Setelah mendapat pelbagai respond dari netizen, pihak Tabung Haji mengeluarkan kenyataan akhbar mengenai bagaimana hibah account tabung haji dikira.
Kalau sebelum sidang akhbar ini dikeluarkan, hibah tabung haji dikira berdasarkan nilai minimum tahunan. Sebagai contoh mudah...ada pencarum membuat simpanan bulanan macam nie....(ini sebagai contoh je. Memang agak besar, setiap bulan, nak bagi senang nampak pulangan hibah tersebut)
Bulan Jan : RM 3,000 -> Baki RM 3,000
Bulan Feb : RM 3,000 -> Baki RM 6,000
Bulan Mar : RM 3,000 -> Baki RM 9,000
Bulan Apr : RM 3,000 -> Baki RM 12,000
Bulan May : RM 3,000 -> Baki RM 15,000
Bulan Jun : RM 3,000 -> Baki RM 18,000
Bulan Jul : Keluarkan RM 17,800 -> Baki RM 200
Bulan Aug : Masukkan balik RM 20,000 -> Baki RM 20,200
Bulan Sep : 0 -> Baki RM 20,200
Bulan Oct : 0 -> Baki RM 20,200
Bulan Nov : 0 -> Baki RM 20,200
Bulan Dec : 0 -> Baki RM 20,200
Hibah akan dikira berdasarkan kiraan nilai minimum tahunan...jadi 6.25% x RM 200 = RM 12.50 sahaja hibah dari tabung haji. Sebab apa?..Sebab orang ni keluarkan duit dan tinggalkan baki RM 200. Jadi baki RM 200 tu je la yang dikirakan ada hibah.
Jadi, ramai la yang menyuarakan tak puas hati, dan ada yang kata nak ajak orang ramai keluarkan ramai2 duit dalam tabung haji masuk unit trust yang mana ia lebih memberi pulangan yang besar berbanding dengan simpan dalam tabung haji.
Jadi, tak lama lepas tu, pihak tabung haji mengeluarkan kenyataan sidang akhbar (seperti gambar di atas)...so, cara kira telah ditukar kepada Baki Minima Bulanan (Purata)...jadi, cara ini lebih memberi pulangan yang tinggi berbanding dengan kaedah mula2 yang saya ceritakan tadi.
Apa2 pun terima kasih kepada pihak TH yang mendengar keluhan netizen yang mana rata2 antara mereka adalah pemegang akaun tabung haji sama ada untuk menunaikan haji atau pun sebagai tempat untuk simpan duit.
Akhir sekali, kena fahamkan dan aware bahawa account tabung haji secara tujuan asalnya bukan untuk pelaburan, tapi hanya untuk simpanan. So, jangan mengharap pulangan seperti akaun pelaburan unit trust yang lain. Sebab hibah untuk tabung haji ni, pihak Tabung Haji tidak wajib untuk bagi. Sebaliknya atas budi bicara TH dan berdasarkan keuntungan bersih syarikat tersebut.
Sekian, semoga bermanfaat..
P/S : Anda nak belajar macam mana nak penuhkan account ASB 1 dan ASB 2 bersama-sama pasangan anda sehingga RM 800,000 dengan teknik ASBF?...
Anda boleh like fb page di http://www.fb.com/abdazizriadi untuk dapatkan banyak info.
TQ
No comments:
Post a Comment