22 April 2012

Nikmat Tunai Janji

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Agak lama jugak saya tak update blog saya nie. Bukan takde idea..Alhamdulilah, idea melimpah ruah, tapi masa nak nak menaip dan nak mengarang ayat tu, yang kurang sikit sebab sibuk dengan agency development.

Tapi, apa pun, saya terpanggil untuk taip satu artikel pasal "Tunai Janji" ni.

Ceritanya macam nie...

Sehari sebelum saya pergi outstation ke Kuala Terengganu, ada seorang client saya call. Beliau merupakan seorang pegawai kerajaan berpangkat pengarah di salah sebuah jabatan kerajaan. Dulu, masa memula nak sign policy, beliau lebih concern pasal tax excemption yang boleh ditolak daripada caruman insurance. Sebab beliau tak de caruman dalam EPF. Jadi, beliau pun make full use RM 6000 setahun ditolak dari caruman takaful.

Kemudian, masa nak sign up tu, saya ada mention pasal medical card. Beliau kata, tak perlu lah kot, sebab beliau ada entitlement untuk dapatkan rawatan 1st class di hospital kerajaan. Saya setuju dengan beliau dan yakin memang selayaknya beliau mendapat layanan yang terbaik di hospital kerajaan berdasarkan pangkat beliau. Tapi, saya cuba insist juga untuk beliau ambil medical card. Saya tak argue dengan beliau, sebaliknya saya puji beliau dan beritahu bahawa beliau bertuah kerana dapat manfaat hospital kerajaan yang hebat. Then, saya sell the idea " Encik, tujuan saya minta Encik consider medical card nie, bukan nak gantikan apa yang Encik dah entitled di hospital kerajaan, tapi lebih kepada pilihan."...saya pun cuba berikan analogi. Kalau "Encik pergi ke kedai untuk beli barang atau nak beli makanan, encik prefer pergi kedai yang ada banyak pilihan atau kedai yang kurang pilihan atau tiada pilihan"...beliau kata.."Ada banyak pilihan". "So, Encik setuju lah, ada pilihan lebih baik dari tiada pilihan?.." tanya saya, ..beliau pun kata ya. So, saya pun beritahu, bahawa apa yang saya offer ini lebih kepada pilihan. Bukan sebab goverment hospital tak bagus atau Doktor tak cekap, atau peralatan tak canggih, malah ada yang lebih canggih dari hospital private. Tapi, apa yang saya nak sampaikan adalah, dari segi pilihan. Lebih baik ada pilihan dari tiada pilihan langsung. 

So, lepas tu, saya terangkan sekali lagi, mengenai pilihan ini. "Katakanlah Encik prefer nak buat rawatan kat Hospital Govt, boleh tak de masalah, teruskan, tapi, saya nak tanya Encik...kalau tetiba hospital govt beritahu kita, kita kena tunggu giliran disebabkan Doktor pakar yang nak rawat sakit kita tu ada banyak appointment lain sebelum ini yang belum selesai, so, kita punya appointment kena delay lagi 3-4 bulan, apa pilihan yang kita ada?...."...dia terdiam dan saya tanya lagi..."Kita nak pergi ke hospital swasta dengan pakai duit kita sendiri untuk bayar bill rawatan?...Encik rasa bijak ke tak bijak cara macam tu?..sedangkan Encik boleh buat pilihan tu sekarang"...Akhirnya, beliau setuju follow apa yang saya proposed....

Kejadian di atas adalah pada tahun 2009.

Dan, sekarang nie, pada tahun 2012, April....beliau call saya, dan bagitau saya, beliau ada masalah kesihatan, ada tumor di bahagian pancaindera beliau dan beliau sebenarnya telah pun mendapatkan pemeriksaan awal di Hospital Univ Malaya. Tapi, beliau call saya sebab nak tanya, boleh tak nak buat kat hospital private. Saya tanyalah, kenapa nak buat kat hospital private, beliau jawab "Lambatlah sangatlah Ziz respond dan resultnya, ini nak buat operation pun tak tau bila boleh buat, sakit nie dah start membengkak"...then, saya pun beritahu tak de masalah, sebab Encik ada medical card. Then terus saya remind dia " Encik ingat tak dulu saya pernah beritahu Encik yang medical ini sometime kita amik bukan sebab kita tak de manfaat perubatan, tapi lebih kepada pelbagaikan pilihan"..Beliau tersangat setuju. Dan pada masa tulah saya terasa sangat NIKMAT bila boleh dapat bantu client saya. Dan yang paling best, bila apa yang kita janji, kita deliver...setelah hampir 3 tahun..

Kejadian ini bebetul buat saya semangat untuk promote dan beritahu kepada orang ramai, mengenai kenapa pentingnya kita adalah pilihan untuk buat rawatan perubatan. Dan yang paling penting pilihan tersebut keadang bukan boleh dibuat pada setiap masa. Maksud saya, pilihan tersebut (untuk amik medical card) hanya boleh dibuat semasa sihat. Kalaulah, beliau tak amik medical card pada tahun 2009 dan saya tak terangkan kepada perlu ambil, mungkin beliau tak ambil, dan pada tahun 2012, beliau tanya pada saya "Boleh ke saya nak tambah medical card sebab saya perlukan rawatan segera untuk sakit saya nie..."....apa jawapan saya rasa2nya?...anda boleh fikirkan sendiri dan anda jawab untuk diri anda.


Sekian...wassalam.

2 comments:

  1. betol2. thanx for d idea abg aziz.info2 abg aziz ni byk bleh tlg sy create awareness ble nk present kt client nnti :).sy bdk baru blaja :)

    rose - al-isra' jaya 33

    ReplyDelete
  2. Tq for the sharing bro. Semoga Allah membalas jasa baik bro.

    Agen al-Isra' Kuala Terengganu.

    ReplyDelete