16 November 2009

GULA PUNYA PASAL

Pengumuman : Quotation untuk Takafulink latest version sedia untuk didownload Klik Sini
________________________________________________________________

Salam,

Ini cutting paper semalam (15/11/2009), The Star, muka depan. Saya perhatikan, The Star memang selalu bagi input yang berguna kepada saya terutamanya hari ahad. Dah banyak artikel yang saya dapat dari The Star yang elok untuk dikongsi bersama.


Apa kaitan GULA dengan blog saya?..i.e yang focus kepada Insurance dan takaful?...

Sebelum saya jawab, mari kita bincang and lihat dulu apa isi yang cuba disampaikan oleh The Star ni. Muka depan nie, tentulah ianya penting, bukan muka belakang2...:D.
Mungkin ramai juga yang macam saya, baru perasan, bahawa kes kematian disebabkan oleh gula lebih tinggi daripada kadar kematian akibat kes kanser dan AIDS....


Gula memang penting untuk tubuh, tapi bila berlebihan atau apabila kita semakin tua, kadar insulin yang dihasilkan oleh tubuh kita berkurangan, sedangkan kadar pengambilan gula kita tak pernah kurang, malah kita kurang bersenam, menyebabkan gula dalam darah akan bertambah...jadi ibu segala penyakit (yang nie saya pernah dengar sorang Doktor tu cakap masa saya hantar mak saya dapatkan rawatan 10 tahun lepas)....

Ibu segala penyakit?....saya tak berapa faham masa tu, tapi now baru saya faham....bila dah ada kencing manis, sakit jantung pun boleh datang, dan darah tinggi pun akan singgah...lepas tu....penyakit buah pinggang pun senang nak lekat...Saya tak nak citer panjan lebar pasal nie, sebab anda boleh baca dari cutting paper yang saya attached nie atau boleh pegi website The Star, archive, sure boleh baca berita nie...

Apa yang saya nak cerita adalah...kaitannya dengan Insurance i.e lebih spesific MEDICAL CARD. Pengalaman saya, pada 4 bulan lepas, ada client sorang nak amik policy + medical card..umur dalam lingkungan awal 40-an. Dalam 3-4 tahun lepas pernah suspect batu karang, tapi dah clear...(tanpa operation)..makan ubat, kasi pecah and keluar ikut salur kencing...so, disebabkan oleh itu, beliau ada record kat hospital panel Prudential. Since tak buat operation, beliau kena buat urine test, result semua ok (clear from batu karang)..tapi masalah lain pulak...ada glucose dalam air kencing...so, kena buat blood test pulak...sekali blodd test..bacaan gula nearly 7. So, akibatnya, decline medical card...so, appeal punya appeal pun tak dapat...so, itu lah hakikatnya...

Sedih le jugak sebab tak dapat nak bantu client dapatkan medical card, tapi...mcm yang selalu dibincangkan, syarikat insurance / takaful bukan wellfare, diorang buat business. Business cover orang yang sihat apabila diorang sakit. Bukan dah sakit baru nak dicover...
So, daripada experienced saya jugak, rata2 kalau dah cecah umur 40-an nie, biasanya kandungan gula dalam darah start tinggi...so, better cari medical card cecepat sebelum kena buat ME (medical examination) wajib selepas umur 55 tahun.

And yang kerja dengan syarikat yang cover medical card, mungkin you all kata, tak perlu le sebab skrg nie company cover...yup, betul, tapi bila dah company tak cover (bersara wajib) and kalau masa tu dah pernah dapatkan rawatan masa kat kerja kat company lama disebabkan kena kencing manis, kemungkinan besar utk jadi kes mcm yang saya cerita di atas adalah sangat tinggi. So, bersedia sebelum ianya berlaku...:D.

Sekian...

3 comments:

  1. en aziz,brape komisyen u sebulan skrg ni?apa rahsia mncari prospek yang betul2 berminat dgn cara yg berkesan?

    ReplyDelete
  2. Komisyen?...emmm, yang tu saya tak bleh nak reveal laa...tapi you boleh kira sendiri laaa...

    Production saya

    2003 : 30K
    2004 : 192K
    2005 : 160K
    2006 : 199K
    2007 : 240K
    2008 : 301K
    2009 : Group Sales : Year To Date : 1.6Million..

    Amik kira 80% client still maintain bayar sampai skrg...

    Prospecting?..kena jumpa orang, dan bgtau yang kita buat insurance, and minta dia masa utk kita present kat dia...

    Ada banyak cara lagi, boleh tengok kat bahagian ni http://www.prubsninfo.com/2009/09/part-2-prospecting.html

    ReplyDelete
  3. Gula pun dah naik harga skrg nie, kurang2kanlah penggunaan gula...:D

    ReplyDelete