12 February 2015

Anda Buat Business? Orang ramai kena tahu yang kita ni buat business.

Assalamualaikum dan selamat pagi. 

Sebut pasal business, ramai yang berminat nak buat, sebab bila dilihat dengan hasil yang diperolehi. Tapi, berapa ramai yang sanggup lalui zaman permulaan buat business?...

Ada yang terus2 nak buat besar2an. Sebab mereka tengok business orang lain dah besar. Ada yang nak buat kecil2an...tapi tak consistent, lepas tu, tukar business lain, dan ulang2 macam tu....sampai le beberapa tahun, business tak berkembang2....

Pengalaman saya develop business....


1. Mulakan dengan kecil (modal kecil, coverage kecil, scale kecil dan segala2 kecil)...

2. Tetap dengan business yang kita buat dan sentiasa kembangkan sedikit demi sedikit sampai ia stabil seterusnya berkembang. 

3. Make sure semua orang tahu yang kita buat business dan apa yang kita boleh bantu orang. Business kita berkembang dan terus berkembang disebabkan kita membantu menyelesaikan masalah orang (ini pada saya)...dan selagi kita ada solution untuk menyelesaikan masalah orang lain, selagi itu business kita tetap akan berkembang...in sha Allah....

Kenapa kita perlu bagi orang tahu yang kita buat business?...Ini namanya MARKETING....kita kena pasarkan business kita, bagi orang 


  • NAMPAK
  • TAHU
  • TANYA
  • FAHAM
  • RASA
  • EXPERIENCED
  • ULANG EXPERIENCED
  • REFER kepada ORANG LAIN


So, process di atas kena ulang-ulang-ulang-ulang sampai le business kita berkembang.....kalau orang tak tahu kita ada PENYELESAIAN kepada PERMASALAHAN diorang, macam mana diorang nak dapatkan khidmat kita?...kalau diorang tak dapatkan khidmat kita, macam mana business kita nak berkembang...orang lain tetap akan mendapatkan khidmat yang kita tawarkan, tapi kalau mereka tahu, ada orang lain yang tawarkan, mereka akan pergi ke orang tersebut. So, apa jadi dengan business kita?....macam tu le pentingnya orang tahu kita buat business....

Syarikat Gergasi yang dah lama established pun tetap nak bagi orang ramai nampak kewujudan dia, apa solution yang mereka boleh tawarkan untuk settlekan problem orang lain....dari situ akan ada demand, dan dari demand akan ada market...dari market akan adanya business..dan dari business akan adanya PROFIT...dari PROFIT akan adanya pertumbuhan (perkembangan dalam business)...


1-DSC00789

Gambar hiasan : Pengalaman pertama saya join booth oleh Prudential tahun 2003. 12 tahun yang lepas. Apa tujuannya?....saya dah terangkan kat atas.



Process nak bagi orang kenal kita, ada yang memerlukan kos, dan ada banyak jugak cara yang tak perlukan kos. So, kena cari ilmu untuk itu. Cukup rasanya saya share, kenapa kita kena tunjukkan business kita kepada orang ramai.....kalau anda faham perkara ini, anda boleh buat macam2 cara...asalkan objective nak bg orang tahu business kita tercapai. Kalau nak tahu lebih lanjut specific business takaful, anda boleh join program saya (AAR Agency Development Program - "AAR AdPRO")...saya akan transfer semua ilmu yang ada kepada anda. Kepakaran saya adalah dalam bidang pembangunan agency takaful / insurance...so, kalau untuk yang lain2...hanya boleh kongsikan secara umum sahaja.

Ada ramai yang bila buat business...sebab business kecil2an...mereka segan atau tak yakin dengan business mereka. Bila ditanya..."Kou buat business apa?..." di jawab " Alaaa....kecik2 je....nak buat tambah2 duit"....itu pada saya antara kesilapan yang sangat besar. Bila dah orang tanya tu, terus cerita kepakaran kita, walau pun kita baru je start berniaga....bukan mereka tahu kita pakar ke tak pakar. Orang lain takkan tahu kita pakar, kalau kita tak beritahu mereka yang kita pakar.....itu sahaja. So, bangga dengan business anda...kalau kita tak bangga dengan business kita, siapa yang nak berbangga dengan business kita?....kita kena bangga dengan business kita, kita berikan yang terbaik kepada client kita, sampailah client akan bangga dengan hasil kerja kita....then, masa tu, anda lihat, bagaimana mana business boleh berkembang sampai mungkin anda kena ambil pekerja dan sebagainya....

Sedikit perkongsian pengalaman join booth di Mid Valley (2003)...masa tu first time, dengan tak pernah tahu macam mana nak approach orang, and cara belajar masa tu hanya dengan personal observation dan trial and error....semenjak dari situ lah saya teruskan activity tersebut dan saya boleh bagitau anda saya sangat pakar dalam buat booth untuk promosikan takaful / Insurance....setelah 12 tahun...macam2 improvement telah saya pelajari dan saya praktikan...dengan MIND SET nya, SKILL SET nya, TOOLS SET nya, PLATFORM nya, MANAGEMENT nya dan pelbagai lagi....Alhamdulillah, saya bersyukur pada Allah, perkara kecil saya buat dari dulu, secara consistent....sekarang nie banyak hasil yang saya perolehi untuk support business saya. Happy Selling, Happy Marketing...

Sekian...

Selamat Berniaga, saya doakan anda kaya dan berjaya.

Amin

Aziz Riadi
019-323 2121

No comments:

Post a Comment