03 February 2021

SELF IMAGE DEVELOPMENT PART 2



Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua sahabat.


Aku nak sambung lagi part 2. Kalau ada yang belum baca part 1. Boleh check kat link ni.


https://www.facebook.com/1408186252/posts/10225848150016261/



Untuk part 2, aku akan share mengenai step untuk develop self image. Yang aku rasa setiap orang kena faham kalau nak develop self image. 


Iaitu…..


Hukum Tumbesaran (Law of Gestation)


Kita kena faham pasal setiap sesuatu tu perlukan process (ikut hukum alam). Kecuali atas kuasa Allah (sebab Dia Maha Berkuasa, cukup dengan Kun Fayakun sahaja)


Sebagai contoh mudah. Lihat semua champion pecut dunia. Takde satu pun lahir2 je terus pecahkan record pecut dunia. Semua perlukan process bermula, progress  dan pengakhiran. 


Jadi, untuk kita yang baru nak bermula. Kita kena ready dari segi soul and spirit, mindset, skill set, tools set dan platform untuk mula progress.


Ready tu maksudnya kena la ada ilmu, penghayatan (internalization), tindakan (execution), penilaian (evaluation) dan penambahbaikan (improvise)


Kalau dari segi pengalaman aku develop self image dalam business dan kehidupan...yang kat atas tu la aku buat.


Aku dulu mula buat business pakai Honda EX5 dan ada kereta Honda Civic EX tahun 1989. Tapi sebab nak jimat punya pasal, dan juga practical (senang nak parking dan jimat duit minyak toll dan parking), permulaan aku buat business takaful ni memang naik motor je. 


So, bayangkan aku naik motor Honda EX5, bukan Ducati Panigale V4 ya...nak jumpa prospect (appointment) sembang pasal pengursan kewangan, pasal perlindungan kewangan dan juga kadang2 pasal career.


Apa? Nak ajak orang uruskan kewangan sedangkan diri aku sendiri income baru RM 2,000 dan hanya mampu naik motor honda EX5 masa tahu. Kalau ikutkan apa yang aku ada memang aku rasa macam loser. Sedangkan ada yang aku jumpa gaji dah 10K ke atas. Pakai kereta Honda baru, bukan 2nd macam aku. 


Macam mana aku encounter benda ni?


Mentor aku selalu cakap masa memula aku buat business..."BUSINESS IS ABOUT MIND GAME"... ya permainan minda . Apa yang aku fikir, apa yang aku rasa, apa yang aku buat akan memberikan impact dengan aku punya result.


Aku start reprogram mind aku. Then aku setkan satu believe based on ilmu dan juga apa yang aku lalui atau apa aku pernah lihat.


Macam mana aku reprogram mind aku


1- Rezeki semua Allah yang tentukan. Aku sabagai hamba kena usaha je. Sebab kalau rezeki tu memang Allah dah tetap aku punya, aku akan dapat. Begitu jugak sebaliknya. So, ini untuk aku ready dan accept apa sahaja hasil yang aku dapat. Then aku akam cepat move on. Dia punya sifir dia "SWSWSW-N"


Some Will

Some Won't

So What?

Next


Jadi kalau aku kena reject, cepat2 aku boleh move on. Dan  bukan menangis bucu katil main biola.


2- Aku sedang berprogress, maksudnya, walau pun income aku baru 2,000 sebulan masa tu, aku dalam process improve business aku untuk naikkam income aku. Walau pun prospect aku income jauh lebih tinggi. Dan aku siap buat kira2 lagi. 


Katakan kerja makan gaji increment setahun RM 500. 

Aku buat takaful kalau aku on track dengan aku punya plan boleh naik RM 500 sebulan. So, aku buat timeline...bila aku boleh match atau dapat income lebih dari prospect aku. So, walau pun hakikat sebenar masa tu income aku baru 2,000, mind aku, feel aku dah rasa bahawa income aku dah lebih dari itu.


3- Bila aku bercerita, mind aku akan set untuk jadi OPTIMIS dengan apa yang aku kongsikan. Bila berkongsi dengan prospect siap dengan projection calculation, planning serta track record. Aku tak over promise. Aku tunjukkan track record, dan bgtau yang past result doesn't determined future success. Cuma, apa yang guaranteed macam coverage semua, memang akan cerita ia memang seperti dijanjikan.


4- Aku tak perfect, prospect pun tak perfect. Maksudnya, Aku sedar tak semua benda aku tahu, tapi aku juga sedar tak semua benda prospect atau client tahu. Jadi, aku akan focus apa yang aku tahu atau bebetul tahu.


5- Aku sedar dan yakin, latih tubi yang berulang2 akan improve skill, knowledge dan juga attitude terhadap business. Dalam meeting setiap pagi aku diwajibkan untuk hafal dan sebut "space repetition is the first law of learning". Jadi aku reprogram mind yang setiap sessi appointment adalah sebahagian process aku belajar, atau

platform untuk aku test aku punya skill dan knowledge supaya aku boleh improve.


6- Aku reprogram process dan progress adalah satu yang enjoy. Sebab setiap cabaran dan masalah adalah pengalaman dan ilmu baru untuk aku. Dan dari situ aku tahu ia akan naikkam value aku.


Oklah...itu je dulu. Sambung part 3.


Nak buat nota pasal Urus Hutang Guna Snowball pulak..sebab ramai yang tanya macam mana nak settlekan hutang.


Untuk sahabat2 yang nak join as agent takaful. 

Boleh click link ni http://jomextraincome.wasap.my


Untuk sesiapa yang nak dengar banyak perkongsian aku dalam business takaful ni. 

Boleh join FB group https://www.facebook.com/groups/agentsinnercircle/


Aziz Riadi

ShRFP

Senior Agency Manager

Muqmeen Group.





No comments:

Post a Comment