25 May 2016

TIPS KEWANGAN : Macam mana nak mulakan SIMPANAN?

Saya kongsikan kepada anda petikan dari mentor kewangan online saya iaitu Abam Zaidi Ismail (https://www.facebook.com/urusinsan)...

Bila nak menyimpan sangat liat, bila nak belanja sangat cepat....terpulang kepada diri masing2...sebab duit anda, anda yang uruskan...dan beban kewangan anda, anda yang akan tanggung.


So mulakan dengan sesuatu yang kecil. Sebagai penyuntik semangat atau motivasi. Bila sebut pasal duit je tak lari dari 3 perkara asas...

1. Income
2. Expenses
3. Surplus @ Defesit

Dan semua benda nie berkait rapat dengan emosi anda...Tak percaya?..cuba anda baca artikel di bawah.


TIPS KEWANGAN PAGI JUMAAT
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
.
Sebelum sibuk nak bayar hutang bank atau hutang orang , bayar diri sendiri dulu (buat simpanan) untuk tabung kecemasan , paling minima bersamaan dengan 1 bulan gaji , dah ada wang ini , barulah mula bayar hutang , kalau tertunggak bayar lebih sikit , lama-lama boleh kejar.
.
Kenapa tabung kecemasan (sakit pening , kereta rosak dll) penting ? supaya kita tak tambah hutang baru kalau ada kecemasan. Beli tudung , tukar handbag , modified kereta , bagi pinjam duit kat orang , balik kampung dan sebagainya bukan kecemasan) , jangan ngada-ngada nak guna wang tabung kecemasan.
.
Ada yang meninggal dan kenduri kendara kat kampung bukan kecemasan , kalau ada yang meninggal atau ada yang kahwin , mereka tetap dah meninggal atau kahwin biarpun korang tiada disitu. Jangan sebabkan hal macam itu , poket korang meninggal pulak nanti.
.
begitu juga kalau mak ayah nak buat kenduri kat kampung, tong/tong dengan adik beradik , boleh pilih tarikh lain kalau semua tengah senak, jangan cuba jadi hero.Tolong jangan jadi lurus pembaris apabila membaca nukilan ini , Abam cuma bagi contoh jer , guna la akal untuk menentukan mana satu hal atau perkara kecemasan.
.
Teruskan menyimpan biarpun sudah ada tabung kecemasan , simpan / tabung kecemasan sehingga bersamaan dengan 6 bulan pendapatan barulah mulakan langkah untuk melabur pula selepas itu. Kajia semula kedudukan kewangan anda setiap 6 bulan. Ada paham ?



Sekian...semoga bermanfaat. Kalau anda nak tahu macam mana tambah income setiap bulan untuk membolehkan anda mula menyimpan dan belajar macam man anak manage expenses...saya boleh tolong ajarkan...PM saya dan saya akan reply request anda in sha Allah.


Aziz Riadi
ShRFP
019-323 2121


Banner Fb Page Version 2.1

TIPS KEWANGAN : Nak ada harta sendiri...tapi Sanggup atau tidak?

Saving dalam gelas 

Saya kongsikan kepada anda petikan dari mentor kewangan online saya iaitu Abam Zaidi Ismail (https://www.facebook.com/urusinsan)...

Ramai antara client, prospect dan agent2 saya yang tanya benda nie dan lebih kurang sama jugak jawapan saya. Tapi, kali nie, saya nak anda baca sendiri dari orang lain...kalau nak ikutkan, kalau anda cari mana2 penasihat kewangan pun sama jugak. So, korang layan la dulu. Kalau nak follow...follow...kalau tak nak, nak buat macam mana. Kalau anda sendiri tak sanggup nak buat untuk diri anda...anda rasa orang lain sanggup berkorban untuk anda?...


