26 June 2020

BOLEH HIDUP KE JADI AGENT INSURANCE? MACAM TAKDE MASA DEPAN JE

Screen Shot 2020-06-25 at 10.36.11 PM

Tahun 2003, saya mulakan kerjaya baru sebagai agent insurance di Prudential.

Masa tu memula buat part time. Sebab fikir nak tambah income. Kerja di TM Berhad ketika itu, income sebagai assistant manager RM 2,300 gross. Take home selepas deduct EPF dan Socso dalam RM 2,060.

Hidup di KL, lepas tu jadi harapan mak ayah untuk bantu family, dengan gaji RM 2K, memang pening nak adjust duit.

Jadi, kebetulan, ada peluang bila Pakcik saya, Hj Sahrom Salikin tumpang rumah sewa saya nak pergi kelas insurance di Taman Sea PJ, dia dari JB, belajar nak buat insurance kat Lembah Klang. Introducer Hj Sahrom Salikin, adalah Hj Othman Bin Shaharum. Hj Othman pulak dibawa oleh Hj Mohd Fazli Mohd Noor. Masa tu under agency LTH, iaitu under Hj Firdaus Lau Ting Hee.

Hj Sahrom ni, attend kelas dari JB ke PJ waktu weekend. So, dia naik bas dari JB Jumaat petang dan turun stesen bas Pudu Raya. Then saya akan pickup dia jumaat malam sabtu, dia tumpang tidur rumah saya di Kampung Baru. Sebab kebetulan kat situ ada Putra LRT sampai ke Taman Bahagia, then training office Prudential Taman Sea.

Almost 3-4 weekend dia berulang alik JB-KL. Bila dia habis kelas, malam minggu lepak dengan saya, then dia mula terangkan kat saya pasal insurance. Masa tu memang focus kepada medical card dan disebabkan saya pun memang positive dengan medical card ni. Antara saya pilih kerja dengan HeiTech Padu Berhad dan TM Berhad adalah benefit medical dia. Jadi, bila Hj Sahrom cerita pasal medical card dan rawatan di hospital swasta, saya agree untuk sign up.

Tapi, lepas je sign up, saya tanya dia.

"Yom, berapa kou dapat commission untuk satu client ni?"

Masa tu saya bayar RM 150 sebulan.

"RM 30.00", jawab dia ringkas sambil isi application form saya. Masa tu dekat kedai makan kat Kampung Baru.

Saya tanya lagi, "Kalau dapat 10 clients? RM 300, betul?"

"Ha ah", dia balas pendek.

Saya tanya soalan panjang sikit dengan bagi dia senario.

"Ok Yom, kalau katakan bukan ni aku dapat 10 orang, then bulan depan, aku dpt lagi 10 orang, berapa aku dapat commission bulan ke dua?"

"RM 600", jawab dia lagi. Memang pendek2 je dia jawab. Sebab sambil2 dia isi form.

Saya mula tertanya-tanya. " Ehh kenapa RM 600 pulak?"

Kali ni dia jawab panjang sikit.

"Biasa orang ambil insurance ni bayar lama ke sekejap?". Dia tanya saya pulak. Now saya jawab pendek2 pulak.

"Lama".

"Agent dapat payment selama 6 tahun." Dia sambung.

Saya agak terkejut bila dengar commission 6 tahun. Terus saya congak...

"Eh bang, kalau 10 bulan aku consistent buat 10 orang sebulan, commission aku RM 3,000 sebulan?"
Saya tanya penuh excited.

"Ya laa.." dia pun jawab dengan penuh excited.

Kat situ saya trigger something. 10 bulan boleh naik RM 3,000. Kerja dari mula grad sampai 4 tahun, baru income 2,300. Itu pun kena lompat company...

"Yom, kou ajar aku macam mana nak buat benda alah ni". Saya minta dia ajak saya buat insurance.

Then dia pun bawak saya jumpa dgn Hj Othman Shaharum, tapi masa tu saya dikenalkan dengan Hj Fazli, ada event BOP kat Bukit Kiara.

Bermula la kerjaya saya sebagai agent lepas tu.

Cabaran? Banyakkkk. Reward? Lagi banyakkk.

Cuma ada kata2 yang buatkan saya lagi nak buat sungguh2 dalam bidang ni.

Kata2 dari beberapa kenalan yang sceptical dengan insurance.

"Boleh hidup ke jadi agent insurance ni?"

Sebab apa dia cakap macam tu, sebab dia nampak ada kawan2 dia jadi agent half way, last2 stop. Dan saya nak buktikan bahawa saya adalah saya..

Alhamdulillah, 17 tahun dalam industri dengan syarikat yang sama. Dah bertukar-tukar CEO, CAO,COO,CMO, CTO, CFO, saya tetap di syarikat yang sama. Alhamdillah, rezeki saya dan keluarga di sini...

Terbukti, bukan setakat saya cukup makan, malah, saya mampu gajikan staff seramai 10 orang di branch saya sahaja. Dengan total 300 agent active. Belum lagi partner2 saya yang lain dari branch yang lain dalam Muqmeen Group. Belum lagi yang under Al Isra', under LTH Group lagi...

Kalau dikirakan dari segi total Production under Hj Firdaus Lau Ting Hee dan team dia since saya join rasanya lebih 300 Million ke 350 Million annual contribution setahun.

Saya sangat bersyukur pada Allah, terima kasih kepada Arwah mak ayah, adik beradik, isteri Noorazilla Nordin dan tak lupa semua client2 saya yang saya sayangi.

Tak lupa, terima kasih kepada orang yang kata "Business Insurance ni takde masa depan". Sebab kata2 itu yang buat saya terus bersemangat..sampai ke saat ini.

Oklah...terpanjang pulak.

Ada banyak lagi nak share kisah perjalanan 17 tahun saya. Tapi saya rasa saya bukan hanya nak share kisah saya, tapi jugak kisah2 legend industri insurance dan takaful Bumiputera...saya harap posting saya ini dapat jadi sebagai salah satu sumber catatan sejarah bagaimana industri insurance bumiputera berkembang...

Ada ke yang nak baca kisah sambungan posting ni...?

Ini saya tak cerita lagi kisah Hj Solehan Salikin, Kisah Hj Rosli Mamat, Adie Mudzaffar, Shukor Idris yang sama2 dalam medan perjuangan blue ocean strategy tahun semenjak 2005 sampai skrg...

Ok, stop dulu...nanti ada masa saya sambung lagi.

Kalau ada sesiapa pembaca blog saya ni yang berminat nak join sebagai agent untuk tambah income. Boleh click link ni..

http://jomextraincome.wasap.my
http://jomextraincome.wasap.my
http://jomextraincome.wasap.my

Tiada pengalaman tidak menjadi masalah sebab kami akan train anda sampai anda pandai.

Aziz Riadi
Shariah RFP
Senior Agency Manager
Muqmeen Group
www.muqmeen.com.my
www.azizriadi.com

1 comment: