02 August 2009

Nak buat business apa yeee??.....Arrrghhhh!!!!

Salam semua,

Saya nak share sikit pasal business...:D

Saya yakin, ramai antara kita berfikir...kalau nak financial freedom dan time freedom, salah satu cabang adalah buat business.


Kalau makan gaji, nak jadi kaya, kena jadi CEO multinasional company, atau GLC. Boleh jadi, kalau ada rezeki. Tapi, apa peluang kita nak jadi macam tu?

Atau pun, jadi profesional (Doktor, Lawyer, ahli sukan profesional (sukan yang really buat duit and menang, dan lain2...)

Tapi, berapa orang yang ada peluang dan bakat macam yang saya sebutkan kat atas nie?

Sebelum pergi lebih jauh, saya nak ajak anda semua fikirkan statistik kat bawah nie..


Sedikit penerangan : Dalam 100 orang tu, 5% je yang capai tahap financial freedom. Yang lain2, anda boleh lihat sendiri.

Akhir sekali anda boleh pilih, dikelompok mana anda akan berada pada masa akan datang. Kecuali bahagian "meninggal dunia"..itu kita tak boleh nak cakap la kan.

Jadi, setuju atau tidak, untuk kita tergolong dalam 5% orang yang financial freedom and time freedom nie, kita perlu menceburkan diri dalam bidang perniagaan / business. Jika setuju...kita sambung di bawah ni...

Jadi, pilihan sekarang nie adalah buat BUSINESS.....ok, focus kepada business.

PERSOALAN?....Business apa?...

Nak pilih business apa?....

__________________________________________________________

Jadi...kalau kita nak start business..adakah terus nak bukak business besar?..Business besar...modal besar....so, secara average, orang akan buat small business. Bahasa yang sering digunakan adalah "Meniaga kecil-kecilan"....

Saya pernah terbaca buku Michael Gerber, dia ada menyatakan "90% small businesses failed, and 90% franchise businesses successfull".

Kita tak perlu percaya 100% dengan apa yang MG nie katakan, tapi kita lihat sendiri keadaan sebenarnya. Mungkin ada yang pernah lalui. So, kalau 90% franchise business nie berjaya?...kita kena kaji, kenapa dia berjaya. Apa ciri2 yang buatkan dia berjaya.

Franchise business mempunyai ciri-ciri berikut :

- Brand name

Apa kepentingan brand sebenarnya sehingga ia menjadi salah satu faktor kepada kejayaan sesebuah perniagaan?..Saya ingin bertanya kepada anda, sekiranya ada 2 jenis barangan sukan, satu jenama Mike, dan satu lagi jenama Nike, mana satu anda akan pilih untuk anda beli?....begitulah peranan brand sesebuah barangan atau produk. Ia boleh menjadi salah satu sebab barangan tersebut mudah untuk dipasarkan. Dan perlu diingat, untuk mencapai tahap sebegitu tinggi...ia perlu melalui proses yang lama sehinggalah pembeli mempercayai barangan tersebut.

Jadi, berbalik kepada small businesses tadi, kalau kita baru nak cipta brand kita, berapa lama proses yang kita perlu lalui. Persoalannya....adakah kita mampu bertahan dengan modal yang ada? Kalau kita buat franchise business...kita just guna brand yang memang dah ada kat market, yang orang kebanyakkannya dah tau.

- System and Procedure

Kalau kita bermula dengan perniagaan kecil-kecilan, kita develop sendiri system dan procedure dari semasa ke semasa. Hasil trial and error. Sebaliknya, franchise business?...semuanya dah tersedia. Kita hanya gunakan, dan latih orang dalam organisasi kita untuk gunakan. Dan rata2 system dan Procedure tersebut memang sudah terbukti berkesan. Jadi, kita boleh focus kepada sales sahaja.

- Training and Human Capitol Development

Kalau business kecil-kecilan, kita perlu belajar dari kesilapan, dan tiada proper training. Sebaliknya, latihan berterusan dan berjadual dalam franchise business boleh meningkatkan kemahiran kita dalam menjalankan perniagaan kita. Kalau kita cekap kendalikan business, tidak mustahil ianya boleh berkembang maju dalam masa yang singkat.

- Advertisement

Bab ni tak perlu nak disangkal lagi. Iklan kalau kat TV je dah berapa kena bayar?..kalau waktu prime time pula...berapa kos yang kita perlu keluarkan kalau kita nak promote perniagaan kita. Sebaliknya, franchise business nie, iklan telah pun diuruskan oleh syarikat. Jadi, kita tumpang iklan mereka sahaja...mudah kan? Dan yang paling penting menjimatkan....

- Computer System Support

Dalam franchise business. Sistem komputer semuanya telah tersedia dan kita hanya perlu gunakan sahaja. Saya pernah kerja sebagai Sistem Engineer di sebuah syarikat IT, dan pernah terlibat dalam membuat costing untuk membangunkan sebuah sistem komputer, harganya paling sikit pun ratusan ribu, dengan hardware, software license, orang yang support dan sebagainya....jadi, bayangkan sekiranya anda buat business, sistem komputer kena develop sendiri, and kalau anda outsource pun, berapa pula harganya...:D

- Research and Development

Franchise business ada bahagian yang handle R & D. So, kita just gunakan produk yang syarikat keluarkan. Mereka dah buat R & D dan keluarkan wang berjuta ringgit. Kalau business kecil-kecilan nie....R & D merupakan satu bebanan kos...tapi, kalau tak de R & D pulak, macam mana dari segi product innovation dan sebagainya?..macam mana nak bersaing dengan syarikat2 lain yang tawarkan product sama macam kita?..

Mungkin ada banyak lagi yang saya tak sentuh, tapi sebagai gambaran awal, saya berharap apa yang saya kongsikan ni mencukupi.

Masuk sini untuk sambungan.....

Kembali ke Senarai Artikel Bisnes Insurans / Takaful

No comments:

Post a Comment