BUKAN TAK BOLEH TAPI TAK SANGGUP.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

  • Tak salah kalau tidak mempunyai harta yang banyak , bukan semua orang nak jadi kaya tapi yang pasti tiada siapa yang ingin jadi miskin , Abam banyak juga terima surat yang minta tips dan cadangan bagaimana nak hapus hutang , hidup sederhana , cukup makan pakai , ada rumah sendiri untuk berteduh dan ada simpanan untuk hari tua 
  • Abam nak bagi tahu , bukan susah pun untuk capai semua itu , isunya bukan boleh atau tidak tetapi sanggup atau tidak dan kebanyakan dari kita tak sanggup , mulut kata nak hidup sederhana,  tak nak berhutang dan sebagainya tetapi realiti amat berbeza , ramai yang tidak sanggup melalui gaya hidup sederhana. Antaranya sebab :-
.
1. Nak jaga hati dan perasaan orang lain , memang tak nak beli kereta berhutang tapi apa kata orang kalau pakai kereta 2nd yang dah berumur 10 tahun biarpun boleh beli secara tunai. Tak sanggup dengar kata nista orang , bernanah telinga katanya , maka beli juga kereta baru biarpun poket sendiri bernanah.
.
2. Nak jaga air muka keluarga (terutama ibu bapa) kononnya , ambil juga pesonal loan sebab nak repair rumah kampung adik beradik atau diri sendiri nak kahwin , tak sanggup orang kata rumah buruk tak selesa. Walhal boleh jer buat majlis kat dewan serbaguna , takda siapa pun peduli , lepas 3 bulan orang pun dah tak ingat  masa kita kahwin tu  bersanding ke berdiri.  
.
3. Lepas SPM ambil pinjaman pendidikan nak sambung belajar ambil degree , nanti lepas habis degree dapat kerja bergaji besar berkata pada diri sendiri , realitinya dah masuk 5 tahun berkerja pinjaman belajar pun belum mula bayar nama masuk CCRIS nak beli rumah pinjaman pula tak lepas sebab tak sanggup bekerja sambil belajar , walhal banyak jer program PJJ tanpa perlu berhutang bagai.
.
4. Gaji mula bekerja layak jer beli rumah kos rendah , tapi tak sanggup sebab busuk katanya , alang-alang beli rumah biarlah yang paling besar dan paling mahal yang boleh di beli olehnya , barulah kembang hidung kalau kenkawan dan sedara mara bertandang ke rumah. Macam la rumah pertama itu tak boleh dijual untuk dapatkan rumah yang lebih baik selepas itu.
.
5. Bukan tak tahu menyimpan itu perkara asas dalam kewangan , tapi tak sanggup nak berjimat sebab ada kawan kata "kalau bukan sekarang , bila lagi ? kita bukan hidup selamanya , nanti mati tak sempat nak rasa duit yang disimpan" kita pun dengar nasihat kawan yang lebih sengkek dari kita.
.
Abam boleh senaraikan macam-macam scenario dan situasi , ceritanya tetap sama , Orang kita tak sanggup bersabar , tak sanggup menunggu , tak sanggup usaha , tak sanggup terima kenyataan , tak sanggup pekakkan telinga , tak sanggup jadi diri sendiri dan lebih lagi tak sanggup berkata "TIDAK".
.
Tak nak berhutang ? boleh jer , tak nak harta yang banyak , cukup sekadar apa yang ada ? boleh jer , nak hidup sederhana , lagi la boleh , tapi sanggupkah kita? Nak bawa bekal ke pejabat pun macam-macam alasan , ini kan pula nak hidup sederhana? Tak hipster la kan ... Ehmmm!!!. 
.
Abam senyum jer laaa.
.

Sekian..

Aziz Riadi
Coach Takaful #1
019-323 2121


Banner Fb Page Version 2.1

KENAPA KITA PERLU SEDIAKAN HIBAH UNTUK WARIS KITA?

ANDA KENA BACA DAN KONGSIKAN PERKARA INI...


Screen Shot 2016-05-25 at 3.00.12 AM

Peserta takaful boleh menarik nafas lega apabila Majlis Penasihat Syariah (MPS) Bank Negara mengeluarkan satu resolusi bahawa takaful boleh dihibahkan. Ini bermaksud sebarang faedah kematian boleh diberi terus kepada penama tanpa perlu difaraidkan. Keputusan MPS pada 5 November 2014 berasaskan pertimbangan memandangkan peserta memilih untuk membahagikan manfaat takaful kepada penama secara hibah ketika hidup (peserta), adalah adil dan munasabah jika setiap penama mendapat bahagian sama rata bukan peratusan bahagian masing-masing. Kaedah itu boleh mengelakkan timbulnya persengketaan sesama penama jika satu pihak mendapat bahagian yang lebih berbanding pihak lain. 

Dalam kes kematian penama sebelum kematian peserta dan tiada penamaan baharu dibuat, hibah manfaat akan dikembalikan kepada peserta kerana tiada penerima bahagian hibah itu. Oleh itu, bahagian manfaat itu hendaklah diurus berdasarkan hukum dan prinsip faraid selepas kematian peserta kerana manfaat itu akan menjadi sebahagian daripada harta peserta.

MPS pada mesyuarat ke-114 pada 28 Julai 2011 juga memutuskan jika penamaan dibuat kepada lebih daripada seorang benefisiari tanpa menyatakan bahagian peratusan masing-masing, pembahagian manfaat takaful perlu diberi secara sama rata kepada setiap penama sebagai benefisiari. Resolusi ini dinyatakan dengan jelas dalam Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013, dalam Jadual 5 yang mengatakan peserta takaful berhak menamakan sesiapa sahaja sama ada sebagai penama atau pentadbir bagi faedah takaful. 

Apa itu hibah? 

Hibah bermaksud pemberian pemilikan sesuatu barang kepada seseorang tanpa sebarang balasan. Ia adalah kontrak satu pihak dan mengandungi pemberian milik oleh seseorang secara sukarela terhadap hartanya kepada seseorang yang lain pada masa hidupnya tanpa balasan (iwad). 

Barang atau harta yang hendak dihibahkan itu perlu memenuhi syarat, iaitu barang atau harta yang halal serta mempunyai nilai di sisi syarak. Barang dihibahkan mestilah wujud ketika dihibahkan. Mengikut Mazhab Maliki, Syafie dan Hambali, hibah terhadap harta yang dikongsi yang tidak boleh dibahagikan adalah sah hukumnya. 

Mengikut Islam, barang yang masih bercagar (seperti rumah) boleh dihibahkan jika mendapat keizinan daripada penggadai atau peminjam. Ini juga terpakai kepada rumah yang diinsuranskan di bawah MRTA yang ingin dihibahkan perlu mendapatkan keizinan dari pihak bank. Hibah terletak di bawah bidang kuasa pentadbiran agama Islam di setiap negeri dan secara langsung ia terletak di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah. 

Ini dinyatakan dengan jelas dalam Jadual 9 Perlembagaan Persekutuan. Kebanyakan Mahkamah Syariah menggunakan perkataan 'alang' sama ada ketika marad-al-maut, alang hayat atau ketika hidup dan 'penyelesaian yang dibuat tanpa balasan' merujuk kepada hibah atau pemberian. Penggunaan perkataan sama dapat dilihat dalam Enakmen Pentadbiran Agama Islam negeri seperti Selangor, Melaka, Pulau Pinang, Johor, Perak, Kedah, Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak. 

Peserta takaful ada hak Seksyen 46 (2) (b), Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 (Akta 505) memperuntukkan bidang kuasa Mahkamah Tinggi Syariah, termasuk mendengar dan memutuskan semua tindakan dan prosiding berkaitan wasiat atau alang ketika marad-al-maut, alang ketika hidup atau penyelesaian dibuat tanpa balasan memadai dengan wang atau nilaian wang. Undang-undang sudah memberikan kuasa penuh kepada peserta takaful dalam melantik penama sebagai pemegang amanah, pentadbir atau penerima hibah. Kebanyakan syarikat takaful hari ini menyediakan takaful berserta pelaburan. 

Ini juga terpakai kepada simpanan akaun pelaburan takaful, melainkan peserta telah mengatakan dengan jelas sebaliknya. Berbeza dengan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), penama hanyalah pentadbir. Ini diputuskan mesyuarat Majlis Fatwa Kebangsaan pada tahun 1978 yang mengatakan lantikan penama oleh orang Islam dalam mana-mana badan atau institusi mereka menyimpan adalah tidak sah untuk diterima sebagai waris yang berhak menerima pusaka cuma ia sebagai pelaksana untuk membahagi harta pusaka itu kepada waris mengikut hukum syarak. 

Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-49 pada 10 September 2000 menjelaskan, wang KWSP dan wang simpan adalah pusaka yang mesti dibahagikan mengikut hukum faraid. Penama KWSP adalah wasi atau pentadbir harta. Penama hendaklah membahagikan wang KWSP (peninggalan simati) mengikut hukum faraid. 

Selangor turut mewartakan Hukum Simpanan Wang KWSP pada 9 Mei 2002 bagi ahli beragama Islam yang meninggal dunia yang menjelaskan bahawa wang KWSP yang disimpan ahli dianggap harta pusaka. Kaedah pembahagian harta pusaka adalah tertakluk kepada hukum faraid.



Kongsikan sekiranya ia bermanfaat. Petikan asal dari page berita harian.

Banner Fb Page Version 2.1

AFTER WORK, IS WHAT DETERMINES YOUR FUTURE! SPEND ONE HOUR PER DAYDOING THESE 5 THINGS AND YOUR LIFE WILL CHANGE FOREVER!

Saya dapat dari posting di FB. Boleh ambik pengajaran. Tapi, as a Muslim, anda pandai2 le adjust ikut apa yg agama gariskan. Itu lebih baik.
Time Clock

********************************************************
You finish work at 6 pm, go to bed at 12 midnight.
Within these six hours, how do you spend them?
Watching TV?
In fact, the activities you do between 6 am and 12 midnight,the importance if it is beyond your imagination. Too many people believe that, your career is determined by the 8 hours of hard work and effort you put at work,and your future and career progression depend on the boss and the company.But the reality is that for most people, this thing, you are on your own…..

Read on…
“Cultivation”, it’s forever dependent by yourself.If you found yourself not progressing in life,You cannot blame and put the responsibility on your company for not grooming you.

1. WHAT YOU DO EVERY NIGHT IS IMPORTANT

My major in college was marketing, but I expect to become a designer.So I practiced day and night,picking up some freelance work to improve my design skills.
It took me a long time.When I became a boss, I no longer need to involve myself in design work,So I went back to the Marketing field.Every day, when my children are sleeping,I began learning to gain more knowledge, this again took me a long time,
But I begin to realise my returns.If I rely on my working hours to gain skills,then I will never have become a creative director and a product manager,or like today, teaching MBA students on Marketing.What I rely on, is myself giving myself “lessons”. And the most successful people I knew, walked the same path as I am. I have a friend who is a History graduate, but he is interested in technical sales, In the day, he does telemarketing, at night he learns how to code,
Finally, he became the vice president of sales in a startup company. Now, he’s a CTO. I have another friend, he received a degree in political science. But he’s very interested in entrepreneurship. He learnt a lot of knowledge on how to start up a company, eventually, he founded a company and sold it,
Now he has reaped the rewards.For them, what they do between 6 pm till 12 midnight, is what determined their future. Clearly, we need to balance life and work. If you have a wife and children, every night, you have to stay with them. Even if you are single, you also need a reasonable allocation of time to go to the gym, to meet with friends, or be alone to meditate and so on.
Of course, watching movies, playing games is good. But there are things you do not need to do. For example, watching the new season of a Netflix drama, 14 hours per week watching television (This is the average amount of time watching television).
The time spent playing the game Candy Crush. Or spending time stalking your high school alumni on Facebook, it does not seem to be good.
So what should you do?

