03 May 2015

SYARAT TAMBAHAN HOSPITAL ALLIANCE SERVICES PRUBSN TAKAFUL

Assalamualaikum....

Apa khabar semua pembaca budiman. Semoga sentiasa berada dalam rahmat Allah SWT. Sehari dua nie kecoh di media sosial berkenaan ada salah sorang pemegang sijil PruBSN Takaful menulis di timeline beliau berkenaan perasaan tidak puas hati dengan syarat baru PruBSN atas perkhidmatan kemasukan terus ke hospital panel. Terdapat pelbagai respond dan respond yang saya terima dari pihak PruBSN, ianya telah pun diselesaikan dan tuan pemegang sijil pun dah reply balik di timeline FB beliau. Alhamdulillah....

Tapi, since benda tu dah meletopp kat FB dan Whatsapp...ramai le client2 dan prospect2 yang bertanya....tak terkecuali client saya dan prospect saya juga. Saya telah pun reply dalam whatsapp...tapi, sebab masih ada ramai lagi yang tanya, takkan nak reply setiap seorang. Jadi, ada bagusnya saya tulis dalam blog, so, saya minta diorang baca kat sini.

Baiklah....saya akan terangkan mengikut pengetahuan, pengalaman dan apa yang saya faham. DISCLAIMER : Saya menulis bukan bagi pihak syarikat PruBSN Takaful dan saya bukan nak backup atau nak menuduh siapa salah siapa betul. Tujuan saya buat artikel ini untuk pencerahan dan yang paling penting adalah nak bagi seramai mungkin orang untuk faham dengan ilmu. Bukan perasaan....jadi, kena lapangkan dada. Dan mungkin anda tidak setuju dengan apa yang saya tulis ini. Dan itu bukan satu kesalahan. Anda berhak untuk tidak setuju. Dan kalau anda rasa artikel ini memberi manfaat kepada orang lain, sebarkanlah.....

APA ISU UTAMANYA?...

ISU UTAMANYA adalah....perihal pihak PruBSN Takaful mengeluarkan syarat baru yang mana ada 8 jenis penyakit ringan (minor illness), hanya boleh menggunakan services HAS untuk kali pertama dan kedua (1 dan 2) dalam 12 bulan bermula dari kemasukkan kes pertama. Untuk kali ke-3 dan ke atas....client boleh claim...bukan tak boleh claim, sebab ramai yang sangka dan faham tak boleh claim...boleh claim TAPI kena bayar dulu, then claim kemudian. (pay first and claim)....maksudnya Surat Jaminan (Guarantee Letter) tidak akan dikeluarkan oleh pihak PruBSN untuk case ke-3 dan ke atas untuk kumpulan sakit yang sama. Bukan hanya sakit yang sama...tapi kumpulan dari 8 tu. Maksudnya salah satu dari situ pun akan terguna pakai. Rujuk Infogram di bawah.

(Anda boleh download infogram di bawah untuk penerangan mengenai perkara ini). Dan semua senarai penyakit tersebut juga saya letakkan dalam infogram di bawah.


Slide3

Apa itu HAS?...Hospital Alliance Services...(sila baca infogram di atas).

KENAPA TETIBA PRUBSN BUAT SYARAT BARU?...Saya akan terangkan apa yang saya faham hasil dari roadshow dan sessi komunikasi dengan pihak company.

Tapi sebelum tu, saya nak bagi anda (pembaca budiman) sekalian semua faham konsep asas takaful dulu.

Sila lihat Infogram di bawah. Anda boleh download untuk mendapatkan view yang lebih jelas. Sebab mungkin tulisan terlalu kecil.

Slide1

Infogram di atas. saya ingin mengajak anda semua memahami konsep asas takaful....berbanding insurance konvensional. Apa bezanya dari segi pelaksanaan. Saya bukan nak cerita pasal halal atau haram...sebab isu itu dah lama dikupas oleh orang lain sebelum ni. Saya nak anda faham secara konsep asas yang mudah perbezaan antara insurance dan takaful.

