01 August 2009

Sumber kewangan untuk memulakan OD Vs ASB/ASW






Salam semua.

Mungkin ada yang terfikir, saya dok sembang2 pasal OD nie, buat account, pindah kan sana, masukkan sini, kira sana, kira sini, tapi yang jadi pening kekadang adalah...mana nak cekau duit utk buat OD tu...??....betul tak?..

Ok, saya boleh kongsikan beberapa idea. Sesetengah idea nie saya dah buat pun....dan saya pun ceduk idea orang and belajar dari orang lain untuk dapatkan idea nie. So, saya akan share le apa yang saya tahu. Tak faham, boleh tanya...ok? Kita bincang sesama.


1- Simpanan kita

Sedikit demi sedikit, lama-lama banyak le...perlu ada displin yang begitu tinggi. Perlu tahan nafsu. Sebabnya, pantang ada duit sikit...biasa la, masa tu le jugak kita ternampak macam2 yang kita minat....sabaaarrr...tahan sikit. Belum sampai masa lagi. Kalau ada yang dapat bonus tu, jgn terus nak belanja atau settlekan hutang....simpan dulu dalam ASB, study dulu pasal OD, apa yang OD boleh bantu kita utk kurangkan interest dan tambah column asset kita. Yang ini saya start since tahun 2000. Mula2 saya kerja...simpan sikit2. Consistent....kengkawan baru kerja dah pakai wira baru (masa tu kalau pakai proton wira baru pun...aduhai....)...saya?..pakai honda civic buruk je...tahun 1989...tak pe lah..yang penting boleh jalan balik kampung....:D. Saya dapat simpan duit and dapat beli rumah. Now rumah tu dah ada orang sewa...pasif income.


2- Personal loan

Yang ini biasa jugak orang buat. Tapi, kalau saya, saya tak prefer benda nie....sebab kalau buat loan, and buat OD, interest loan kena service, interest OD pun kena service...so, letih sikit laaaa....(tapi option still an option...)


3- Refinance rumah

Yang ini ok sikit...sebab interest rumah rendah sikit dari personal loan. Nak lagi bagus, kalau kita refinance rumah sewa kita (kalau sesiapa yang ada rumah sewa, so, buat refinance, monthly payment dah tentu ada orang tolong bayarkan..i.e tenant la tu...). Cara ni saya ada guna untuk tambah account OD saya....


4- Pajak emas. Yang ini saya tak pernah buat, tapi saya pernah baca dalam forum. Boleh pajak emas, dapat cash, buat OD. Cara macam mana nak buat, kena search le kat internet...:D..Tapi dia punya idea mcm tu la.

5- Buat business

Kalau makan gaji susah nak menyimpan, kena le buat business untuk tambah income. Lepas tu, start menyimpan, and buat le OD untuk tambah simpanan dan pelaburan kita. Pasal business nie pulak, saya nak share sikit...apa business yang anda boleh ceburi....boleh masuk sini untuk lihat apa pilihan business yang ada...


6- Pinjam sedara-mara, adik beradik..:D. 

Kalau ada sedara-mara yang kaya raya, tak tau duit nak buat apa, boleh le buat paper work, buat kertas cadangan untuk pinjam ..:D. Tapi yang nie, jarang orang nak bg, tapi tak mustahil orang boleh bagi kalau tau caranya. Terutamanya kalau orang simpan dalam ASB, dan dia tak keluarkan...dia nak dividen sebab tu dia tak nak keluarkan..so...buat OD, dividen still dia dapat...so, apa problemnya. Tapi, kita kena buat le business atau perkara yang boleh justify kepada orang yang kita nak pinjam tu, bahawa duit dia tak kena kapur....*adik beradik mungkin boleh lee...kalau kengkawan...atau sedara mara jauh nie....kalau ikutkan track record...hehehe...faham2 je la...:D.

Mungkin ada cara yang lain, boleh update kat bahagian komen. Harap2 komen yang membina je...yang tak membina, saya akan delete..:D

No comments:

Post a Comment