Saya selalu cerita topik nie atau saya tanya soalan ini
kepada prospect saya, agent saya, dan peserta seminar 1MST (1 Minute Sales Technique) saya.
Kalau 10 orang saya tanya...9 orang akan cakap “KAHWIN LAIN
atau MAIN PEREMPUAN LAIN dan yang sama waktu dengannya”. Kalau setakat kahwin
lain, tapi masih ada tanggungjawab, saya rasa ok lagi, tapi masalah utama
adalah, kahwin lain dan tinggalkan isteri sedia ada.
Saya pun tanya lagi soalan... “Akak, sekarang nie akak masih
cantik menawan macam nie, masih muda pun akak dah risau SUAMI cari lain dan
tinggalkan akak...agak2..kalau tiba2 Allah nak uji, Akak duduk kat kerusi roda,
nak mandi pun kena orang lain mandikan, nak makan pun kena orang lain sediakan,
nak pakai baju pun kena ada orang pakaikan....agak2...masa tu, kita boleh paksa
ke suami tak tinggalkan kita?”.....saya diam dan saya lihat wajah orang yang saya
tanya tu. Tunggu apa respond mereka....so far, banyak antara mereka sedar,
bahawa di saat beliau susah, beliau perlu ada backup plan sendiri terutamananya
dari segi KEWANGAN.
Ada orang pernah bagitau saya, “Encik nie macam suruh saya
tak percaya kat suami saya pulak”..Saya balas “Puan yang jawab soalan saya tadi
yang Puan takut suami Puan ada perempuan lain...bukan saya yang nak suruh puan
tak percaya kepada suami Puan”...:D. Saya senyum je.
Tapi, point kat sini adalah...sama ada anda suka atau tidak,
percaya atau tidak....apa2 pun boleh terjadi. Saya nak kongsikan pengalaman
saya sendiri dalam berhadapan dengan situasi begini.
Ceritanya begini...
Pada tahun 2013...saya ada seorang agent yang memohon
bantuan saya untuk uruskan claim client dia yang kena BREAST CANCER stage 3 dan
kena operation. So, Alhamdulillah, semua nya berjalan lancar walau pun pada
awalnya agak complicated sebab beliau pernah pergi buat check up kat klinik
setiap tahun...walau pun tak berkaitan, tapi, semua report dari klinik tersebut
diperlukan oleh syarikat takaful untuk pastikan penyakit yang beliau hidapi itu
berlaku selepas beliau ambil plan takaful.
Beliau bekerja di sebuah jabatan kerajaan, walau pun
mendapat kemudahan rawatan di hospital kerajaan, disebabkan masa menunggu untuk
berjumpa pakar agak lama, jadi beliau menggunakan medical card beliau,
Alhamdulillah, semuanya berjalan sempurna. Beliau mempunyai keluarga ( 5 orang
anak)...tapi apa yang saya nak kongsikan adalah...apa yang selalu saya
tekankan, berlaku kepada beliau....
Pada tahun 2016, beliau disahkan mengidap cancer lain
pulak..iaitu kanser paru2. Mungkin cancer lama telah merebak. Walau pun sudah
mendapatkan rawatan awal dan susulan...tapi, penyakit tersebut aktif semula.
Apa yang paling menyedihkan lagi adalah...saya terima message dari agent saya,
yang hubungan dengan suami pun menjadi renggang...dan now dalam process
berpisah. Beliau sangat stress dan kami hanya mampu memberikan kata2 semangat
sahaja....dan bantu dari segi kewangan (berdasarkan apa manfaat yang beliau
ambil dengan syarikat Takaful)...Anda boleh baca message agent saya kepada saya
yang sempat saya captured screen. Saya buat posting ini bukan untuk mengaibkan
sesiapa..tapi lebih kepada tanggungjawab saya untuk kongsikan apa yang berlaku
disekeliling kita yang kita boleh ambil pengajaran darinya....
So, dalam keadaan macam nie, apa yang kami sebagai agent,
hanya boleh jalankan tanggungjawab kami dengan buat claim dan berikan kata2
semangat. Nasib baik juga beliau sempat ambil plan takaful dari PRUBSN Takaful
pada tahun 2012, semua kos rawatan cancer beliau ditanggung oleh syarikat
takaful dan beliau juga dapat pampasan sakit kritikal...dan beliau juga masih
bekerja....apa yang saya lebih risau, kekadang kalau saya berjumpa dengan SURI
RUMAH, yang menjaga anak sepenuh masa, dan apabila saya tanya mengenai perkara
ini (Plan takaful untuk isteri)...mereka dengan sangat yakin..SUAMI SAYA DAH
URUSKAN SEMUANYA.....Ya betul, suami Puan dah uruskan semuanya...,tapi, Puan
tahu ke apa yang SUAMI puan uruskan?.....
Nasihat saya...kalau Suami anda dah uruskan sekali pun, anda
patut ambil tahu dan fahamkan apa yang mereka uruskan. Dan kalau belum ada,
PAKSA lah mereka untuk buat sesuatu mengenai apa yang saya ceritakan sebelum
ini. Sebab apa yang saya lihat setelah saya buat PERSONAL FINANCIAL HEALTH
CHECK dengan ramai prospect saya....ada banyak duit mereka bocor....dan mereka
tak perasan duit mereka bocor. So, kepada suami....daripada duit tu bocor dan
kita tak tahu ke mana ia bocor...lebih baik channelkan ke tempat yang lebih
bermanfaat dan terutamanya...UNTUK ISTERI ANDA...UNTUK IBU KEPADA ANAK ANDA
YANG BER “BIN” dan “BINTI” ANDA. Anda tidak perlu bersetuju dengan saya
mengenai perkara ini sebagaimana orang lain juga tidak perlu nak fikir pasal
keluarga anda. SEBAB...... KELUARGA KITA, TANGGUNGJAWAB KITA.
P/S : Kepada sesiapa yang nak dapatkan khidmat nasihat
kewangan atau nak buat FINANCIAL HEALTH CHECK, boleh hubungi saya. Semak tahap
kesihatan poket anda...
Sekian dari saya...
AZIZ RIADI Takaful Business Coach 019-323 2121
www.azizriadi.com
#gitewkekdahnya #mgklang #muqmeengroup #prubsntakaful
#prudential #medicalcard
No comments:
Post a Comment