Ada beberapa point (anda boleh baca pada infogram)..tapi apa yang saya ingin hightlight adalah point berkenaan RISIKO....untuk Sistem Takaful : RISIKO DITANGGUNG BERSAMA-SAMA ANTARA PENCARUM / PESERTA. KONSEP TOLONG MENOLONG ANTARA SATU SAMA LAIN

Berbanding dengan insurance konvensional yang mana duit caruman akan menjadi duit company, dan company akan buat ikut apa yang dia nak buat dengan follow contract insurance yang telah ditandatangani....Minta maaf, maybe agak teknikal sikit...tapi saya dah bagai ayat yang paling senang untuk anda faham...kalau tak faham...maybe kena baca ulang2 lagi..:D.


Berbalik kepada Takaful tadi, bahasa lebih mudah, saya umpamakan macam tabung khairat kematian di masjid2 di kampung....setiap ahli kariah masjid menyumbang setiap bulan atau setiap tahun, kemudian, kalau ada sesiapa dikalangan ahli kariah yang meninggal dunia, ada sebahagian duit tu digunakan untuk urusan jenazah dan pengebumian. Maksudnya, setiap yang mencarum tu dah tahu dan faham dan redha duit tu memang didermakan untuk digunakan oleh orang lain yang meninggal dunia (dalam senarai pencarum). Agak2 boleh tak kalau jenazah dari kampung sebelah (bukan kariah situ) nak pakai duit tu untuk urusan pengebumian?...anda tak perlu jawab pada saya. Anda hanya perlu jawab pada diri anda...:D.

So, ini lah konsep asas takaful. Tapi dalam konteks khairat kematian, amat mudah...sebab mati takde nak kawtim2 dah....kalau konteks takaful ia lebih besar...sebab kalau dilihat dari segi plan takafulink PruBSN yang mana ada 5 major komponen dan pelbagai rider yang boleh diattached dalam sijil asas...sudah tentu konteksnya lebih besar...dan pelbagai loop hole (kelemahan) yang akan ada dan boleh dimanipulate.


5 in 1 Plan Infogram

Baik...anda dah faham konsep takaful tadi?..Setiap peserta (pencarum)...simpan duit dalam tabung (nama dia tabung Dana Tabarru' @ Tabarru' fund)...sama macam konsep derma dan anda wakilkan pengendali takaful (dalam hal ini PruBSN Takaful) untuk mengendalikan dana tersebut...Dana Tabarru' ini lah yang akan digunakan untuk membayar semua jenis tuntutan...termasuklah tuntutan berkaitan hospital yang mana melibatkan isu yang menjadi viral nie. Kalau anda kurang jelas statement nie, rujuk semula infogram perbandingan insurans konvensional dan takaful di atas.


Baik....Now...saya nak terangkan, kenapa ada syarat baru pulak nak masuk hospital untuk 8 jenis penyakit minor nie?..

Saya nak bertanya kepada pembaca yang mungkin dah lama menjadi pemegang sijil takaful PruBSN, atau agent2 takaful Prudential or PruBSN Takaful...atau yang mungkin dah jadi X-Prudential (now join company lain)....sebelum syarat ini dibuat....kembali pada tahun 2006 sampai 2013...selalu ke dengar claim declined?..selalu ke dengar claim tak dapat?...and macam mana PruBSN Takaful bayar semua claim (yang genuine tanpa banyak soal)....Tapi, kenapa perkara ini berlaku sekarang..... Saya tak nafikan jugak pihak syarikat tidak memberi notis awal kepada semua peserta sebelum ia dilaksanakan dan hanya memberi notis tergempar kepada pihak agency (agent dan manager)...saya rasa itu tak patut berlaku. Sepatutnya semua update yang melibatkan process flow yang boleh memberi kesan kepada peserta perlu diberitahu secara bertulis atau sms (kalau susah sangat nak tulis surat). Tapi yang ni dah terlepas, kalau saya nak comment panjang2 pun tak guna. Benda dah jadi dah pun.

Jadi..seterusnya

Saya terangkan kepada anda berdasarkan apa yang saya tahu dan apa yang saya faham. Anda mungkin tidak bersetuju dengan saya, saya tidak ada masalah....sebab tugas saya menerangkan kepada orang ramai.

