19 June 2012

CERITA SAYA PART 2 (Bagaimana Saya Bermula Dalam Business Insurans)

Assalamualaikum,

Entry kali nie, lebih kepada perkongsian macam mana saya bermula dengan buat insurance nie.


Pengalaman kena tipu

Sebenarnya sebelum saya join Prudential, saya bekerja disebuah syarikat IT (saya ada citer dalam page In Person)...HeiTech Padu Berhad sebagai System Engineer. Masa tu, baru lepas grad, so, memang seronok la dapat kerja berkaitan dengan apa yang kita belajar. Cuma masa tu, yang kurang best adalah GAJI je la..so, oleh kerana masa tu, baru bekerja, so, banyak process belajar dari buat kerja, sebab baru lagi, so, memang banyak masa free. So, dengan income RM 1800 sebulan, korang sendiri dapat bayangkan macam mana kan?..dengan nak simpan utk beli kereta, rumah, nak kahwin, nak bagi parent....aduhai. Dalam pening2 kepala memikirkan solutions, terfikir nak buat kerja part time, macam kat fast food ke, kat 7-eleven ke. Tapi bila fikir pasal masa kerja yang tak menentu (sebab kekadang dah balik umah pun kena panggil balik datang office sebab backup data tak jalan)...so, kalau time kerja tetiba kena panggil, macam mana?...so, tak jadi.

So, fikir2 punya fikir, belek2 paper, ada peluang kerja part time sebagai Agent Saham Komoditi. So, saya pun join le training and lepas tu, manager tu suruh cari investor. Tapi, saya kurang confident dengan benda tu, saya test dengan duit saya dulu. Amik kouu....lost 95% dalam masa 5 bulan. So, saya frust dan saya serik untuk join benda2 macam tu lagi.

Jumpa Business Insurance dengan Prudential

So, nak jadikan cerita, Pakcik saya (Sahrom Salikin - now jadi tycoon kat Prudential...:D)...masa 2003, dia start buat Prudential. Dia dari JB, belajar insurance kat Taman Sea, PJ. So, bila weekend, dia amik bas dari JB, dan tumpang rumah sewa saya di Kg Baru, sebab senang ada Putra LRT ke Taman Bahagia. So, bila malam (tak de training)..saya lepak le dengan dia makan dan minum2. Then, dia start jual policy dengan saya. Saya amik dengan dia basic plan masa tu RM 150. Sebab paling minimum masa tu RM 150. 


Then, terpacul dari mulut saya, "Yom, sorang client kou dapat nie, berapa commission?"...dia kata "Dalam RM 30++"...Saya tanya lagi, "Kalau 10 orang?"...Dia jawab "Kali 10 la...RM 300 ++". Then, saya start mencongak, "Kalau bulan berikutnya, aku dapat lagi 10 client?...berapa dapat?.." terus dia jawab " RM 300 + RM 300 laa...increment, sebab commission dapat 6 tahun"...Saya terdiam dan terus terfikir, kalau 10 bulan?..dah lebih dari gaji saya RM 2300 sebulan (masa tu dah pindah kerja Telekom). Ehh...tak boleh tunggu lama nie, sebab peluang dah ada....so, saya rebut. Then, terus saya bagitau saya nak belajar jugak jadi agent. Dia pun ajak saya pergi ke pejabat Prudential Taman Sea.

So, masa tu bermula le pengajian saya di Prudential. Jadi agent...masa tu masih kerja kat Telekom, sebagai assistant manager. Tapi, sebab keazaman untuk memperbaiki kewangan kehidupan, tu yang tak fikir panjang tu.

So, pada tahun 2003, bulan October, saya pun contracted secara sah menjadi agent Prudential. Masa memula buat part time, closed adik beradik, kengkawan dan sedara-mara. Lepas tu, habih contact dah. Especially ada kengkawan dah start lari dari kita sebab tahu kita buat Insurance. Tapi nak buat macam mana. So, jangan ingat saya tak pernah lalui zaman susah, zaman kena kutuk, zaman kena perli dan sebagainya. Tapi, saya fikir masa tu "Lantak la, bukan kou bg aku makan pun.."..dah, kalau nak fikirkan down, mmg le down, tapi entah macam mana masa tu, saya teringat pasal spring. Bila kena tekan, lagi dan lagi, so, bila terlepas atau dilepaskan ia akan melenting tinggi sampai orang lain tak boleh nak gapai. So, saya berazam, satu hari nanti, saya akan buktikan pada diri sendiri, bahawa saya boleh berjaya.


