14 February 2022

OFFLINE SELLING - DIRECT APPROACH, APA YANG ANDA KENA TAHU? PART 1

 


Saya ada kongsikan bila seseorang tu nak berniaga, kena mahirkan 3  skill asas dalam perniagaan.

1- SKIL MENJUAL

2- SKIL COLLECT  PAYMENT DARI HASIL JUALAN

3- SKIL BUAT CUSTOMER ULANG BELI (REPEAT SALES)


 So, dalam skil menjual, ada beberapa teknik sama ada offline atau online, atau kedua-duanya sekali yang saya panggil integrated. Kali ni saya nak share sikit beberapa soalan yang agent saya tanya lepas dia buat DA (Direct Approach).

Ada 5 soalan yang agent saya tanya.

1. Kalau kita buka mulut tanpa cerita takaful, tu dikira approach ke?

2. Bila kita dapat nombor contact, apa nak buat lepas tu?

3. Dulu² DA macam mana? Memang bawa kertas survey dan tanya² orang atau just cakap je tanpa kertas?

4. Contohlah saya dah dapat 20 contact, perlu ke saya dpt 100 approach sehari baru balik?

5. Kalau kita dapat prospect yang tipu nombor telefon, macam mana ye? Contoh kita dah try missed call tapi orang tu cakap handphone kat kereta

Ini feedback saya. 

Q No 1. klu kita buka mulut tanpa cerita takaful, tu dikira approach ke?

A : Kita approach tak cerita tak takaful, tapi apa tujuan kita approach?..Kalau tujuan kita approach untuk dapatkan contact dan seterusnya untuk open takaful walau pun tak cerita pasal takaful, di kira approach. Tapi kena follow la process flow approach tu.

Contoh : Macam mana kita tegur, apa yang kita cakap kat dia, macam mana kita cakap kat dia. So, kalau kita dah buat process flow "approach" yang sepatutnya, ia di kira approach. 

Tapi kalau setakat hanya bagi salam, then takde open cerita apa2, then itu tak dikira sebagai approach.

Q No. 2. Bila kita dpt no contact, apa nk buat lps tu?

A : Dah dapat contact, kita masukkkan dalam database untuk kita follow up. Sebab tu, skill masa approach tu kena buat sekali "INFORMAL FACT FINDING". Apa maksudnya tu? Maksudnya, masa sembang2 tu dah tanya2 sikit pasal tinggal kat  mana, kerja kat mana, berapa lama kerja, anak berapa orang, asal mana...semua tu. Then boleh la buat profiling dan buat retargeting untuk open proposal. Then developt script untuk start open pada diorang.

Lepas tu, contact balik untuk offer proposal. What if kalau prospect tak respond. Simple je...Some Will, Some Won't So What?..Next (SWSWSW...N)

Q No 3. Dulu² DA mcm mn? Mmg bw kertas survey dan tnya² org atau just ckp je tnpa kertas?

A : Dulu2 DA pakai sales kit dan juga buku nota atau kertas A4 untuk present. Bawak phone sekali untuk save nombor dalam phone terus. Cara approach lebih kurang sama, cuma tool set maybe ada berbeza sikit. Masa tu juga pakai flyers. Bagi tau yang kita dari mana dan tengah buat kempen kesedaran hibah dikalangan masyarakat Melayu. 

Sekarang nie, ada ipad, so bawak ipad. Sales kit pun pakai e-sales kit yang  untuk DA punya sales kit. Masukkan terus dalam ipad. Bila ada peluang untuk present, terus present. 


Q No 4. Contoh lh sy dh dpt 20contact, perlu ke sy dpt 100 approach sehari bru balik?

A : Bergantung kepada keadaan. Kalau you dah dapat 20 contact dan masa tu pun dah memang sampai waktu nak habis activity, walau pun tak sampai approach 100 orang lagi. Then stop la. 

Tapi, katakan you plan nak buat DA dari pagi sampai petang. Pagi dah dapat 20 contacts maybe approach 50 orang. Takkan you nak balik?...Sebab esok2 belum tentu you dapat contact sebanyak tu. Jadi, game dia adalah focus kepada apa yang kita boleh control.

Sebagai contoh :

Nak dapat contact number kita  tak boleh control, tapi berapa ramai kita cuba approach untuk dapatkan contact number kita boleh control

Nak closed cases / deals, kita tak boleh control, tapi berapa banyak kita present atau open untuk dapat closed cases / deals tu kita boleh control.

Nak dapatkan pickup call kita tak boleh control, tapi kita boleh control berapa banyak kita nak dial nombor untuk kita dapatkan pickup calls.

So, game dia adalah "FOCUS ON YOUR CIRCLE OF CONTROL"..

Kalau target nak approach 100 setiap kali DA. Kena buat yang tu dulu. Try buat tengok, berapa you boleh dapat. Sebab pengalaman saya hampir 20 tahun, kekadang agent piunya expectation tinggi...sebab nampak seolah2 boleh dapat hasil dengan mudah. Tapi hakikatnya, bila buat baru  tahu, kenapa kena focus kepada activity yang  boleh datang kan result. Bukan hanya expect dapat result cepat dan banyak, tapi activity ciput. Nak dapat hasil segantang tapi kerjanya cuma secupak. Make sense?...

Q 5. Klu kita dpt prospect yg tipu no tel,mcm mn ye? Contoh kita dh try missed call tp org tu ckp hp kt kereta

Prospect tipu kita, itu bukan urusan kita. Next kan sahaja sebab ia tidak membahayakan kita langsung. Tapi lagi bahaya kalau kita tipu diri kita dan keluarga kita. Kita cakap nak nak buat kerja sungguh, nak buat DA, nak buat call, nak present sungguh...tapi bila sampai masa buat kerja, kita mula discount. Yang ini lebih bahaya dari prospect tipu kita.

Boleh faham ideanya?

Nota : 

Kepada sesiapa yang berminat nak jadi agent atau belajar buat sales sama ada online atau offline, boleh click link ni http://jomextraincome.wasap.my

Kepada mana-mana agent yang nak dapatkan tips and tricks sales and recruitment, boleh join group FB private saya : https://www.facebook.com/groups/agentsinnercircle/

#financialplanning #tambahincome #buatbisnes #takaful #fianncialprotection #hibahtakaful #hibah #medicalcard

No comments:

Post a Comment