03 June 2021

MEDICAL CARD REPRICING ATAU SEMAKAN HARGA KAD PERUBATAN. APA SEBABNYA? #AzizRiadi


Rasanya ramai client dan tak kurang jugak agent yang tak berapa faham lagi semakan harga kad perubatan ( medical card repricing).

Sebab ada beberapa jenis medical card punya options. Ada yang level contribution, ada yang step up contribution.
So, saya nak bagitau kat sini, bahawa walau pun plan medical card yang anda sign tu adalah level contribution. Jangan ingat contribution akan level sampai bila2. Ia tetap tertakluk kepada semakan harga medical card bila ianya perlu.


Untuk yang step up pulak, walau pun dah naik, sebab step up punya kenaikkan, akan ada juga kenaikkan sekiranya berlaku semakan harga.


Kenapa sekarang asyik ada kenaikan je, adakah sesetengah company sahaja yang buat kenaikkan ini atau seluruh industri?


Kalau tanya saya, memang kebanyakkan company yang menawarkan plan medical card dah pun buat perubahan harga atau semakan harga medical mereka. Jadi, kalau dulu ada agent2 mungkin company dia tak buat lagi medical card price review cakap "Company kitaorang takde kenaikkan harga" tapi akhirnya sekarang, ramai yang dah aware bahawa bukan sesetengah company yang buat benda ni.
Kenapa kenaikkan ni diperlukan?

Ada beberapa sebab utama.

Antaranya adalah.
1- Kenaikkan kos rawatan termasuk ubat dan teknologi perubatan. Kadar inflasi untuk sektor kesihatan dan perubatan 2-3 kali ganda dari kadar inflasi umum. Jadi, bayangkan la kenaikkan harga kos rawatan?


2- Kadar tukaran wang asing. Sebab banyak peralatan perubatan dan juga ubat-ubatan adalah diimport. So, faktor kelemahan duit kita pun menjadi faktor kenaikkan harga kos rawatan.


3- Kadar sejarah tuntutan yang tinggi. So, kalau syarikat takaful dah buat projection cost untuk medical card dari segi risiko tuntutan, tiba-tiba tuntutan sebenar lebih tinggi dari projection dan sampai melibatkan kos tambahan yang diluar kemampuan syarikat takaful dan juga retakaful untuk tanggung, kos takaful atau kos insurans akan naik, dan ini akan menjadikan semakan harga medical card akan dibuat.


4- Masalah dan cabaran tuntutan palsu. Sebab ada segelintir client, agent dan juga pihak hospital yang tidak bertanggungjawab yang buat tuntutan palsu atau tuntutan berlebihan dari kadar standard, menyebabkan kos tuntutan meningkat. Itu tak masuk lagi client yang ambil takaful tapi memang dah ada sejarah penyakit, tapi bila nak sign up pelan takaful tidak membuat pengakuan atau declaration dengan betul.
.
Dan semua risiko2 luar jangka ini akan menyebabkan kos takaful dan juga insurance meningkat dan akhirnya, semakan harga dibuat. Jadi semua client terpaksa tanggung kos tambahan. Ini memang benda yang tak best berlaku. Wakau pun saya sendiri agent, saya juga adalah pemegang sijil takaful medical card. Saya juga terkesan.


5- Kes penyakit kritikal semakin meningkat disebabkan gaya hidup yang tidak sihat dan akhirnya menyebabkan kadar tuntutan meningkat lebih dari jangkaan. Ini juga adalah satu satu faktor kenaikkan harga.


6- Kenaikkan harga perkhidmatan oleh penyedia fasiliti perubatan (Hospital Swsta).

Cuba tengok sahaja bagaimana hospital swasta di Malaysia yang besar-besar. Masuk hospital tapi dah macam shopping complext atau hotel. Ini semua memberi impact kepada kadar jumlah tuntutan perkhidmatan perubatan. Sebab hospital sudah tentu akan charge lebih sebab sediakan facilities yang bertaraf 5 bintang. Dan client pulak akan claim ikut kelayakkan dan syarikat takaful atau insurance pulak kena bayar ikut perjanjian yang telah dinyatakan dalam policy insurans atau sijil takaful.


Saya bukan nak backup atau suka kenaikkan harga medical card ni. Tapi ini la yang biasanya dinyatakan oleh company dan melalui pemerhatian saya sendiri. Tapi, saya yakin, sudah tentu ada cara untuk mengurangkan kadar kenaikkan medical card ini, dan kalau perlu naik pun mungkin pada kekerapan yang lebih jauh, mungkin 7-8 tahun sekali dan bukannya 3-4 tahun sekali.


Dan kadar quantum kenaikkan tu jangan la terlalu tinggi sampai kenaikkan medical card lebih tinggi dari kadar kenaikkan gaji tahunan. Macam mana client nak maintain bayar kalau gaji tak naik atau naik sikit, tapi harga medical card naik lebih dari kenaikkan gaji? Itu belum kalau client ambil plan satu family.

Saya amat berharap pihak yang terlibat, termasuk pihak berkuasa untuk sama-sama melihat cabaran ini dan sama-sama boleh membantu mengurangkan beban kenaikkan harga medical card pada masa akan datang.


Disclaimer : Tulisan ini adalah pendapat peribadi saya sebagai pengguna dan agent takaful dan saya menulis atas dasar memberi pendidikan dan kesedaran kepada pembaca.

Untuk mendapatkan sebarang khidmat nasihat kewangan boleh click http://financialcoach.wasap.my Untuk mendapatkan khidmat nasihat product takaful, boleh click link ni http://infoplantakaful.wasap.my

Untuk nak jadi agent takaful, boleh click link http://jomextraincome.wasap.my



Sekian.
ShRFP
Muqmeen Group.

No comments:

Post a Comment