Saya selalu ditanya dengan soalan macam nie...
Jawapan saya :
Boleh dan tak boleh.
Boleh, kalau Allah Izin, tak boleh kalau Allah tak Izin.
Cuma rahsianya salah....kita tahu ke Allah izin ke tidak sedangkan kita belum berusaha?
Apa2 pun back to basic, apa purpose kita nak buat atau nak dapatkan sesuatu.
Adakah kita nak buat sesuatu sebab kita ikut2 orang? Atau kita buat sesuatu untuk dapat sesuatu tu ada reason kita sendiri?
Semua bergantung kepada diri sendiri. Mungkin...
1- Ada yang buat sebab dia terpaksa buat, sebab itu je pilihan yang ada setakat tu, maybe untuk. survive.
2-Ada yang buat sebab dia terinspirasi nak buat selepas melihat orang sekeliling dia buat dan dia tahu kenapa dia buat.
3- Ada yang buat sebab trend. Semua orang buat, dia pun nak buat jugak sebab FOMO (fear of missing out)...takut ketinggalan sebab ramai yang buat dan merasakan orang yang dah buat tu rasa lebih best dan seronok...
4- Ada yang buat sebab memenuhi impian orang lain...especially orang yang sangat disayangi.
5- Ada yang buat sebab dia nak tunjukkan kepada orang yang dulu maybe rendah-rendahkan dia....so, kira nak balas dendam bagi puas hati sebab dulu kena kutuk dan sekarang dan berjaya nak tunjuk balik pada orang yang kutuk tu.
5- Ada yang buat sebab ada yang influence (sesungguhnya RACUN itu BENAR)....lebih kurang kena racun. Memula tak nak buat, tapi sebab hari2 kena basuh...lama2 terpengaruh.
Tak kisah la anda buat sesuatu untuk capai sesuatu tu sebab apa. Kalau nak buat, buat sungguh2 sampai jadi. Jangan biasakan buat sesuatu separuh jalan. Takut ia jadi habit atau tabiat. Jenis, kalau buat sesuatu je memang jenis tak habis. Halfway terus dah takde spark...then stop, buat benda lain pulak...then masih sama lagi macam tu jugak....
Antara ciri-ciri orang berjaya dalam hidup, apa yang saya belajar dan saya amalkan selepas saya belajar...
"KALAU BUAT SESUATU, BUAT SAMPAI SELESAI, BUKAN HANYA SEPARUH JALAN".
Ok...itu je perkongsian saya pagi nie. Semoga dapat beri sedikit input pada semua. Kalau sudi, share kepada rakan2 yang anda nak lihat mereka berjaya.
Kepada anda yang ingin belajar manage business dan juga kewangan, boleh join FB Group Private saya di
https://www.facebook.com/groups/AARFreeCoaching/
Aziz Riadi
Shariah RFP
Senior Agency Manager
Muqmeen Group
www.azizriadi.com
No comments:
Post a Comment