2. READ MORE, ANYTHING WILL DO!

My college mentor was born in Alabama, A poor African family.He was admitted to West Point Military Academy, and he became the first person in the family to go college. Before going to Havard for his MBA, he’s a trained officer. When I met him, he has already developed his career in the city of Colorado Springs. I asked him, what’s his biggest success? He replied, because he kept the habit of reading, and he never stopped. He believed that if you want to get what you want in life, knowledge is the key. He often asked his interviewees what book are they reading now, the excellent ones can give an answer immediately.
Reading can give you a good headstart, this is often what your peers cannot obtain. Compared to others, you are more likely to know other industries strategies and tactics, and that may be helpful to your company. You can transfer your knowledge within the organization, create new possibilities for your company. Moreover, your conversation topics will become more interesting.

Anthony Robbins said: “If you spend one hour a day to learn about a topic, a year later, in this regard, the knowledge you gain will be more than 99.999% of the world’s people.” Even if you have 30 minutes every night, each week you can easily read a book. You may not be an expert, but I promise, you’ll know more than what your peers know.
3. DO SOME PROJECTS 

You can apply the knowledge learnt to real work scenario, this is only an ideal state.If your company did not give you this opportunity, create opportunities for yourself. You can do some volunteer projects. They can bring you fame.
Working with a team, you’ll understand how things work. In the practical application of the industry, and how it ultimately affect actual customers. You’ll learn how to perform the task and meet deadlines, and get feedbacks on what you are doing,and benefit from it.
When you are not strong enough, these experience may not have any value to you. But you are still a novice. These experiences are far more valuable than the miserable pay you are getting. If you can really convince others of your pockets of fruits of labour, Then go try it. But do not let these private jobs affect your work.
4. ACTIVELY BUILD YOUR CONNECTIONS
In your career path, a strong network of connections will make everything accelerate. If you have not set up your own personal connections,
you’ll need to divide a portion of your time to do this. A strong network of relationships, can enable you:
  • contact smart friends, and learn their opinions
  • get information and knowledge that are difficult to obtain
  • help the company look for more potential partners
  • or income generating opportunities
Go get to know your work colleague or boss…..

If you are an entrepreneur, your network connections will be your early customers, your staffs are a source of capital rather than go home, or going to a bar, you should find some inner circles. There are many small groups which are highly relevant to your career. You should try to integrate into these circles. Every week, you can drink coffee together with new friends, go drinking or have breakfast.
You can also look into everyone’s career developments on LinkedIn. And establish a network with mentors in those professional industries. They may be your next job employer, who knows? Your connections will be your most powerful asset in the workplace. Since you have time to watch “The Voice of China”, you have time to build a social network.

5. THE CHANGE OF YOUR LIFE STARTS TONIGHT

6 pm to 12 am, you go home, though physically and mentally tired, you are free to do anything and do not have to take orders from others.
During this time, you can switch off like switching off your computer at your workplace, switch off your brain. But you can also do something, make you smarter, stronger, have a wider network of people. From the start tonight, take an hour a day to do these things, I guarantee that after a year, your career, and life will change.
*Translated from a chinese article. Source.

PruBSN Mobility E-Learning Video

Kepada agent2 yang baru dapat code PRUBSN MOBLITY tapi tak tahu macam mana nak buat submission proposal atau buat quotation menggunakan mobility...sila lihat video di bawah sampai khatam.

Sila klik link video ni. Cuma video nie private, so sesiapa yang nak access, kena PM saya email address "gmail" anda.

https://youtu.be/PKBQ9XGXq9o

Sekian, terima kasih.



Banner Fb Page Version 2.1

04 May 2016

DILEMA GRADUAN - NAK CARI KERJA YANG SESUAI ATAU INCOME YANG SESUAI?




JOB SECURITY?.001


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Saya ada banyak jumpa young graduate, tak kisah bidang apa sekali pun, bila saya tanya soalan...

"Dah habis belajar nanti nak cari kerja yang sesuai atau income yang sesuai?"....dari 10 saya tanya, 9 akan jawab "Kerja yang sesuai", bila saya tanya kali kedua, ada yang berubah jawapan, terutamanya bila saya bagitau "OK, kalau saya ada kerja yang sesuai dengan you, tapi gaji RM 300 sebulan ok tak?", yang saya tanya ni student degree ekonomi. Then, beliau jawab, "Ishh tak nak laa"...."Laaaa, tak nak pulak?..." jawab saya. Kata tadi memula nak kerja yang sesuai.

