27 April 2016

Kisah Panglima Perang Dan Budak 5 tahun.

Saya ingin berkongsi cerita mengenai satu kisah Seorang Panglima perang nie.

Pada satu masa dulu, ada sekumpulan askar berkuda diketuai oleh seorang panglima perang yang gagah. Sampai di satu tempat, mereka terpaksa merentasi sebatang sungai yang tenang, tetapi agak lebar. Sebelum ni, mereka pernah merentasi beberapa batang sungai cuma bezanya adalah, sungai tersebut tidak terlalu lebar.

Jadi, kebetulan ada seorang budak lingkungan umur 5-6 tahun bermain2 di tepi sungai yang berhampiran dengan penempatan di kawasan tersebut. Oleh kerana melihat sungai tersebut agak lebar berbanding sungai2 yang direntasi sebelum ini, panglima perang ni bertanyakan sesuatu kepada budak kecil tersebut.

Panglima :"Wahai anak kecil, boleh saya tahu, sungai ni dalam ke cetek? sebab saya dan tentera saya ingin ke seberang sungai bersama dengan kuda-kuda kami"

Budak :"Kalau daripada pengetahuan saya, sungai ni cetek, cuma lebar sahaja"

Mendengar sahaja percakapan si budak kecil tu, Panglima tersebut mengarahkan tentera beliau untuk turun ke gigi air dan mula merentasi sungai yang mana Panglima itu sendiri yang mula turun dahulu....

Selang 5-6 langkah, tiba-tiba kuda yang ditunggangi hampir tenggelam dan hampir hanyut...Nasib baik Panglima tersebut cekap mengendalikan kuda dan mengarahkan kuda tersebut berpatah balik dan naik semula ke tebing...

Dengan perasaan yang amat marah, Panglima tersebut mendapatkan budak kecil tersebut dan memarahinya....

Panglima : " Hei budak kecik!!!...memang keciikkk je aku tengok kou ni. Kou kata tak dalam sungai nie, kenapa aku lalu baru 5-6 langkah nak tenggelam?"

Budak :"Minta maaf Tuan, saya tak tahu kuda Tuan tak boleh lintas sungai...sebab saya tengok itik saya kaki pendek boleh je lintas...takkan kuda, kaki panjang tak boleh lintas?"...

Mendengar jawapan budak kecik tu, Panglima tersebut termenung dan tak jadi nak marah....sebab memang salah beliau juga sebab tak sepatutnya terus percaya dengan cakap budak kecik tersebut. Sudah tentu budak kecik tersebut hanya menjawab berdasarkan ilmu dan pengalaman yang ada pada dia.


Panglima Perang.001

Jadi, sama juga dalam business. Kalau kita nak buat business, kita dapatkan nasihat kat orang yang tak pernah buat business atau pastu takut nak buat business. Agak2 apa jawapan dari beliau?

Dalam bidang insurance takaful pulak, jangan le dapatkan nasihat dengan agent yang memang tak percaya yang jadi agent boleh bina kerjaya....boleh bina kekayaan untuk capai impian hidup. Cuba dapatkan daripada orang yang dah berjaya, pastu berjaya pulak bukan berjaya sekali....dah lama berjaya dan setiap tahun hit target....In sha Allah jawapan akan berbeza.

Tapi, jangan salahkan mereka yang bukan ahli untuk beri nasihat. Hak mereka untuk beri nasihat, apa yang mereka katakan tak penting....apa yang kita fikir tentang apa yang mereka katakan itu sangat penting....

So, kepada agent-agent yang dah join business takaful nie, atau insurance nie, memang akan ada orang pandang hina pada kita. Ada yang panggil kita "Professional Beggar"....ada yang panggil kita "Jual Minyak" la...ada yang anggap kerjaya insurance atau takaful nie merupakan kerjaya untuk orang2 yang belajar tak pandai, so, tak dapat kerja bagus, so, jadi insurance.....memang akan ada...dulu, sekarang dan akan datang....

Kalau ada orang gelarkan saya macam tu?..apa yang saya fikir? Anda nak tahu?...sebab apa yang saya fikir tentang apa yang mereka cakap lebih penting dari apa yang dia cakap....

Kalau saya di hina, dinner, supper, breakfast, tea break semua....saya akan bagitau diri saya....

"Aku lebih rela dihina tapi dapat memberi manfaat kepada orang lain, dari dipuja, tapi tak dapat beri apa2 manfaat pada orang lain" -AAR.....

Tapi, tak semua orang akan pandang hina pada kita....ramai je yang memberi sokongan, percaya pada kita, dan orang2 macam nie lah yang kita kena jaga amanah mereka. Sebab di saat mereka percaya pada kita, itulah saat yang paling penting dalam hidup kita sebagai agent insurance atau takaful. Jangan hanya melihat imbuhan yang kita bakal terima, tapi lihatlah kepercayaan client kita itu sebagai satu tanggungjawab yang akan dipersoalkan di akhirat kelak. 

Dalam business...TRUST adalah satu asset yang kita wajib jaga....

Akhir sekali, rakan2 seperjuangan sekalian, saya faham, anda mungkin mengalami situasi yang saya kongsikan di atas.....tapi selagi anda PERCAYA bahaya business ini dapat memberi manfaat kepada orang lain, dan anda tetapkan dengan activity wajib anda (VITAL BEHAVIOR) sebagai seorang agent takaful or insurance....In sha Allah, KEJAYAAN AKAN DATANG KEPADA ANDA PADA SAAT YANG ANDA TIDAK DUGA....

Sekian....semoga bermanfaat...

Aziz Riadi
Coach Takaful #1
019-323 2121

www.azizriadi.com
www.aarassociates.com


Banner Fb Page Version 2.1

No comments:

Post a Comment