau dewasa mmg boleh duduk dalam 1/2 jam je kot..lepas tu sure sakit belakang, so kira 2 seater sahaja)...laju, dan kurang comfort untuk jalan yang bumpy sebab suspension keras..., kalau jalan rata mmg best...maintenance mahal.

Ini sebahagian contoh sahaja....apa yang kita boleh pelajari adalah, setiap sumber ada kelebihan dan ada kekurangan (yang pasti tidak akan sempurna (perfect)..sebab yang Maha sempurna hanya Allah SWT)....

Akan tetapi, sekiranya kalau kita ada kedua2 sumber ini, kita boleh gabungkan kelebihan yang ada untuk memudahkan kita capai matlamat penggunaannya....

Sama jugak dalam business....kita ada pelbagai resources....antaranya adalah MODAL INSAN (HUMAN CAPITAL)...i.e staff kita, atau agent kita atau distribution channel kita. Dan agent kita atau staff kita ada pelbagai sumber kelebihan, dan ada juga kelemahan...jadi, walau pun perbezaan tersebut ada, tapi mereka kena bekerjasama...kelebihan seseorang akan menutup kelemahan seseorang yang lain...itulah dia TEAMWORKING...Saya pernah post satu posting di FB satu masa dulu...lebih kurang macam nie...

"Kita ni biar tak sama, tapi boleh bekerjasama. Biar tak serupa tapi boleh bersemuka, biar berbeda tapi boleh berlapang dada" -AAR

Semangat ini lah yang akan menaikan kita dalam business...bukan asyik kita focus pada kelemahan dan masalah. Macam jugak jari tangan kita, ada 5 jari, berbeza setiap satunya, tapi boleh berkerjasama untuk mencapai fungsi yang sama. Begitulah Allah ciptakan diri manusia ini penuh keajaiban untuk kita berfikir dan mensyukuri nikmatNya, mudah-mudahan Allah tambah nikmatNya lagi. 

Jadikan perbezaan kelebihan sebagai sumber untuk kita kembangkan business kita. Untuk synergize daripada level biasa2 kepada level LUAR BIASA...jangan cari perbezaan untuk kita gagal, cari persamaan untuk kita berjaya. Sama2 berjaya, sama2 kaya....in sha Allah. 

Sekian

Aziz Riadi

Coach Takaful #1 Anda
www.fb.com/aar.associates


No comments:

Post a Comment