ANDA KENA BACA DAN KONGSIKAN PERKARA INI...
Peserta takaful boleh menarik nafas lega apabila Majlis
Penasihat Syariah (MPS) Bank Negara mengeluarkan satu resolusi bahawa takaful
boleh dihibahkan. Ini bermaksud sebarang faedah kematian boleh diberi terus
kepada penama tanpa perlu difaraidkan. Keputusan MPS pada 5 November 2014
berasaskan pertimbangan memandangkan peserta memilih untuk membahagikan manfaat
takaful kepada penama secara hibah ketika hidup (peserta), adalah adil dan
munasabah jika setiap penama mendapat bahagian sama rata bukan peratusan bahagian
masing-masing. Kaedah itu boleh mengelakkan timbulnya persengketaan sesama
penama jika satu pihak mendapat bahagian yang lebih berbanding pihak lain.
Dalam kes kematian penama sebelum kematian peserta dan tiada penamaan baharu
dibuat, hibah manfaat akan dikembalikan kepada peserta kerana tiada penerima
bahagian hibah itu. Oleh itu, bahagian manfaat itu hendaklah diurus berdasarkan
hukum dan prinsip faraid selepas kematian peserta kerana manfaat itu akan
menjadi sebahagian daripada harta peserta.
MPS pada mesyuarat ke-114 pada 28 Julai 2011 juga memutuskan
jika penamaan dibuat kepada lebih daripada seorang benefisiari tanpa menyatakan
bahagian peratusan masing-masing, pembahagian manfaat takaful perlu diberi
secara sama rata kepada setiap penama sebagai benefisiari. Resolusi ini
dinyatakan dengan jelas dalam Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013, dalam
Jadual 5 yang mengatakan peserta takaful berhak menamakan sesiapa sahaja sama
ada sebagai penama atau pentadbir bagi faedah takaful.
Apa itu hibah?
Hibah
bermaksud pemberian pemilikan sesuatu barang kepada seseorang tanpa sebarang
balasan. Ia adalah kontrak satu pihak dan mengandungi pemberian milik oleh
seseorang secara sukarela terhadap hartanya kepada seseorang yang lain pada
masa hidupnya tanpa balasan (iwad).
Barang atau harta yang hendak dihibahkan
itu perlu memenuhi syarat, iaitu barang atau harta yang halal serta mempunyai
nilai di sisi syarak. Barang dihibahkan mestilah wujud ketika dihibahkan.
Mengikut Mazhab Maliki, Syafie dan Hambali, hibah terhadap harta yang dikongsi
yang tidak boleh dibahagikan adalah sah hukumnya.
Mengikut Islam, barang yang
masih bercagar (seperti rumah) boleh dihibahkan jika mendapat keizinan daripada
penggadai atau peminjam. Ini juga terpakai kepada rumah yang diinsuranskan di
bawah MRTA yang ingin dihibahkan perlu mendapatkan keizinan dari pihak bank.
Hibah terletak di bawah bidang kuasa pentadbiran agama Islam di setiap negeri
dan secara langsung ia terletak di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah.
Ini
dinyatakan dengan jelas dalam Jadual 9 Perlembagaan Persekutuan. Kebanyakan
Mahkamah Syariah menggunakan perkataan 'alang' sama ada ketika marad-al-maut,
alang hayat atau ketika hidup dan 'penyelesaian yang dibuat tanpa balasan'
merujuk kepada hibah atau pemberian. Penggunaan perkataan sama dapat dilihat
dalam Enakmen Pentadbiran Agama Islam negeri seperti Selangor, Melaka, Pulau
Pinang, Johor, Perak, Kedah, Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak.
Peserta
takaful ada hak Seksyen 46 (2) (b), Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam
(Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 (Akta 505) memperuntukkan bidang kuasa
Mahkamah Tinggi Syariah, termasuk mendengar dan memutuskan semua tindakan dan
prosiding berkaitan wasiat atau alang ketika marad-al-maut, alang ketika hidup
atau penyelesaian dibuat tanpa balasan memadai dengan wang atau nilaian wang.
Undang-undang sudah memberikan kuasa penuh kepada peserta takaful dalam
melantik penama sebagai pemegang amanah, pentadbir atau penerima hibah.
Kebanyakan syarikat takaful hari ini menyediakan takaful berserta pelaburan.
Ini juga terpakai kepada simpanan akaun pelaburan takaful, melainkan peserta
telah mengatakan dengan jelas sebaliknya. Berbeza dengan Kumpulan Wang Simpanan
Pekerja (KWSP), penama hanyalah pentadbir. Ini diputuskan mesyuarat Majlis Fatwa
Kebangsaan pada tahun 1978 yang mengatakan lantikan penama oleh orang Islam
dalam mana-mana badan atau institusi mereka menyimpan adalah tidak sah untuk
diterima sebagai waris yang berhak menerima pusaka cuma ia sebagai pelaksana
untuk membahagi harta pusaka itu kepada waris mengikut hukum syarak.
Majlis
Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-49 pada 10 September
2000 menjelaskan, wang KWSP dan wang simpan adalah pusaka yang mesti
dibahagikan mengikut hukum faraid. Penama KWSP adalah wasi atau pentadbir
harta. Penama hendaklah membahagikan wang KWSP (peninggalan simati) mengikut
hukum faraid.
Selangor turut mewartakan Hukum Simpanan Wang KWSP pada 9 Mei
2002 bagi ahli beragama Islam yang meninggal dunia yang menjelaskan bahawa wang
KWSP yang disimpan ahli dianggap harta pusaka. Kaedah pembahagian harta pusaka
adalah tertakluk kepada hukum faraid.
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/55193
Kongsikan sekiranya ia bermanfaat. Petikan asal dari page berita harian.
No comments:
Post a Comment