26 February 2015

Pendakian Hidup Berniaga : [ JANGAN TEPATI MASA? ]

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Semoga kita sentiasa berada dalam rahmat dan keredhaan serta keampunan Allah SWT.

Kali nie saya nak share sikit apa yang saya belajar dalam Program Train The Trainer (Dr Azizan Osman) mengenai masa. Sangat memberi kesan kepada saya. Dan in sha Allah, saya akan amalkan dan kalau anda ingin kongsikan kepada orang lain untuk manfaat mereka, silakan. Tidak perlu minta kebenaran dari saya. 

Jangan Tepati Masa.001

Seperti yang tertulis dalam gambar hiasan di atas....Masa yang Tepat itu hanya ada 1 SAAT. Sama ada kita awal atau kita lewat. Dan kalau difikirkan, apa lah yang kita boleh buat dalam masa 1 saat. Sebab tu, kalau kita tepat pada masa, kemungkinan untuk kita lewat memang tinggi sebab masa yang tepat hanya ada 1 saat sahaja....

Jadi, apa yang kita harus buat?...cadangan saya dan apa yang saya usaha practice dan nak jadikan habit adalah....T-15. Maksudnya, saya akan usaha untuk sampai 15 minit lebih awal (paling minimum)....dari masa yang ditetapkan. Persoalannya.....boleh consistent ke?...Boleh istiqomah ke?....saya cakap terus terang, kekadang ada masa jugak tak boleh nak meet. Tapi sekurang2nya kita usaha (saya usaha)...untuk ke arah itu. Kalau sebelum nie, mmg kita langsung tak jaga masa, kita mulakan dengan pembentukan mind set. In sha Allah, lama2 akan menjadi habit.

Apa yang saya belajar, adalah, kalau kita tak ambil berat mengenai perkara ini, saya khuatir, mungkin kita akan kehilangan sesuatu yang berharga dalam business kita disebabkan kita lengah dalam melakukan sesuatu atau hadir dalam majlis tertentu yang mungkin sangat penting. 

Dalam Islam pula, kita sebenarnya telah pun dilatih untuk awal dalam setiap solat. Dimulakan dengan laungan Azan dan....kemudian solat. Antara Azan dan solat, biasanya ada sela masa dalam 10 minit. Dan jadikan ia sebagai satu platform untuk kita improve pengurusan activity kita supaya masa kita tidak terbuang begitu sahaja. Entry berikutnya...saya nak share pulak pasal pengurusan aktiviti dan pengurusan masa, apa bezanya dari pendapat saya dan apa yang kita boleh buat untuk improve diri kita, business kita dan sebagainya...

Sekian..

Aziz Riadi
ShRFP
Senior Agency Manager
Muqmeen Group
www.azizriadi.com.my

No comments:

Post a Comment