Sebagai mukadimah...

PruBSN Takaful sebagai pengendali takaful...syarikat yang menguruskan dana tabarru'...untuk tujuan claim2 peserta2 yang ditimpa musibah. Dan pada satu ketika, kalau claim sudah sampai pada paras berjaga2...khususnya claim medical (perubatan)....takkan le pengendali takaful tidak berbuat apa2. Apa agaknya akan terjadi kepada dana tabarru' kalau pengendali takaful nie buat tak tahu je...?...Ada yang akan bertanya...kenapa dulu ok sekarang susah?..kenapa dulu senang, sekarang cerewet?...

Antaranya adalah...

Claim experienced untuk portfolio hospital and surgical (Medical card, elaun hospital, elaun bedah dan yang berkaitan)...maksudnya mudah, jumlah claim lebih dari 100%...maksudnya, caruman peserta RM 100, bayar claim RM 120....dan ini menyebabkan dana tabarru' cepat berkurang daripada jangkaan. Ada banyak faktor benda nie berlaku, antaranya adalah kos inflasi yang melibatkan medical (antara 15%-20%) setiap tahun...sebab apa?..sebab teknologi perubatan yang canggih sekarang, memerlukan kos yang tinggi. 

Contoh, dulu appendix, bedah RM 5,000 je, 12 tahun lepas (open wound)...tapi sekarang, 2015 RM 17,000...tapi cepat sembuh sebab operate pakai 3 tiub je (siap dengan camera)....luka kecil dan lekas sembuh. Dan bab nie, memang susah sangat nak control. Yang saya ingin highlight adalah....case "CLAIM BEHAVIOR"....tabiat client yang buat claim.

Untuk pengetahuan semua...sekarang nie pihak PruBSN sudah tidak menawarkan manfaat hospital (hospital benefit atau elaun bermalam dihospital)...bermula pada 9 Feb 2015 (kecuali untuk medical card Health Enrich Advance dan Premier)...sebab apa?..sebab claim experienced client yang ada elaun ini sangat tinggi. Terutamanya kanak2. Then...maybe ada yang cakap..."Kanak2 memang le mudah kena sakit...sebab tu ambil medical card"..saya faham...itu antara objective utama. Tapi, mungkin anda yang genuine memang tidak masalah...tapi anda tahu tak benda2 yang agent dan client atau ada pihak lain buat dengan claim macam nie.

Ada segelintir agent yang menggunakan kelebihan buat claim dan bukti claim sebagai selling point untuk promote takaful kepada prospect mereka. Itu pada saya tidak pelik..sebab maybe ramai yang buat sebelum nie, sebab menunjukan bukti yang takaful tak menipu...tapi, ada yang mengambil kesempatan dalam hal ini. 

Sebagai contoh (yang saya pernah jumpa), agent beri idea kepada client untuk ambil policy takaful untuk anak dalam RM 115 sebulan dengan cara ambil manfaat hospital ini maksimum iaitu RM 400 sehari kalau warded. Tak cukup dengan takaful, proposed satu lagi plan dari Prudential Assurance RM 50 sebulan (ambil manfaat hospital sahaja max RM 400 sehari jugak)..sebab medical card dah ambil dengan PruBSN. So, sehari elaun hospital RM 800 kalau warded. Bila jumpa prospect, memang prospect nak yang takaful sebab dah biasa dengar Insurance haram....tapi, agent proposed 2 policy (sebab elaun RM 800 sehari punya pasal)..terima le jugak...walau pun satu policy takaful satu policy conventional. 

Ok, sekarang nie, sebab prospect terlihat agent promote sehari masuk wad RM 800 dan masa tu, tak de satu company pun (takaful atau conventional)...yang boleh bg benefit macam tu...so, memang ramai la orang sign up. Then, bila start sorang client claim...dapat sehari RM 800, kalau sekali warded 4 hari..dan RM 3200....setahun warded 2-3 kali (memula demam virus, lepas tu acute bronchilitis, lepas tu acute tonsilitis)...then kat situ je elaun dah berapa?...RM 9,600. Setahun baru bayar RM 1,980. So, boleh dapat profit pulak RM 7,620. 

Then agent pun bila dapat check, dok lobby kat social media....then, ramai la yang PM inbox mereka...dan apabila client baru masuk, mereka pun akan expect benda yang sama juga mereka boleh dapat...dan seterusnya perkara ini menjadi trend. Dan pihak hospital pun tahu, client datang hospital bawa anak demam, dan pakai medical card...nak pakai medical card, kena warded...so, Doktor pun warded kan (untuk genuine case terkecuali dari benda ini)...sekali, lepas....then....lepas 4-5 bulan macam demam2 panas terus specialist dan warded lagi...dan berterusan2 lah case macam nie....Untuk yang genuine, memang no doubt, mereka patut terima rawatan (sebab sure ada yang akan comment .....habih kalau memang sakit macam mana?..siapa yang nak anak kita sakit?)...and saya nak tanya jugak...kalau tak genuine pun, takkan le kita nak cakap tak genuine....sebab kita yang tahu hati kita, (dan jangan lupa Allah juga tahu hati kita. Saya tak menuduh siapa...tapi saya cerita berdasarkan info yang saya tahu). 

Jadi, dengan cara claim sambil mengambil kesempatan disebabkan system yang ada kelemahan menyebabkan claim melonjak. Sedangkan tujuan asal manfaat hospital tu sangat bagus, tapi disalahgunakan...memang menjadi masalah pada benda lain pulak.

Macam mana boleh melonjak?...client nak claim elaun, tapi kena warded...so, claim hospital pun PruBSN kena bayar....so, kalau setahun 3-4 kali?...anda mungkin tak pernah dengar...tapi saya pernah jumpa case setahun sampai lebih 6 kali warded (keluar masuk hospital)..elaun sehari RM 400 dan PruBSN bayar claim....dulu la. Ini sebagai contoh senario...untuk anda faham keadaan. 

Perkara ini berlanjutan beberapa tahun (saya tak cerita ada kes yang lagi pelik, masuk hospital pakai medical card abang (sedangkan adik yang sakit...adik takde medical card))...ada yang boleh kawtim dengan hospital utk stay lama dan sebagainya....macam2 perkara lagi. Dan ini antara sebab dana tabarru' menjadi semakin susut terlalu cepat....apabila ada segelintir agent atau client yang tak faham konsep takaful ini. Mereka ingat duit claim tu adalah duit company, company banyak duit....ya betul, company banyak duit, tapi company pun banyak peserta yang perlu ditanggung kalau berlaku musibah. Dan yang cakap "Aku bayar apa tetiap bulan....)...betul...semua betul...kita bayar setiap bulan...kita bayar berapa?..and kita claim berapa?...kalau genuine mmg tak de masalah...kalau ada terdetik ianya hanya utk cover kita punya caruman bulanan utk tahun itu...duit siapa sebenarnya yang kita guna. Di dunia, mungkin kita boleh buat ianya nampak SAH. Tapi di mahkamah Allah nanti, tatkala mulut terkunci, agak2 kita boleh kawtim lagi tak?....(nasihat untuk diri saya sendiri)...

Kita bayar duit tetiap bulan, kita berhak claim.....ya betul...kita bayar RM 200 sebulan, setahun RM 2,400 dan sekali kita claim (Hospital bill RM 5,000)...dan elaun hospital RM 4,000 (5 hari warded) dengan elaun sehari RM 800....setahun 2-3 kali claim....bayar RM 2,400 (claim total RM 9,000)...then setiap tahun ada claim....kita bayar RM 2,400 (siap ada nilai tunai lagi)...yang balance tu duit siapa?....duit para pencarum yang lain....Jadi...saya nak tanya kepada pencarum yang lain, yang memang faham pasal konsep takaful, yang memang tak abused claim, yang mungkin kalau sakit sikit2 tu hanya pergi klinik biasa sahaja dan Doktor caj RM 50, beri ubat antibiotik dan lepas 3-4 hari Alhamdulillah...dengan izin Allah sembuh. Adakah anda suka kalau company takaful tak buat apa2 pada system yang sedia ada...dan terus-terusan bayar claim dengan mudah?...yang mungkin boleh mendedahkan orang salah guna dana tersebut?...kalau anda suka....saya tak boleh nak kata apa laa...:D. Kalau saya, sebab saya pun pencarum dalam PruBSN...saya tak suka PruBSN letakkan syarat tambahan, tapi bila faham keadaan...ianya lebih baik untuk jangka panjang.

