03 August 2009

Apa istimewanya Business Insurance/Takaful ni?



Business Insurance/Takaful..
________________________________________________________________

Ok, anda mungkin dah baca artikel saya mengenai kenapa lebih baik ceburkan diri dalam business franchise dan tidak business kecil-kecilan.

Ada banyak business franchise yang anda boleh ceburi, seperti bukak outlet restoran segera McDonalds, KFC, Pizza Hut dan sebagainya. Atau membuka station minyak..seperti Petronas, Shell dan sebagainya...
Persoalannya?..adakah anda tahu berapa modal yang anda perlu ada dalam account bank anda untuk anda mulakan franchise McDonalds, KFC dan sebagainya yang saya sebutkan di atas tadi?..kalau tak silap saya...kena ada RM 1 juta lebih. Memang tak dinafikan, kalau bukak, Insyallah untung. Tapi berapa orang boleh cari RM 1 juta lebih nie...?
Jadi, saya ingin berkongsi kepada pembaca semua, ada franchise business yang kurang memerlukan modal dan mempunyai pasaran yang amat luas. Iaitu...

BUSINESS INSURANCE / TAKAFUL.

Mungkin ada pembaca menganggap ini satu bentuk iklan untuk menjadi agent insurance / takaful. Saya tak kisah. Sebabnya, saya hanya berkongsi apa yang saya dah buat dan apa yang saya dah lalui hampir 8 tahun lebih dalam bidang ini. Dan yang paling penting....apa yang saya dapat dalam bidang ini.

Dengan business insurance la saya dapat kumpul duit dan kembangkan pelaburan saya....sama ada dalam ASB, ASW, rumah sewa, lembu..dan akan datang nie pelaburan emas pulak.

Jadi, sama anda nak teruskan membaca atau tidak, saya tak kisah. Saya tak rugi apa2. Saya cuma nak berkongsi pengalaman saya sahaja.

Ok, saya teruskan...

Bila citer pasal business je, apa yang tergambar dalam fikiran anda?..Modal?...emm, dalam business insurance...modal kurang penting. Yang penting adalah..."pasaran". Product yang kita jual tu ada pasaran atau orang perlukan atau tidak?...sebabnya, kalau kita ada modal sekali pun, kita jual product yang orang kurang nak beli...pening jugak kita...nak jual kat siapa...

So, macam mana product insurance nie boleh ada pasaran....ok. Cuba kita lihat ini.

Pasaran (market) ada disebabkan ada permintaan (demand), dan permintaan ada disebabkan oleh masalah (problem)....So, ringkasnya macam nie...

Problem akan Create Demand akan Create Market

Apa problem dalam masyarakat yang menyebabkan insurance nie ada permintaan?...Ada 5 sebab utama. Dan masalah ini, mungkin anda boleh ignore, tapi anda tak boleh nak elak sekiranya terjadi kepada anda.

1- Dying too Soon

- Mati muda?...apa masalahnya?...yang pergi takkan kembali. Tapi yang tinggal perlu meneruskan kehidupan. Bayangkan, kalau ayah muda (dalam awal 30-an)....anak kecil 2 orang (sorang 3 tahun dan seorang lagi bayi baru 3 bulan)...tetiba meninggal dunia, dan isteri pulak tidak bekerja. Hutang siapa yang perlu selesaikan. Hidup perlu diteruskan, dan keperluan harian tetap perlu disediakan. Apa akan jadi dengan masa depan anak2 kecil ini?...kita boleh bayangkan bukan?..

- Apa bagusnya ada insurance/takaful pula?...orang yang pergi memang tidak boleh diganti. Tetapi income orang yang pergi kita boleh ganti. Dalam contoh di atas, suami dan ayah tidak boleh diganti, tetapi pendapatan suami dan ayah boleh digantikan, utk jangka masa tertentu, sementara si ibu dapat mencari altenatif lain. Sekurang-kurangnya kos sara hidup dan kos pelajaran anak sekolah tidak terabai. Ilmu penting untuk anak2...kalau sekolah pun tak ke mana?..bagaimana besar nanti?..