So, sekarang nie sebenarnya kita cari kerja yang sesuai dengan kita atau kerja yang INCOME sesuai dengan kita?...Sebagai seorang graduan?...anda patut jawab soalan ni terlebih dahulu sebelum anda keluar cari kerja....atau mula nak berniaga.

Jadi, dari beberapa survey yang saya buat...hakikatnya, kita sebenarnya nak INCOME yang sesuai dengan keperluan dan kehendak kita..tak kisah sangat pun pasal kerja sesuai ke tak sesuai. Kita je yang limitkan kita punya potential. Kalau belajar, account, mesti nak jadi accountant...kalau kerja IT mesti nak jadi system engineer, system analyst atau yang berkaitan....sebab kita match kan apa yang kita belajar dengan pekerjaan yang ada kat luar. 

Tapi, bila dah start kerja accountant, tetiba tak puas hati sebab increment sikit, kerja banyak....kerja IT, income sikit, tapi kerja berlambak....dah?...kata nak kerja yang sesuai....SO?...nak INCOME yang sesuai atau KERJA yang SESUAI?...fikirkan.


Baik....kalau dah tau kita sebenarnya nak income yang sesuai...kenapa kita perlu pilih2 kerja sangat?...Sekarang nie masalah orang kena retrenched sangat ramai....beberapa sektor seperti oil and gas, banking, dan beberapa sektor lain...dan banyak jugak company yang downsizing....memang kerja tu sesuai dengan mereka, tapi, mereka kena buang kerja...

Kalau dulu kita rasa kerja Oil and Gas sangat Secured...Kerja bank pun sama. Tapi, adik2 sekalian...itu dulu....dulu boleh kita fikir macam tu, but now???...JOB SECURITY?...anda kena create sendiri.

Saya nak tanya pembaca sekalian, kalau bandingkan orang jual nasi lemak tepi jalan dengan orang kerja oil and gas, mana satu yang lebih memberikan jaminan pekerjaan? (JOB Security?)....mungkin ramai yang jawab, kerja jadi engineer Oil & Gas la...tapi, saya nak share sikit kisah anak saudara saya ni...(Ejam (bukan nama sebenar))

Dulu, lepas graduate diploma elektrik dari UTM, Ejam ada sambung belajar under Petronas selama 6 bulan untuk persediaan jadi technician off-shore....Then, habis belajar, kena tunggu dalam masa 6 bulan...untuk panggilan. Jadi, sementara menunggu nie, Ejam tolong mak dia jual nasi lemak, so, mak dia jual belah pagi, dia jual belah petang (pacak payung tepi jalan je)..so, dia pun mula belajar masak nasi lemak kukus dan jual sebelah petang sampai malam....memula, biasa la...berapa hengget je dapat...tapi, dalam masa sebulan lebih, jualan dan mencecah RM 300 - RM 400 sehari. 

Dalam tempoh tu, tiada lagi panggilan Petronas....then saya pun tanya dia 

AAR : "Ejam, kou kalau kerja Petronas berapa dapat Gaji?"

Ejam :"Dalam RM RM 2,500 - 3,000"...(Kira tinggi la untuk grad Diploma)

AAR :"Habis tu, kalau pergi off shore berapa?"

Ejam :"Dapat la dalam RM 4,500"

AAR:"Kou meniaga, nasi lemak nie, berapa dapat sehari?"

Ejam:" RM 300 - RM 400...kekadang kalau time gaji boleh cecah RM 500 - RM 600"

AAR:" Kou tutup sehari je kan seminggu"...Ejam mengangguk..."Cuba kou kira sebulan dapat berapa kalau sehari RM 400, 26 hari dapat berapa?"

Ejam:" Dalam 10K"...

AAR :" Profit kou?"...

Ejam :"Dalam 40%, RM 4,000"...

AAR:"So, kou tak payah pergi ke laut, dapat RM 4,000 sebulan, start meniaga 4pm - 10pm, so nak pergi ke kalau dapat Petronas?" 

Ejam, termenung sambil dongak ke atas (tengah buat kira2 la tu)....

AAR:"Bang, itu baru satu gerai...kalau kou bukak gerai lain?..2,3,4...berapa profit kou dapat?"...

Ejam:" Ya la Cik Acit (nama panggilan saya utk anak saudara saya)...baik meniaga nasi lemak, tapi, boleh ke kalau nak bukak branch lain....yang ni pun baru start"...

AAR:"Tak pe, nanti aku akan tunjukkan cara"...

Then, Alhamdulillah, dia tak jadi kerja Petronas (and tak dapat pun sebenarnya).....dan terus bukak gerai nasi Lemak Kukus....

Dulu, bermula kat Ayer Keroh Melaka, dan sekarang ni kat Melaka ada 3 tempat, kat Gombak 1, dan Shah Alam (Kota Kemuning) ada dua.....and average jualan sehari RM 1,000 satu branch.

Boleh tengok kat sini dia punya FB https://www.facebook.com/nasilemakejam

So, Alhamdulillah, sekarang nie, dia mampu gajikan pekerja dan dalam process nak kembangkan kepada 300 branch satu Malaysia. Mungkin kalau dia kerja Petronas, beliau antara orang2 yang termasuk dalam statistik kena retrenched...so, dengan pengalaman ini, saya ambil keputusan dan percaya, tiada jaminan pekerjaan selagi mana kita kerja dengan orang...kalau kerja sendiri...In sha Allah...sebab kita yang manage business kita.

So, Akhir sekali... JOB SECURITY?....YOU HAVE TO CREAT IT....anda kena cipta jaminan pekerjaan untuk anda....In sha Allah.

Disclaimer : Bukan saya cakap semua Oil and Gas tak bagus, tapi dalam context JOB SECURITY...jangan emosi sangat ya...:D


So, Graduan sekalian, kalau anda rasa kerja makan gaji susah nak dapat tempat sekarang ni, cari la apa2 business yang boleh anda mulakan. Mulakan dengan modal yang kecil, apa yang ada di tangan..kalau perlu kerja yang tak sesuai dengan kita, tapi ada gaji, dan kerja tersebut boleh membantu ramai orang....buat...sebab mungkin satu hari nanti anda boleh bukak business dengan beri service yang sama....

Dan saya sendiri dulu belajar dalam bidang komputer, sekarang nie join syarikat takaful sebagai perancangan kewangan (dah 12 tahun)...Alhamdulillah, kalau ikutkan mana saya suka sangat...tapi sebab bidang nie bagi income yang sesuai dengan saya, saya pun explore, dan Alhamdulillah....sebulan income saya sekarang sama dengan 100 kali ganda dari income memula saya grad dulu. 

Maksudnya, sebulan saya kerja sekarang, sama dengan 8.3 tahun income saya grad dulu. So, kalau 3 bulan saya kerja sekarang, sama dengan 25 tahun income saya grad dulu...So, saya boleh retire lebih awal. Ini yang saya cuba sampaikan tadi, mmg kerja tu tak sesuai sebab belajar komputer, tapi kerja bab perancangan kewangan, kan dah jauh sangat pergi nya tu...tapi dan incomenya sesuai..saya grab...

So...."LOVE WHAT YOU DO, UNTIL YOU CAN DO WHAT YOU LOVE"....jangan memilih kerja sangat....apa yang ada, grab dulu.....then, lama2 nanti anda cari kerja yang sesuai dengan anda dan income yang sesuai dengan anda....

Kepada graduan yang nak tahu lebih lanjut macam mana saya mulakan kerjaya sbg Perancangan Kewangan..boleh PM saya or Whatsapp 019-3232121..saya akan kongsikan apa yang saya buat, dan saya jamin, saya boleh bantu anda untuk jadi lebih hebat dari saya, IN SHA ALLAH.





Banner Fb Page Version 2.1