27 August 2012

Orang Malaysia ramai yang "GEMUK"....

Salam Aidilfitri.

Saya ada terbaca artikel di Harian Metro Semalam (Ahad 26/08/2012). Ada banyak cerita pasal orang2 Malaysia nie yang terlebih makan sampai jadi overweight dan obesiti di Harian Metro.


IMG-20120826-00842

Macam mana nak tahu kita ni tergolong orang2 yang gemuk atau terlebih berat nie?...just check BMI (Body Mass Index)...boleh check online kat sini

http://www.nhlbisupport.com/bmi/bmi-m.htm

Masukkan tinggi dan berat anda, lepas tu, boleh tengok skala yang diberikan, sama ada anda under weight, normal, overweight atau obes.

And kalau kita baca artikel tu, beberapa isi penting yang mungkin saya boleh kongsikan dan saya faham adalah :

1- Gaya pemakanan kita
2- Gaya hidup kita

Makanan orang Malaysia, terutama Melayu, memang best dan pelbagai pilihan, tapi, itulah sebenarnya punca utama. Selain dari kita selalu makan kat luar, yang kita tak tahu macam mana kandungan bahan perasa atau sebagainya yang penjual makanan tu letakkan dalam makanan kita. Sebab, pada diorang, asal makanan sedap ..."berasa" orang kata....dan pelanggan ramai, pada diorang ok. Sebab diorang tengok keuntungan. Tak salah mereka jugak. Tapi, kita sendiri la, kena beringat dengan gaya pemakanan kita.

Yang ke-2 pulak, gaya hidup kita, yang selalu makan tengah2 malam. Teh tarik sambil tengok bola tengah2 malam atau awal pagi, lepas tu, tidur. Then, senaman kurang. Jadi, ini semua punca2 jadi gemuk dan menambahkan risiko penyakit.

Ok, itu sebagai mukadimah je...apa yang saya nak highlight adalah benda nie..

IMG-20120826-00839

Malaysia menduduki tangga pertama di kalangan negara Asean yang mengalami masalah Obesiti. So, maksudnya ramai yang mengalami obesiti, tapi, sebab dah ramai yang macam, kekadang kita rasa benda tu, normal, sebab " Alaa.....bukan aku sorang yang gemuk, ramai lagi yang lebih gemuk dari aku"..so, statement macam ni, menyebabkan kita rasa comfort dan tak de motivasi untuk kita kawal berat badan kita.

Dan masalah kegemukkan ini juga boleh mengundang kepada risiko penyakit KENCING MANIS yang mana, boleh membawa kepada pelbagai masalah kesihatan lain seperti kegagalan buah pinggang, mata menjadi kabur dan buta, sakit jantung, komplikasi (luka yang sukar untuk sembuh) menyebabkan jangkitan kuman kepada organ2 dalaman dan sebagainya....Boleh tengok sendiri data dari keratan akhbar ini. Jumlah pesakit diabetic meningkat kepada 16.8 juta. Penduduk Malaysia berapa orang?..28 juta...16.8 berisiko dengan penyakit diabetis...

IMG-20120826-00840

IMG-20120826-00841
Harian Metro Ahad 26/08/2012


Jadi, apa kaitan artikel ini dengan blog www.azizriadi.com?

Sebab, blog ini banyak cerita pasal insurance dan takaful....

Ok, meh sini saya nak citer. Mungkin ramai yang dah tau, tapi saya yakin masih ramai jugak yang tak tau dan tak nak amik tahu.

Apa impact atau kesan kalau orang yang obesiti ini kalau diorang nak apply Insurance atau takaful especially medical card?

Rules of Thumbs...

"Nak apply insurance / takaful (sihat sebelum sakit)." Alhamdulillah, ramai yang jugak yang dah aware pasal benda nie. So, saya nak ajak anda berfikir pasal risiko. Walau pun kita tak tau, sebab sakit atau sihat pada masa akan datang hanya Allah yang tahu dan tentukan (tidak kira sama ada orang tu gemuk atau normal atau kurus). Kita hamba-Nya yang lemah, tak tau apa2 pun yang berlaku pada masa akan datang walau pun sesaat kehadapan.

