Semalam saya sempat bersembang dengan salah sorang staf BNM berkenaan dengan kejadian scam oleh scammer pelaburan. Target mereka adalah pesara-pesara yang ada banyak duit.
Antara cerita yang biasa didengar.
.
Pakcik ni baru je pencen 3 bulan.
Ada duit pampasan & KWAP – lebih RM300,000.
Anak saudara kenalkan satu “peluang pelaburan luar biasa” — kononnya dapat 15% sebulan.
Tanpa banyak soal, pakcik masukkan RM100,000.
Katanya boleh guna dividen tu buat belanja hari tua.
Hari ni?... pakcik terduduk depan kaunter bank.
.
Laporan polis dah buat.
Tapi duit tu takkan balik.
Pelaburan tu rupanya TAK WUJUD LANGSUNG
Platform tipu. Orang tu pun dah lesap.
---
Kenapa ini selalu sangat jadi macam nie?
Sebab ramai dari kita dah kerja lebih dari 30 tahun cari duit,
tapi susah nak luang masa beberapa jam pun untuk belajar cara jaga duit tu bila dah dapat.
Kita rasa dah cukup pengalaman hidup.
Kita rasa boleh nilai sendiri.
Kita rasa tak perlu orang ajar.
Tapi ramai yang tak tahu, scammer makin canggih. Mereka belajar buat sales, mereka mahir psychology, mereka belajar emosi.
Mereka menyamar jadi ‘consultant’, guna bahasa pelaburan, tunjuk testimoni palsu (fake tesimony) , guna gambar artis popular, influencer, guna logo rasmi seolah-olah semua tu nampak legit. Nampak real.
Tak termasuk scammer ni siap buat iklan di social media lagi.
Apa RISIKO, PROBLEM dan IMPACT kalau kita buat tak tahu je ilmu kewangan ni?
Ini antara risikonya...
❌ Duit pencen habis kena tipu
❌ Terpaksa kerja semula walau dah uzur sebab duit semua dah lebur
❌ Jadi beban anak-anak nak kena tanggung kita.
❌ Trauma kewangan sampai tak percaya sesiapa
❌ Tak mampu nak hidup dengan tenang di hari tua sebab duit simpanan dah habis, badan dah tak larat, kalau hutang tak settled lagi...lagi teruk
---
NOTA : KIta belajar Ilmu kewangan bukan untuk kita jadi PAKAR.
Cukup kalau kita tahu:
✅ Beza pelaburan sah & pelaburan haram
✅ Macam mana semak lesen penasihat kewangan (SIDC / FIMM / Bank Negara)
✅ Risiko dan pulangan sesuatu produk kewangan
✅ Siapa kita boleh rujuk bila nak buat keputusan besar
---
PERINGATAN : Kalau anda, ibu bapa anda, atau kenalan baru pencen…
**Tolong bantu mereka cari ilmu, bukan cari “dividen tinggi.”**
Ilmu tu pelindung dan juga panduan. Duit boleh simpan dalam bank — tapi ilmu mesti simpan dalam kepala.
Jangan biar 30 tahun kerja, hilang dalam 30 minit sebab percaya janji palsu.
---
Saya buat content ni sebab saya sedih tengok terlalu ramai orang baik-baik jadi mangsa.
Bukan sebab mereka tamak, tapi sebab mereka percaya dan punya harapan yang besar.. disebab kuran ilmu, mereka tak tahu nak beza antara pelaburan yang sah dengan yang menipu.
---
Pelaburan terbaik bukan yang beri pulangan tinggi. Tapi yang bantu anda tidur lena tanpa risau esok pagi.
Ingat, jangan sampai terjebak dengan scammer pelaburan.
Kalau anda suka content2 macam nie sila comment "Support".
Kalau nak tahu lebih lanjut berkenaan perancangan kewangan, boleh check details di link http://financialcoach.wasap.my
AAR
ShRFP
Muqmeen Group.
No comments:
Post a Comment