2- Living too Long

- Mati muda masalah, hidup terlalu lama pun masalah?..Masalah akan timbul kalau kita tak bersedia. Kalau umur 50 baru nak start menyimpan, dan masa tu pulak penyakit dah mula datang....simpanan akan habis untuk biaya kos rawatan sahaja.

- Insurance merupakan satu cara untuk kita membuat simpanan secara paksa untuk masa depan kita. Kalau kita umur panjang, kita dah bersedia....masalah akan tetap ada, tapi sekurang-kurangnya masalah kewangan kita boleh rancang.

3- Living Death

- Yang ini saya rasa tak perlu untuk diterangkan panjang lebar. Sekarang nie, kos rawatan semakin meningkat. Memang betul, kita boleh dapatkan rawatan di hospital kerajaan, dan tak perlukan insurance kesihatan untuk dapatkan rawatan di hospital kerajaan. Tapi..hakikatnya...lihat sahaja contoh artikel ini...kalau anda mampu, anda nak ke dirawat macam nie?...fikirkan sendiri. Kalau anda sanggup, ramai yang tak sanggup, dan ramai yang sanggup beli insurance untuk mendapatkan keselesaan apabila mendapatkan rawatan di hospital. Jadi, kalau ramai yang sanggup beli, bukankah itu satu peluang kepada kita yang buat business insurance/takaful?

4- Child Education

- Hadiah paling berharga kepada anak kita adalah pelajaran yang sempurna. Namun, nak berikan pelajaran yang sempurna bukan dengan air liur sahaja. Kena keluar le "Agung" dalam wallet tu...:D. Kalau yang kurang faham, kena keluarkan duit untuk berikan pendidikan sempurna kepada anak. Pada peringkat sekolah rendah dan menengah pun kosnya kekadang memeranjatkan kita, apatah lagi di Universiti....apatah lagi di over sea...dan amik course kedoktoran pula...Jadi, kalau kita tak mula menyimpan untuk anak, kelak anak boleh sambung pelajaran, kita pulak tak mampu nak berikan dia pelajaran yang sempurna. Jangan menyesal kemudian hari. Sebab tu, plan pendidikan sekarang nie merupakan satu perkara yang hot....ramai orang dah mula nampak kepentingannya.

- Kenapa simpan dalam insurance, kan lagi bagus terus simpan dalam ASB,ASW,ASD dan yang sewaktu dengannya...memang betul. Saya tak kata salah, tapi kena faham satu perkara. Hanya pelan insurance/takaful je yang boleh buat macam nie..iaitu...kita simpan setiap bulan untuk pelajaran anak utk kegunaan di masa akan datang, tapi kalau kita tak boleh nak sambung menyimpan di sebabkan..:

a. Kematian (dying too soon)
b. Mengalami sakit kritikal (living death)
c. Lumpuh kekal keseluruhan sampai tak boleh nak kerja, dah tak kerja tak de income, tak de income, macam mana nak sambung simpan?

Tapi , kalau simpan dalam account pendidikan anak2...kalau pembayar ditimpa musibah, caruman akan diteruskan oleh syarikat insurance...nak tengok plan pendidikan anak2 dari PruBSN Takaful, masuk sini..

5- Wealth Creation

Seperti yang saya pernah cerita di atas...kita sibuk dengan mengumpul kekayaan untuk tujuan tertentu. Dan sudah tentu untuk kegunaan hari tua atau kecemasan. Dan dalam kesibukan kita mengumpul kekayaan, pernah tak kita terfikir untuk protect kekayaan yang kita kumpul. Nak protect daripada apa?...antaranya adalah daripada duit simpanan kita digunakan untuk tanggung kos rawatan. Kalau kita tak de medical insurance, kekayaan yang kita kumpul boleh habis dalam beberapa bulan sahaja. Jadi, dalam kita kumpul kekayaan, jangan lupa untuk melindunginya.

Jadi, masalah2 di atas ini takkan selesai...akan sentiasa ada. Ada yang meninggal dunia, ada yang lahir ke dunia. So, anda dapat lihat tak peluang kat sini...

Seterusnya....kalau kita buat business...mesti terfikir dari segi pulangannya...

Jadi, apakah potensi pendapatan kita bila kita menceburi bidang insurance/takaful nie? Masuk sini pulak...



Kembali ke Artikel Business Insurance/Takaful

1 comment: