11 November 2021

CASH VALUE DALAM PELAN TAKAFUL


Kali ni saya nak share sikit, sebagai pengetahuan umum pasal cash value dalam mana-mana pelan takaful. Khususnya pelan yang berasasnkan pelaburan.
.
.
Ada sorang agent tanya saya, salah seorang prospect dia tanya, kenapa cash value sikit sangat?..Kalau tak sakit, rugi la dia sebab cash value sikit.
.
.
Saya beritahu, kalau prospect atau client tanya macam nie, ini maksudnya mereka masih bebetul faham mengenai konsep takaful dengan jelas.
.
.
1. TAK BOLEH COMPARE MACAM SIMPAN DALAM BANK.

Kita tak boleh compare baki simpanan duit kita kat bank dengan jumlah baki cash value dalam pelan takaful.
.
Sebab apa?..
.
Sebab pelan takaful ada bahagian caruman tu digunakan untuk tabung tabaru' (derma) untuk tujuan claim. Maksudnya, tabung yang mana kalau mana-mana peserta takaful ditimpa musibah dan buat tuntutan, pampasan dibayar meggunakan duit dari dana tersebut.
Saya bagi CONTOH mudah.
Kalau simpan dalam bank, katakan RM 200 sebulan. So, selepas 12 bulan baki dalam account bank ada RM 2,400.
Jadi, kalau orang tu sihat, ada duit RM 2,400...tapi kalau ditakdirkan sakit dan perlukan rawatan segera, katakan RM 24,000. Agak-agak boleh tak kita minta bank bagi kita RM 24,000 untuk kita bayar bill hospital? Baki dalam account ada RM 2,400 je ni.
Kalau mencarum dalam takaful pulak, sebulan RM 200, setahun mencarum RM 2,400...tapi dalam account cash value maybe ada RM 200 - RM 300 sahaja. Kalau nak keluarkan kena surrender dan dapat la duit tu RM 200 - RM 300.
Tapi, kalau ditakdirkan Allah nak uji dengan masalah kesihatan. Perlukan kos rawatan RM 24,000...walau pun baki dalam cash value ada RM 200 - RM 300....pihak takaful boleh tanggung RM 24,000 dengan bayar bill hospital ke hospital. Sedangkan caruman baru je RM 2,400.
Jadi, kat sini, nampak tak FUNGSI BERBEZA untuk TUJUAN YANG BERBEZA. Bahasa mudah nak faham, tak boleh nak compare buat Durian dengan buah rambutan. Walau pun kedua-duanya buah-buahan, tapi ciri3 sangat jauh beza.

2. FAHAMKAN CIRI-CIRI dan FUNGSI
Takaful ni lebih kurang macam lain-lain financial tools. So, kalau macam unit trust, digunakan untuk tujuan pelaburan, takaful pulak adalah untuk tujuan perlindungan. Kat sini kita kena tahu ciri-ciri pun dah berbeza. Dah tentu fungsi pun berbeza.

3. SIKAP TAK NAK AMBIL TAHU AKAN MENIMBULKAN SALAH FAHAM DAN TANGGAPAN NEGATIVE PASAL TAKAFUL.
Ada dikalangan orang ramai, yang kekadang jenis tak nak ambil tahu , tapi buat-buat tahu. Akhirnya, bila salah faham, terus kata takaful menipu. Jadi, adalah amat disarankan, bila ada agent cuba terangkan tu, berikan sedikit perhatian. Sebab, apa yang perlu ditakutkan?..keputusan di tangan anda. Agent tak boleh paksa pun anda untuk sign up Apa yang lebih penting adalah ilmu tu.

Ok lah, itu sahaja...

Kepada anda yang maybe yang ada persoalan berkenaan takaful dan ingin mendapatkan khidmat nasihat. Boleh click link di bawah nie.
Kepada agent yang nak tahu pelbagai sales idea, boleh join private group FB yang saya buat khas untuk agent2 belajar.
Thank you.
ShRFP
Sen Agency Manager
PruBSN Takaful

 

No comments:

Post a Comment