Dah ditekankan sekali lagi, bukan company tak bagi claim langsung....company bagi 2 kali dalam masa 12 bulan, dan kalau perlu jugak warded, kena bayar dulu claim kemudian. Sebab manusia, bila ada peluang untuk abused dan diberi pulak kemudahan (warded just bayar RM 300 deposit)..lepas tu discaj dapat RM 3,000 - RM 4,000....berbanding kalau nak warded kena upfront RM 4,000 - RM 5,000....sekurang2nya orang yang nak abused pun akan fikir 2-3 kali, kecuali bebetul urgent utk warded. Adakah benda nie boleh bantu kurangkan claim dan bantu kurangkan dana tabarru' dari susut terlalu cepat?...saya pernah tanya perkara ini, dan saya dah boleh agak jawapannya.....dan betul agakkan saya....tak tentu lagi. Ini sebagai salah satu dari cara untuk kawal supaya tidak lagi teruk. Dan clause ini sebenarnya ada dalam policy (company boleh pinda mana2 clause jika perlu)...dan saya yakin bukan hanya policy PruBSN sahaja....And now banyak agent2 company lain yang menjadikan issue ini lebih hangat dengan memburuk2kan syarikat PruBSN. Tapi saya tak pelik...12 tahun dalam bidang nie, memang masalah ini takkan berakhir...jadi apa saya buat?...Kalau mereka nak burukkan company yang saya wakili....terpulang kepada mereka. Kami tetap buat kerja kami memberi maklumat yang lengkap jelas dan telus kepada orang ramai.

Selain itu, kalau sesiapa (khususnya agent)...baca Takaful Operational Framework yang terbaru (kalau tak silap saya tahun 2013)..boleh search di website bank negara, dalam document tersebut juga ada menekankan, pengendali takaful kena ada mekanisme untuk uruskan claim. So, apa yang buat ini merupakan salah satu dari mekanisme yang cuba dibuat. Cuma mungkin cara ia dilaksanakan boleh diperbaiki, iaitu berkomunikasi kepada client lebih awal sebelum ia dilaksanakan. Selain itu, pihak company jugak perlu lebih efisyen dalam menguruskan dana. Jangan nanti, agent dan client dah bantu support apa yang company takaful buat, tapi company takaful pulak membazir sumber dan menjalankan urusan berterabur, akhirnya tak tercapai objective....menyebabkan agent dan client menjadi mangsa. Dan yang paling teruk bila client memerlukan perlindungan kewangan, pihak company tidak boleh deliver seperti yang dijanjikan...itu lebih tragis.

Sila rujuk Takaful Operational Framework berkenaan dengan statement "Claim Management" di bawah.   



Slide2

Akhir sekali, saya tulis artikel ini untuk memberi sedikit input kepada pembaca agar mereka lebih faham dengan takaful ini. Saya tahu, tak semua setuju dengan saya. Result tidak penting, usaha untuk mendapatkan result itu lebih penting. Usaha untuk menyampaikan maklumat itu penting, sebab pemahaman adalah milik Allah. Allah yang akan beri kita faham dengan apa yang kita pelajari dan alami.


Kepada agent2 company lain, atau yang dulu anda adalah wakil dari Prudential dan PruBSN...sekarang sudah berhijrah kepada company lain, kami tahu anda hebat. Jadi, tak perlulah memburuk2kan company atau plan orang lain. Setiap syarikat ada kelebihan dan kekurangan masing2. Dan yang pasti, dulu PruBSN tidak mengalami masalah ini pun, tapi, bila client bertambah ramai, semakin besar market share, semakin besar portfolio, semakin besarlah jugak cabarannya. Mungkin syarikat anda pun akan mengalami kes yang sama pada masa kan datang, tidak siapa boleh tahu apa yang berlaku akan datang. Kalau ingin berkongsi pengalaman untuk mencari jalan penyelesaian, saya amat alu-alukan.

Untuk agent2 PruBSN Takaful pulak, kita kena sampaikan maklumat dengan jelas kepada semua prospect dan pelanggan kita. Walau pun ada risiko client atau prospect tak suka dengan term baru ni, tapi, kalau kita dah habis terangkan sejujur2nya dari hati kita...In sha Allah....kalau ada rezeki, ia takkan kemana. Kita bukan berlawan dengan syarikat insurance atau takaful yang lain, kita bukan berlawan dengan policy atau manfaat dari company lain....kita bukan berlawan dengan agency lain...tapi kita berlawan dengan diri kita sendiri. Berlawan dengan sikap kita....berlawan dengan akal kita yang selalu mencari jalan mudah untuk capai apa yang kita nak, sampai terkadang lupa tentang tanggungjawab kita.

Rakyat Malaysia ada 30 juta orang....dan masih ramai yang belum faham kepentingan takaful ni. Jadi, jangan sekali2 anggap agent dari company lain sebagai musuh kita (kalau mereka nak anggap macam tu, biarkan)....kita kena anggap mereka sahabat seperjuangan kita. Kita doakan mereka berjaya....kalau boleh lebih berjaya dari kita, lebih beriman dan sentiasa mendapat keberkatan dari Allah....tidak perlu takut takde orang nak ambil dengan kita plan takaful, tapi takutlah kalau kita tak bersyukur pada Allah SWT dengan apa yang Dia sudah kurniakan dan kita tak jalankan tanggungjawab kita sebagai hamba.

Sekian....

11 comments:

  1. Terbaik Tuan...terima kasih atas pencerahan...

    ReplyDelete
  2. Boleh terangkan tak kenapa sekiranya kita buat perbandingan secara contribution amount tp benefit utk takaful lebih sedikit berbanding conventional.. Sekiranya utk menjaga jumlah tabarru' fund yg semakin berkurang, kenapa conventional yg sangat ramai pemegang medical card berbanding takaful dan juga claim juga tinggi, masih boleh berjalan seperti biasa tanpa ada sebarang penarikan benefit.. Selain dari itu, selain dari contribution every month digunakan utk medical card, berapa banyak yg digunakan utk pelaburan? Dan duit utk pelaburan itu diasingkan dari tabarru' fund atau disekalikan sahaja.. Sy bertanya sbb sy pernah didatangi oleh agen PruBSN utk medical card 3 in 1, tp sy perasan apa yg cuba ditonjolkan bagusnya medical card ini dgn boleh claim itu ini.. Tp banyak benda yg tidak jelas dan maafkan sy, utk client baca policy word by word mmg sgt susah apatah lagi byk perkataan yg kurang difahami..

    Assalamualaikum

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam Azlansyah...

      Saya akan jawab based on apa yang saya faham dan maklumat2 yang saya pernah dapat sepanjang pengalaman saya.

      1. Pertama sekali, kita kena fahamkan prinsip asas framework antara business insurance conventional dan takaful. Saya harap Tuan Azlansyah dah baca dan fahamkan artikel yang saya tulis di atas.

      Conventional = Duit premium adalah duit company, dan mereka boleh invest kat mana mereka fikirkan boleh dapat return yang tinggi. Supaya boleh dapat untuk dan cover cost. So, that boleh maintain "protection fund"...kalau dalam takaful merujuk kepada dana tabarru'. Secara umumnya, atau bahasa yang lebih mudah nak difahami...Investment portfolio antara yang patuh shariah dengan yang tak patuh shariah....agak2 mana satu akan bagi return of investment yang lebih tinggi.

