14 April 2026

CO-PAYMENT MEDICAL CARD : ANTARA FULL COVER, SMART SAVER 300 DAN SMART SAVER 1,000

 


Medical card yang ada di pasaran ada banyak jenis. Ada yang full cover (semua bill akan di bayar oleh syarikat Takaful) ada yang co-payment iaitu sebahagian besar syarikat Takaful akan bayar dan sebahagian lagi dibayar oleh pemegang sijil Takaful.

Di PruBSN Takaful, ada 2 jenis plan. Iaitu Takaful Health 360 dan juga Medic Total Care. 

Kali ni saya nak cerita pasal plan medical card Medic Total Care.

Medical card Medic Total Care. 

Details plan boleh download di sini : JADUAL MEDIC TOTAL CARE

Saya nak kongsikan 3 jenis co-payment (perkongsian bayaran).

1- FULL COVERAGE


Untuk plan jenis ini, semua cost rawatan (Bill rawatan) yang dikenakan oleh pihak hospital kepada client, akan dibayar oleh syarikat Takaful. Cuma ada beberapa kos yang mungkin client still kena bayar sebagai contoh Registration Fee, kos-kos yang tak berkaitan dengan rawatan (internet, bill telefon, rancangan TV berbayar) dan yang sebagainya.

Cuma, apa cabaran untuk plan ni?..Caruman untuk plan ini agak tinggi dan sekiranya kalau ada semakan harga medical card atau repricing, jumlah kenaikkan dia akan lebih tinggi berbanding dengan plan yang ada co-payment.

2- SMART SAVER 300 (SS300)


Untuk co-payment SS300, setiap kali masuk ward, client kena bayar RM 300 dan bil selebihnya akan dibayar oleh syarikat Takaful.

Contoh Situasi :

Client dapatkan rawatan sakit batu karang dan kos rawatan dalam RM 40,000. So, client kena bayar RM 300 (dan juga bil2 bukan rawatan seperti yang saya sebutkan di dalam No. 1). Balance RM 39,700 akan dibayar oleh syarikat Takaful.

Apa kelebihan plan ini?..Harga caruman lebih rendah dan menjimatkan. Kalau kena repricing pun harga tidak naik terlalu tinggi berbanding Full Cover.

Kekurangan dia, client kena standby duit sikit setiap kali nak warded. Tapi RM 300 pada saya, masih lagi boleh kita usahakan berbanding kalau nak bayar bil yang berpuluh atau beratus ribu atau pun terpaksa tunggu di hospital kerajaan. Betul tak?

3- SMART SAVER 1000 (SS1000)


Untuk pakej ini pula, setiap kali warded client kena bayar RM 1,000 daripada total bill dan syarikat takaful akan bayar baki bil. 

Sebagai contoh, kalau situasi macam no. 2, bill RM 40,000, client perlu bayar RM 1,000 dan baki RM 39,000, syarikat takaful akan bayar.

Untuk pakej ini, harga caruman bulanan akan lebih rendah berbanding SS300 dan Full Cover. Macam biasa, kalau kena repricing pun kesan kenaikkan tidak setinggi full cover dan SS300.

Untuk pakej ini, client dinasihatkan untuk sediakan dana kecemasan dalam bentuk tunai atau credit card minima RM 3,000 incase kalau perlu masuk ward lebih dari sekali dalam setahun. 

Kesimpulannya, jenis co-payment ini memberikan pilihan untuk sesuaikan budget client dalam usaha untuk memiliki medical card. 

Ya, medical card memang agak tinggi harganya, cuma bayangkan kalau sakit dan perlukan rawatan segera dan sakit tu pulak boleh mengancam nyawa kalau tidak dirawat segera. Kalau nak harapkan rawatan di hospital kerajaan, maybe kena tunggu lama.

Medical card takaful atau insurans tetap menjadi alternative sebagai persediaan dana untuk rawatan. Kalau tidak ada medical card, terpaksa la pakai dana sendiri. Kalau anda sanggup untuk habiskan semua simpanan anda untuk bayar kepada hospital atau Doktor untuk dapatkan rawatan segera, itu hak anda.

Tapi, untuk anda yang cerdik, gunakanlah Takaful untuk keluarkan modal sedikit tapi dapat coverage yang lebih besar dan boleh selamatkan daripada dana simpanan anda habis digunakan.

Kepada sesiapa yang ingin tahu pakej medical card yang sesuai untuk anda. Boleh click link http://infoplantakaful.wasap.my

Aziz Riadi
Senior Agency Manager
PruBSN Takaful Berhad
Muqmeen Group.





No comments:

Post a Comment