01 August 2009

Over Draft (OD) dan Outstanding Credit Card





Salam semua,

Kat sini saya nak share sikit macam mana kita nak jimatkan interest credit card. Kepada sesiapa yang ada hutang credit card yang agak banyak...e.g 5K, 10K, 15K....dan terpaksa bayar minimum payment disebabkan sumber yang agak terhad. Jadi, sekiranya anda account OD nie, (cara macam mana nak ada account OD, saya cadangkan baca sini dulu...mungkin boleh membantu....)

Ok, sebelum apa2 pun, kena fahamkan konsep OD dulu. Sebab dok sembang2 kalau tak faham benda nie, tak guna, letih je nanti membaca.

Ok, kalau ikut apa yang saya faham and cara mudah untuk fahamkan orang..Over Draft atau OD "merupakan satu jumlah kemudahan kewangan (financial facilities)..atau bahasa lagi mudah...loan..., yang diberikan kepada kita oleh bank2 tertentu untuk kita gunakan bagi tujuan tertentu. Sama ada untuk perniagaan, pelaburan, langsaikan hutang dan sebagainya." OD-ASB nie pulak, adalah "kita cagarkan sijil ASB atau ASB atau ASM kepada bank, dan bank akan berikan kita kemudahan kewangan 90%-95% daripada jumlah sijil tu".

Ok, dari segi aplikasinya pulak, contoh kita ada OD 40K dalam current account CIMB kita (andaian, kita buat OD-ASB kat CIMB)...dan bila buat OD nie, duit bank akan disburse ke dalam current account...so, kita akan dapat buku cheque. Kalau nak link kan kita punya current account dengan ATM card kita pun boleh, senang sikit kita nak keluarkan duit.

Seterusnya, duit dalam account tu, kalau kita keluarkan baru dikenakan interest. Interest macam yang saya sebutkan tadi...BLR-1.25%. Current BLR kalau tak silap 5.55%. So, kalau BLR-1.25% = 5.55 - 1.25 = 4.3% per annum daily rest. So, kalau kita keluarkan jumlah untuk kita settlekan credit card, interest yang dikenakan baru 4.3% per annum daily rest.

Apa maksud daily rest?..

- Contoh simple :

01/09/2009 : Keluarkan duit RM 5,000 dari current acc (OD).
So, interest yang dikenakan adalah 5,000 x 4.3% / 365 = 0.589 sen sehari.

So, katakan dalam tempoh 10 hari 10/09/2009, anda ada duit sikit. (Biasanya duit ini digunakan untuk bayar credit card, tapi since credit card dah settled, duit nie di masukkan dalam account OD). Katakan RM 250. So, balance yang kita pakai dari account OD adalah RM (5,000-250= 4,750)...so, interest...1/09/2009 sampai 9/9/2009 adalah 0.589 sen x 9 hari = RM 5.31.

Untuk interest 10/09/2009. Interest akan di kira based on duit yang kita keluarkan awal tadi. So 4,750 x 4.3%/365 = 0.56 sen sehari. Dan begitulah seterusnya. Kita bermain2 dengan angka.

Jadi saya harapkan apa yang saya kongsikan, simple, pendek, tapi harapan saya anda semua boleh faham.

Kalau anda boleh lihat kaitan apa yang saya terangkan ini dengan interest credit card, itu datangnya penjimatan dari segi interest....

Tapi, mungkin ada yang tertanya...kenapa kena convert ke OD, sedangkan kalau kita ada duit let say 40K seperti contoh di atas tadi, kita boleh terus buat settlemen credit card...Memang boleh dan tak salah pun. Cuma kena faham, selain kita bekerja, duit pun kena bekerja untuk kita. Kalau masukkan dalam ASB, duit tu boleh generate another income melalui dividen. Kalau kita terus bayar pakai duit yang kita dapat mula2 tadi, sorry la nak dapat dividen. Kalau dalam sijil ASB / ASW / ASM dan sijil2 tu kita cagarkan ke bank, kita masih layak untuk dapat dividen. Dan dividen tu pulak boleh digunakan untuk masukkan dalam account OD untuk kurangkan interest.

Kalau ada yang tak faham, jangan segan, jangan malu. Kalau perlu tanya selalu...!!!!!

Kembali ke Bahagian Pelaburan - Overdraft

4 comments:

  1. cool bro aziz salam,

    Your information on the use of OD is very clear, concise and easily understood.

    Thank god I hope you are blessed by Almighty always.

    ReplyDelete
  2. Rahman Ahmad : Sama2...actually lepas saya dapat OD nie, saya settlekan credit card, saya, saya rasa terus saya ada idea nak buat macam2 untuk tambah pelaburan...kalau tak, asyik duk pening tengok interest credit card sahaja....

    Insyallah, sama2 kita berkongsi ilmu...saya dapat pun dari orang lain, saya hanya berkongsi apa yang saya belajar sahaja...

    ReplyDelete
  3. I’m going to read this. I’ll be sure to come back. thanks for sharing. and also This article gives the light in which we can observe the reality. this is very nice one and gives indepth information. thanks for this nice article... 소액결제 현금화

    ReplyDelete
  4. Thanks for this great post, i find it very interesting and very well thought out and put together. I look forward to reading your work in the future. 상품권 현금화

    ReplyDelete