Cuma dalam context takaful ini, ia nya berkaitan dengan risiko. Dan ramai yang setuju saya rasa, dan menurut kajian dan statistik, kalau GEMUK - RISIKO mendapat penyakit akan bertambah. Jadi, kalau risiko bertambah, apa kaitannya dengan takaful?...especially medical card.

Ok, saya nak anda befikir, seolah2 anda yang empunya company takaful tu. Maksudnya, anda sebagai share holder terbesar dalam syarikat takaful tu, dan anda sekarang nie buat BUSINESS dan bukan WELFARE. And ada prospect customer yang ingin mendapatkan plan perubatan dari company anda, dan beliau mempunyai risiko tinggi untuk dapat penyakit, atau yang dah ada penyakit yang secara rekodnya akan claim bill perubatan berpuluh ribu pada masa akan datang sebab penyakit beliau masih belum sembuh.

Ok, sebagai share holder?..anda fikir dan anda jawab sendiri, rasa2 anda nak amik prospect tersebut sebagai client anda?...Anda tahu jawapannya bukan?

Ok, sekarang nie, kalau kita tukar pulak, kita sebagai prospect, kalau kita dah ada masalah kesihatan atau masalah berat badan, anda rasa2, mudah ke nak apply plan takaful especially medical card? Anda fikir sendiri.

Apa kemungkinan atau procedure biasa bila kita nak apply plan takaful dan kita ni tergolong dari orang2 yang obesiti ini? Berdasarkan pengalaman saya...

Kena medical check up, walau pun umur dan coverage untuk orang2 yang standard tak memerlukan medical check up untuk apply takaful. So, kalau dah kena medical check up, bukan hanya berat badan sahaja yang diperiksa, so, masa tu la mungkin kita jumpa macam2 penyakit. So, dalam context insurance / takaful, kalau kita tak tau masa kita nak apply yang kita ada sakit, tak payah nak declare, sebab setakat yang kita tahu kita sihat. Tapi, once dah tahu, kita kena declare dan ada akibat lain yang mungkin timbul. Walau pun lepas kita buat medical check up, kita didapati sihat, tapi sebab gemuk punya pasal, kemungkinan ini tetap ada.

1- Diterima, tapi kena loading. (Maksudnya bayar lebih)....kalau orang normal dengan pakej A, kena bayar RM 150. Tapi, sebab overweight punya pasal, dengan pakej yang sama, orang yang overweight tadi kena bayar lebih, mungkin RM 200, 250, 300...bergantung kepada % kena loading. Ini semua bergantung kepada laporan doktor yang kita buat medical check up tadi.

2- Diterima tapi ada exclusion. Maksudnya, mungkin ada beberapa manfaat yang tidak boleh diambil atau company tak boleh nak offer, walau pun client boleh bayar lebih....

3- Declined (tidak diterima langsung)....

4- Postponed ( yang ini client kena tunggu tempoh masa akan datang dan kena turunkan berat badan kepada normal, baru boleh apply semula).

Jadi, nasihat saya, kepada pembaca2 blog saya sekalian, ambillah plan perubatan atau medical card di masa anda sihat, berat badan normal dan tiada sebarang risiko penyakit dengan segera. Kerana Insyallah ianya akan menguntungkan anda berbanding kalau dah sakit atau dah overweight baru nak amik. Bukan makna apabila kita ada medical card, kita akan senang pada masa akan datang, tapi ini sebagai ikhtiar kita, kalau Allah nak uji kita dengan penyakit, kita bersedia dengan tabung perubatan yang kita tak perlu nak simpan dengan amount yang banyak. Sebab kita simpan mungkin RM 200 sebulan (termasuk beberapa manfaat lain), kita boleh ada tabung perubatan sehingga RM 1,500,000. Kalau tidak berlaku apa2..Alhamdulillah, kalau berlaku apa2, kita dah sediakan awal tabung perubatan tersebut. Tapi, ini bukan jaminan kita akan senang, sebab senang susah kita pada masa hadapan bukan kita tentukan, itu hak milik MUTLAK Allah S.W.T. Kita hanya merancang sahaja sebagai ikhtiar.

Untuk mendapat khidmat nasihat percuma mengenai medical card, boleh hubungi saya melalui email : abdriadi@prupartner.com.my atau FB saya www.facebook.com/azizriadi atau sms : 019-323 2121.

Sekian.

Kembali ke Senarai Artikel

Banner Fb Page Version 2.1

1 comment: