FAQ Agent Untuk Baru Join.
Bleh sy tnya bbrp soalan ttg takaful agent:
SOALAN : 1) AFT training utk bulan May 2021 (masa PKP) ni dibuat secara online ke?
JAWAPAN : 1. AFT Training memang akan buat secara online sebab skrg ni masih PKP. Kalau tak PKP you boleh join training face to face kat branch office. Nanti saya akan arrangekan dengan wakil agent saya kat kat mana-mana branch office yang terhampir dengan anda.
SOALAN : 2) Lepas abis AFT, brp lama masa utk ambik test dan test tu buat secara online jugak ke? dan berapa bayarannya?
JAWAPAN : 2. Exam dan kelas AFT boleh running serentak. Sebab Exam hanya berdasarkan nota (saya akan berikan nanti). So, biasanya, start AFT je terus register (online - staff saya akan bantu buatkan. You just berikan salinan document sahaja). AFT adalah lebih kepada nak train agent punya soul and spirit, mindset, skillset, product knowledge secara details, sales process dan business process. Exam lebih kepada Akta, code of conducts, compliance dan juga sedikit product knowledge secara umum.
Jadinya, timeline biasanya minggu pertama masuk kelas AFT, terus register exam. Exam Dalam 3 minggu lepas register sebab kena queue.
Exam akan dibuat secara online. Nanti akan dapat email untuk step by step procedure dari pihak penyedia peperiksaan iaitu Malaysian Insurance Institute (MII) untuk PCE - Pre-Contract Examination dan juga Malaysian Takaful Associations (MTA) untuk TBE - Takaful Basic Examination.
Semua soalan adalah berdasarkan nota. Jadi memang kena baca.
Bayaran : Untuk 1 exam RM 80. Untuk register agent code selepas exam RM 60.
SOALAN : 3) Lepas lulus exam, berapa lama akan dapat lesen & contracted? Kemudian dah terus boleh buat part time takaful agent ke?
JAWAPAN 3. Lepas lulus 2 exam tu, dah boleh terus register agent code dan dah boleh buat sales dan kalau dapat client dah boleh dapat income.
SOALAN 4) Jika saya buat full time, ade ke saya beri basic salary dan EPF deduction?
JAWAPAN 4. Kalau nak buat full time, income agent 100% commission based dan takde basic. Dan EPF deduction kita sendiri yang kena buat sebab kita bukan makan gaji, tapi kita dikategorikan as "Self Employ".
Macam mana nak survive living expenses setiap bulan kalau takde basic?
Sebab tu kita encourage untuk buat part time dulu untuk bina based commission terlebih dahulu.
Apa itu based commission.
Income agent takaful ni, untuk 1 client yang dia closed deal dia akan dapat commission selama 6 tahun. Jadi sepanjang client tu bayar setiap bulan, kita akan dpt commission setiap bulan selama 6 tahun. Cumanya, commission tu makin lama, makin drop sampai la tahun ke 7 takde commission dah. Tapi kita tetap kena service client kita walau pun commission dah tak dapat.
Oleh kerana agent perlu cari client setiap bulan, jadi setiap bulan infome agent akan naik.
Contoh :
Katakan satu client ambil RM 150 sebulan agent dpt commission 30%, Jadi agent akan dpt comission RM 45 sebulan, dan setiap kali client bayar agent akan dapat commission.
Katakan bulan pertama dapat 10 clients. Jadi commission akan dapat RM 45 x 10 = RM 450.
Bulan kedua, dapat lagi client 10 orang. Commission bulan pertama RM450 masih dapat pada bulan kedua, sebab client kena bayar caruman takaful setiap bulan untuk dapatkan coverage. Biasa client ambil takaful bukan short term. Mereka sign up long term, 20-30-40 tahun.
Jadi bulan kedua dah jadi RM 900.
Bulan ketiga, ulang lagi cari client 10 orang. Dapat tambahan lagi RM 450, jadi RM 900 + RM 450 = RM 1,350.
Bulan ke empat, usaha lagi cari 10 orang. Dapat tambahan RM 450 lagi. Jadi RM 1350 + 450 = RM 1,800...
Dan seterusnya, kalau 10 bulan consistent dah boleh dapat income RM 4500. Ini based on client ambil RM 150. Kalau client yang dah berumur sikit, maybe ambil RM 200, 250, 300...sure commission akan lebih.
Cuma perlu diambil perhatian. Sebab kita buat business, kalau client tak bayar, commission kita dari client tu tak dapat la. Biasa la kan. Ada payment ada la la commission.
Sebab tu agent akan di ajar macam mana nak dapatkan contact prospect client, macam mana nak approach, macam mana nak present, macam mana nak closed deal, macam mana nak handle objection dan macam mana nak service client kalau client perlukan khidmat agent untuk claim dan sebagainya.