Start jadi agent FULL TIME

Saya start full time pada 1/1/2004. Hari jadi saya. Saya tak beritahu kepada adik beradik dan mak ayah saya yang saya berhenti Telekom dan saya join full time Prudential. Cuma saya minta restu mak ayah saya, saya bagitau saya nak tukar kerja. So, doakan saya berjaya. Beliau tak kisah.

So, masa tu income dengan prudential baru ada RM 900. Saving ada le sikit...commitment bulanan dalam RM 1500 sebulan. So, lagi RM 600 saya amik dari saving saya. Nasib baik ada saving. Sebab masa saya join full time masa tu tak de AFS (agency financing scheme)...atau elaun bulanan sebagai starting untuk full time. So, pakai le duit saving. Kira modal sendiri la.

Untuk jimatkan duit, macam biasa, saya naik motor. Kereta kalau ada appointment malam, atau jauh2...kekadang jejauh pun naik motor sebab fikir pasal toll dan minyak. Masa tu saya dah bertunang, so, nak kahwin bulan 4 2004, bulan 1 berhenti kerja dan buat Insurance full time. Ramai jugak kawan2 yang kata saya cari susah. Tapi saya fikir 1 benda je...Nak kahwin adalah sunnah Rasulullah. So, saya yakin dengan rezeki orang nak kahwin. Lagi pun, masa tu, duit utk kahwin saya dah allocate dah. Tapi tak de le nak buat grand2 macam sekarang nie.....:D. Tapi, boleh le...

So, saya pun buat sales, masa tu, merata saya pergi. Pagi2 pukul 8 am dah terpacak kat office, baca doa, menyanyi lagu motivasi dan baca "space repitition"...lepas tu, buat phone call utk set appointment. Kalau takde appointment, keluar jumpa client, atau buat direct approach.

Masa saya buat 2004 dulu, booth tak banyak, tak ramai pun yang buat, sebab masa tu, masing2 banyak buat referral dan networking. Saya pulak kurang arif dan kurang network. So, dalam group saya tu, ada le yang 2-3 orang yang sama nasib macam saya. So, bila ada masalah, kita pun start berfikir macam mana nak settlekan masalah. So, start buat booth. Masa tu, buat kat Hospital UKM, Cheras...

So, bermula le pembahagian tugas. Ada yang buat surat kebenaran, ada yang design flyers, ada yang cari bunting, ada yang handle finance, ada yang handle logistic dan sebagainya. So, bila semua dah in place, baru le start misi pegi ke kawasan yang telah ditetapkan.

Masa memula buat tu, dia punya takut....sampai duduk belakang bunting. Then, ada sorang kawan saya...dia memang daring sikit, then saya tengok macam mana dia approach orang. Memang asyik kena reject. Tapi dia memang tekun dan cekal. Then saya fikir, kalau dia kena reject, ok je, so, biasa la kena reject.

So, saya pun start le bagi flyers kat orang, approach dengan pelbagai cara. So, lama2 saya jadi biasa. Then start dapat contact, start dapat client on the spot...then, start dari situ, saya rasa strength saya kat booth.

So, lama ke lamaan, bila dah lama buat, then start explore tempat2 yang lebih ramai orang macam kat shopping complext, dan outstation, makin macam ilmu dan pengajaran kita dapat. So, masa tu le terbit macam2 version flyers....dan masa jugak timbul idea saya buat sales kit utk memudahkan presentation...

Alhamdulillah, sales kit tu banyak betul membantu saya. Prospect dan client lebih mudah faham dan closing ratio lebih tinggi.

Saya ada bgtau, saya kurang arif dengan kaedah referral dan networking, tapi sebenarnya, bila kita dah semakin lama dalam industri, dan banyak buat claim, dan bagi service yang terbaik, automatik client start refer kat adik beradik, kenalan, officemate dan sebagainya. Lepas tu, ada juga client yang dah jadi kawan baik kita, dan kalau ada pelbagai activity social, dia akan ajak kita dan masa tu le kita kembangkan network kita.

Saya nak share sikit, bila saya berkawan, saya tak tunjukkan yang saya berkawan sebab saya nak jual insurance, sebaliknya, kalau orang tu nak ke tak nak beli insurance dengan saya, saya tetap berkawan. Dan saya takkan terus proposed kepada mereka. Cuma saya offer service saya, "Kalau nak tau apa2 pasal medical card, or claim insurance hospital or life, boleh contact aku.."...so itu sahaja. Lepas tu, kembali cerita macam biasa (bukan insurance)...So, Alhamdulillah, lama kelamaan, kebanyakkan kengkawan yang saya kenal (asalnya tak kenal jadi client saya)...

Alhamdullillah, tahun pertama saya dapat production yang melayakkan saya dapat incentive trips ke Switzerland. Memang best sangat. Sebab masa tu baru berkahwin dan tak pernah pergi over sea.

Star Club Switzerland 2005

SC Swiss 1 SC Swiss 2 SC Swiss 3 SC Swiss 4
Isteri tersayang...Noorazilla Nordin, now dah jadi agent full time jugak..

SC Swiss 5 

SC Swiss 6 

Bersama dengan Hj Othman dan Hj Sahrom.



Star Club Seoul, Korea 2007

DSC_0835
DSC_0723
DSC_0717 DSC_0691 DSC_0896 DSC_0892

Star Club Beijing, China 2008

DSC_0406 DSC_0397 DSC_0395 DSC_0354 DSC_0348 DSC_0337 DSC_0304

Star Club Gold Coast, Aus 2009

DSC_0834 DSC_0830 DSC_0811 DSC_0746 DSC_0713 DSC_0696 DSC_0680 DSC_0579 DSC_0509


Star Club Paris (Europe Tour - London, Paris, Swiss, Milan) 2010

DSC_0368 DSC_0384 DSC_0405 DSC_0365 DSC_0362 _DSC0880 _DSC0876 _DSC0933 _DSC0884 _DSC0883


Star Club Melbourne, Aus 2011


DSC_0976 DSC_0949 DSC_0854 DSC_0770 DSC_0713 DSC_0652 DSC_0650 DSC_0217

Star Club USA (San Francisco - Las vegas) 2012

DSC_8764 DSC_8756 DSC_8671 DSC_8666 DSC_8466 DSC_8486 DSC_8226 DSC_8219 DSC_8197 DSC_8171 DSC_8128 DSC_8111

14 comments:

  1. Blog yang penuh dgn info...
    Dgn gambar yang cantik dan menarik...
    Tahniah Aziz !
    From din md2 KT

    ReplyDelete
  2. Terima Kasih Deen. So make sure kou kena pergi ke Munich - Salzburg - Prague.

    ReplyDelete
  3. salam tuan...agak menarik pengisian dan pengalaman tuan yang tuan kongsikan dalam blog tuan ni, memang memberi satu inspirasi kepada saya...saya agent baru prudential bawah unit manager abdullah bin abu ewpg consultancy..

    ReplyDelete
  4. ikutan gabung yaaaaaaaaaaaaaaa...^^

    Hermanto Chan
    Agent Prudential
    BB:2921DCCC
    HP:081287972023
    YM:hermanto_office@yahoo.com
    FB: hermanto.candra.1@facebook.com

    ReplyDelete
  5. nak jd agent insurance part time blh ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh email kepada saya abdazizriadi@gmail.com

      Delete
  6. Pengalaman pahit itulah ertinya kejayaan...tahniah...semoga sukses selalu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. Memang betul kata2 saudara.

      Delete
    2. Mcam mana nak jdi agent insurance?

      Delete
    3. Boleh email kepada abdazizriadi@gmail.com atau whatsapp ke 019-3232121

      Delete
  7. Salam.saya tertarik mengenai ejen insurans part time.pada siapa saya bole berhubung?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh PM nombor phone ke : 019-323 2121. Saya akan reply dengan segera.

      Delete
  8. Boleh layari www.aarassociates.com untuk info lanjut.

    ReplyDelete
  9. Allahuakbar Pakcu baru nak bermula dalam bidang in. Ya Allah sukur ada sahabat yg sudi berkongsi di blog. thks yer

    ReplyDelete