25 September 2009

AFT : Successfull People Vs Unsuccessfull People

"SUCCESSFUL PEOPLE DO THE THINGS THAT FAILING PEOPLE DON'T WANT TO DO"




Statement di atas merupakan satu statement yang ringkas tapi memberi maksud yang sangat mendalam.

Bila kita sembang pasal business...ramai yang berminat nak dengar, ramai yang suka mendengar kisah kejayaan orang yang buat business...tapi tak ramai yang bebetul nak buat macam mana orang berjaya tu buat. 

Untuk pengetahuan anda....apa yang orang berjaya buat, sangat berbeza dengan apa yang orang yang gagal buat.

Sebagai contoh...orang berjaya, mereka buat sesuatu sampai habis dan bukan separuh jalan. Kalau orang yang gagal..belum habis lagi dah putus dan nak buat benda lain pulak. Then buat benda lain pun sama jugak, separuh jalan. Jadi, sampai bila2 asyik takde hasil sahaja.

Sama juga dalam business perancangan kewangan nie....khususnya dalam bidang takaful....memang anda akan dapat pelbagai rejection...tapi, adakah itu bermakna susah sangat nak buat business nie atau business nie tidak boleh buat anda kaya dan berjaya?..

Cuba baca quote dari Tony Robbins di bawah nie..



Orang yang paling berjaya dalam dunia ni adalah orang yang pernah kena reject paling banyak berbanding orang lain. 

Kalau kita lihat Rasulullah SAW..bagaimana baginda mengembangkan agama Allah...ini bukan benda kecik..benda paling besar....agama Allah...itu pun kena reject, bukan setakat kena reject, kena pulau, kena halau, nak kena bunuh, kena baling dengan batu dan sebagainya...tapi, bagaimana Rasulullah SAW teruskan dakwah baginda?..Kita patut mencontohi baginda.

Dalam bidang takaful nie, process nak menaikkan kesedaran orang ramai mengenai kepentingan ada perlindungan kewangan sekiranya berlaku kematian, lumpuh kekal, sakit kritikal, kemalangan, sakit yang memerlukan kos rawatan yang tinggi...merupakan satu tugas dan tanggungjawab mulia. Tambahan pulak, bila kita mengajak orang muslim agar menggunakan produk kewangan yang patuh syariah yang bebas dari gharar, judi dan riba'..bukankah itu satu bentuk dakwah...mudah-mudahan kita mendapat ganjaran disisi Allah walau pun kita tak dapat client.

Jadi, sebagai seorang businessman atau businesswoman, mindset seorang berjaya ini perlu ada dalam minda setiap orang dari anda....kalau tidak, mungkin anda akan terhenti di tengah jalan. Sedangkan peluang sangat besar di dalam bidang ini. Anda kena baca pengalaman saya bagaimana saya berjaya ubah tahap kehidupan saya (dengan izin Allah) apabila kita buat sesuatu yang berbeza dengan orang biasa2 buat....

So, untuk permulaan, kita memang kena korbankan masa dan tenaga dan juga sedikit wang ringgit untuk membina business empire kita. Dan kena ingat, kita develop business bukan hanya untuk diri kita, malah untuk generasi kita yang akan datang. Dan semoga dengan legasi yang kita tinggalkan, mereka boleh terus memberi manfaat kepada orang lain ianya menjadi saham akhirat untuk kita. Jangan lihat matlamat untuk berjaya dan kaya dalam business ni hanya terhenti di alam dunia. Tapi, jadikanlah ia sebagai platform untuk kita mendapat ganjaran syurga tertinggi di akhirat kelak. In sha Allah.

Akhir sekali, pesanan saya, bila buat sesuatu, buatlah cara orang berjaya buat, rujuk cara orang berjaya buat dan bergaullah dengan orang berjaya..in sha Allah, masa anda akan sampai dalam masa yang kita sendiri mungkin tidak menjangka. Banyakkan bersyukur dan banyakkan usaha.

Sekian.





- Kembali ke Module Agency Foundation Training

No comments:

Post a Comment