Pelan Takaful Link Berkaitan Pelaburan atau Investment Link takaful semakin popular di kalangan rakyat Malaysia yang mahu gabungan perlindungan takaful dengan peluang untuk melabur.
Dalam artikel ini, saya akan kongsikan apa itu pelan takaful jenis ini, manfaatnya, serta bandingkan dengan pelan takaful biasa berdasarkan maklumat daripada PruBSN Takaful.
1. Apa Itu Insurans Berasaskan Pelaburan (Investment Link) dan Investment Link Takaful (selepas nie saya namakan Takafulink) ?
Investment Link takaful / insurans adalah produk insurans atau takaful yang menggabungkan perlindungan dengan pelaburan. Ini bermakna, sebahagian daripada duit yang kita bayar setiap bulan akan digunakan untuk perlindungan, manakala selebihnya akan dilaburkan dalam dana-dana tertentu yang mungkin memberi pulangan pelaburan.
Untuk produk takafulink, ia adalah mematuhi shariah (shariah compliance) dan mempunyai panel shariah yang memantau semua activity syarikat, bukan hanya dari segi pelaburan, tetapi juga semua tatakelola dan pengurusan. Ini kerana wang caruman yang disumbangkan oleh peserta bukan hak milik pengendali takaful (syarikat takaful), tapi sebaliknya ia adalah sebagai pengurus operasi untuk sebarang tujuan seperti tuntutan pampasan dan sebagainya.
Pengendali takaful ini dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia, dan mereka tidak boleh sewenang-wenangnya melakukan perkara-perkara yang salah disisi undang-undang dan perlu patuh pada piawaian yang telah ditetapkan oleh BNM.
Oleh kerana sebahagian dari caruman sumbangan peserta dilaburkan di dana-dana pelaburan yang dibenarkan dan mempunyai risiko dan pulangan, peserta layak untuk mendapatkan pulangan pelaburan dari pecahan sumbangan tersebut. Namun, pada masa yang sama, ia juga terdedah dengan risiko kerugian disebabkan harga dana mungkin jatuh. Pulangan pelaburan akan tertakluk kepada pasaran saham semasa.
2. Bila Pelan Takaful Link Pelaburan Bermula di Malaysia?
Pelan Takaful Link Pelaburan diperkenalkan di Malaysia pada awal tahun 2000-an. Sejak itu, pelan ini menjadi pilihan utama bagi mereka yang mahukan perlindungan serta peluang pelaburan berlandaskan prinsip syariah. PruBSN Takaful, antara syarikat takaful terkemuka di Malaysia, turut menawarkan pelan ini untuk rakyat Malaysia.
3. Manfaat Takaful dalam Pelan Takaful Link Pelaburan
Pelan Takaful Link Pelaburan daripada PruBSN Takaful biasanya menawarkan pelbagai manfaat. Antaranya:
- **Manfaat Kematian**:
Sekiranya berlaku kematian, wang pampasan akan diberikan kepada ahli keluarga atau penerima manfaat yang kita tentukan.
- **Hilang Upaya Kekal (TPD)**:
Memberi perlindungan jika kita tidak lagi boleh bekerja akibat hilang upaya kekal.
- **Manfaat Penyakit Kritikal**:
Sekiranya kita didiagnosis dengan penyakit kritikal, pampasan akan diberikan.
- **Nilai Pelaburan**:
Sebahagian daripada sumbangan kita dilaburkan, dan jika pelaburan ini untung, kita akan mendapat pulangan.
- **Fleksibiliti Tambahan**:
Kita boleh menambah atau mengurangkan perlindungan serta memilih jenis pelaburan mengikut kesesuaian diri. Kita juga boleh membuat pengeluaran sebahagian dari nilai tunai yang ada dan tertakluk kepada syarat dan terma syarikat.
4. Kelebihan Pelan Takaful Link Pelaburan Berbanding Takaful Biasa
Ada beberapa kelebihan jika kita memilih pelan Takaful Link Pelaburan berbanding pelan takaful biasa:
- **Ada Potensi Pulangan Pelaburan**:
Berbeza dengan pelan biasa yang hanya memberi perlindungan, pelan ini beri peluang untuk kita melabur dan mendapatkan pulangan.
- **Fleksibel**:
Kita boleh ubah suai perlindungan atau pilih dana pelaburan yang sesuai dengan tahap risiko kita.
- **Nilai Tunai Bertambah**:
Nilai tunai dalam akaun kita boleh meningkat jika pelaburan kita berjaya.
- **Pengeluaran Wang Mudah**:
Kita boleh keluarkan sebahagian nilai tunai tanpa menjejaskan perlindungan utama.
5. Kekurangan Pelan Takaful Link Pelaburan Berbanding Takaful Biasa
Walaupun menarik, pelan ini ada kekurangannya jika dibandingkan dengan takaful biasa:
- **Risiko Pelaburan**:
Tiada jaminan keuntungan kerana pulangan bergantung pada prestasi pasaran. Ini bermakna nilai pelaburan boleh naik atau turun.
- **Kos Lebih Tinggi**:
Biasanya kos untuk pelan ini lebih tinggi kerana ia melibatkan pengurusan pelaburan.
- **Nilai Perlindungan Boleh Berkurang**:
Jika prestasi pelaburan kurang baik, kita mungkin perlu bayar lebih untuk kekalkan perlindungan sedia ada.
- **Lebih Kompleks**:
Pelan ini mungkin agak sukar untuk difahami kerana ada elemen pelaburan yang memerlukan kita faham risiko pasaran.
### Kesimpulan ###
Pelan Takaful Link Pelaburan adalah pilihan menarik bagi yang mahukan perlindungan dan pada masa sama ingin melabur. Namun, penting untuk kita fahami risiko yang ada dan buat pilihan yang sesuai dengan matlamat kewangan kita. Pelan ini sesuai untuk mereka yang ingin melindungi diri dan keluarga sambil berpeluang mengembangkan wang secara jangka panjang.
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan berkenaan plan takaful atau product kewangan yang lain atau ingin mendapatkan khidmat nasihat kewangan, boleh click di link berikut : http://financialcoach.wasap.my
Aziz Riadi
Shariah Registered Financial Planner
Muqmeen Group
No comments:
Post a Comment