Semua perkara di atas akan diajar oleh agency kepada semua agent yang join. Agent train sampai agent boleh perform dan professional.
Untuk agent yang nak buat full time segera, maksudnya baru dapat commission sikit tapi nak terus buat full time, kita ada skim bantuan kewangan (EDP - Entrepreneurship Development Program). Yang ni company akan bagi antara RM 2,000 hingga RM 6,000 (bergantung kepada gaji akhir kerja makan gaji), setiap bulan selama setahun, sementara agent tu nak dapatkan income yang boleh maintain dia punya living expenses. Dan pada masa yang sama, agent kena achieve target yang ditetapkan.
Berapa pulak target untuk EDP?
Target akan ikut berapa jumlah financing yang di ambil. Kalau RM 2,000 sebulan rendah la sikit, kalau RM 3,000 tinggi la sikit dan seterusnya.
Secara umumnya, kalau agent boleh achieve 10 clients setiap bulan, aure akan lepas target punya. Sebab tu agency akan train agent sampai mereka boleh dapat sales standard 10 clients sebulan.
SOALAN 5) Jika full time, work hour flexible atau 9am-6pm?
JAWAPAN 5. Working hour untuk full time flexible. Tapi macam biasa, walau pun flexible, kita ada Agency System dan Structure yang telah ditetapkan untuk tujuan support system agent.
Untuk full time, kita akan ada 3 kali seminggu sharing / meeting. Kalau tak PKP, semua sharing dan meeting akan dibuat di pejabat agency / branch.
Jadual untuk sharing adalah seperti berikut.
ISNIN : 8.30 am to 11: 00 am (Sessi sharing dan weekly business coaching). Sharing tu maksudnya share siapa yang closed cases (dapat client) dan macam mana mereka dapat client, macam mana mereka present. Jadi, agent-agent lain boleh belajar sambil dapatkan sumber motivasi dan juga inspirasi.
SELASA : Agent own sales activity
RABU : 8:30 am to 9:30 am (Sessi sharing sahaja)
KHAMIS : Agent's own sales activity
JUMAAT : 8:30 am to 9:30 am (Sessi Sharing). Dan ada branch buat sessi kuliah agama dalam sejam atau sejam setengah. Kalau takde, agent boleh buat their own sales activity.
SABTU : Agent's own activity
AHAD : Agent's own activity.
Dan sebulan sekali (Biasanya Sabtu minggu pertama setiap bulan, akan ada Agency Monthly Gathering (AMG) untuk update sales performance dan juga reconnize monthly toppers. Monthly toppers akan dapar plaque dari agency dan ada kalanya juga akan dapat reward lain seperti cash dan jugak makan-makan dan sebagainya.
Untuk part time pulak biasanya akan ada perjumpaan seminggu sekali (malam) untuk sessi sharing dan coaching.
Walau pun kita kata agent ada time flexibility, tapi kita juga berikan mereka structure untuk mereka follow supaya mereka tak lost. Sebab kalau 100% flexible, maksudnya kalau nak buat sales buat, kalau tak nak buat, just rileks. So, memang tak boleh berjaya dengan cara macam tu.
Nak berjaya kena follow system and structure.
Cuma untuk masa PKP ni, semua sharing dan coaching akan dibuat secara online melalui aplikasi Zoom.
Sales acitivity pun boleh buat online sebab kita boleh registerkan client punya application secara online tanpa berjumpa dengan mereka secara fizika.
So, kelebihannya, kalau agent tu ada prospect di luar kawasan, just berhubung secara online dan present secara online sama ada call, message atau video call, tak perlu nak jumpa secara fizikal.
SOALAN 6) Contoh bulan Jun 2021 saya dapat lesen dan dapat 5 client dalam bulan tersebut, bulan July atau August ke saya dapat komisen?
JAWAPAN : 6. Katakan bulan Jun dapat clients 5 orang. Adakah bulan Jul atau Aug akan dapat commission?
Ya, kalau bulan Jun dapat clients 5 orang, dan permohonan lulus, next coming month akan dapat commisiso terus.
SOALAN 7) Jika saya buat full time, waktu PKP ni ade rotation job..kira ade group WFH, group WFO ke?
JAWAPAN 7. Masa PKP, memang semua WFH dan kalau nak datang office untuk ambil document ke apa, anytime boleh datang, cuma kena berhubung dengan staff yang ada kat office. Dan tak digalakkan untuk stay lama-lama kat office dan perlu follow SOP yang telah ditetapkan. Untuk elakkan risiko jangkitan Covid19.
Harap dapat menjawab soalan.
NOTA : Untuk yang nak jadi agent takaful sama ada secara part time atau full time, boleh click link ini http://jomextraincome.wasap.my
Aziz Riadi
#parttimeagent #extraincome #hustleincome #ejentakaful #parttimetakaful
No comments:
Post a Comment