      Contoh, kalau invest kat company yang business dia ada offer business casino, arak...dan pelbagai lagi jenis business yang tak patuh shariah....dengan invest kat company yang strict dari process menjalankan business (mesti tidak melibatkan gharar, maisir dan riba')....agak2...mana satu akan berikan keuntungan yang lebih?...Jadi, kat situ, company conventional ada buffer yang lebih utk cover cost. Saya tak nak ulas lebih lanjut, saya rasa semua orang boleh faham yang ini.

      Pengendali takaful boleh invest sesuka hati macam company insurance, asalkan dapat untung. Mereka kena follow guideline shariah.

      Sebelum saya pergi ke point berikutkan, Tuan Azlansyah ada mention, pihak insurance conventional tiada penarikan benefit, actually, mereka juga ada buat beberapa perubahan business rules yang melibatkan elaun hospital.

      Actuallly, kalau kita refer kepada Prudential Assurance dan PruBSN takaful, kedua2 company melaksanakan pendekatan yang sama, iaitu, menghadkan elaun hospital. Sebab mereka mengkaji dan mendapati, benefit ini menjadi antara faktor claim perubatan tinggi, kebanyakkannya berkaitan dengan claim behavior client. Selain, menjadi selling point yang selalu digunakan oleh agent ketika present pada client.

      2- Peratusan pembahagian jumlah pelaburan dan dana tabarru, anda boleh refer kepada jadual caj2 takaful dan yang berkaitan (biasanya ada pada policy atau pun quotation yang diberikan oleh agent kepada client atau potential client)...sebab ianya agak technical. Kalau Tuan tengok jadual tu lebih mudah untuk diterangkan dan mungkin lebih mudah Tuan untuk faham.

      Delete
    2. 3- Bila menyebut pelaburan ada 2 bahagian...iaitu (duit untuk peserta ...dilaburkan akan dimasukkan semua ke dalam account peserta)...dan untuk akaun khas peserta (tabarru') dilaburkan dan kesemua pelaburan akan dimasukkan ke dalam tabung tabarru semula. Cuma tabarru' ini mempunyai pelbagai portfolio (bahagian)...ada yang datang dari benefit kematian, sakit kritikal, dan juga yang sedang dibincangkan sekarang ini adalah dari portfolio medical card. Kalau anda boleh buat sedikit research mengenai business medical card nie, ia sebenarnya adalah losing business...claim biasanya hit more than 100%....(ini yang saya pernah diberitahu dan ditunjukkan datanya)....so, macam mana boleh bayar claim jugak?...walau pun dah lebih dari 100%....itu yang datang dari portfolio lain dan pulangan pelaburan. Sekiranya dana tabarru ini ada lebihan (surplus)...contoh...Company budget tahun nie claim RM 500 juta....then, company boleh manage claim cuma RM 480 juta...so RM 20 juta tersebut dipulangkan kepada peserta dan company dalam nisbah 80:20. Apa jadi kalau takde surplus...kalau takde surplus, tiada pulangan...jadi, pihak company kena uruskan claim tersebut sebaik mungkin agar jangan setiap tahun takde surplus atau defisit...sebab kalau defisit...maksudnya, company mungkin terpaksa pakai duit yang diallocatekan untuk claim akan datang...pada masa sekarang....jadi, pada masa akan datang...macam mana agaknya?...

      3- Saya ucapkan berbanyak terima kasih kepada Tuan Azlan, kerana sudi bertanya. Sekurang2nya kita sebagai agent dapat berkongsi maklumat kepada client. Agar client lebih faham. Sebab kekeliruan ini hanya boleh diselesaikan dengan ilmu....iaitu, kita kena cari pencerahan....in sha Allah kita akan lebih rasional dan tidak simply2 menyalahkan orang lain.

      Memang terus terang asya cakap, pihak company PruBSN khususnya, banyak juga perkara2 yang mereka patut improve dan kalau Tuan bertanya kepada saya, apa yang bagus pihak Management PruBSN, sepanjang saya bersama dengan agency force, mereka boleh menerima teguran, pandangan dan feedback dari pihak client dan agency force...khususnya agent2 dan leader2....untuk terus memperbaiki kelemahan dan boleh memberikan perkhidmatan yang terbaik. Tapi biasa la...yang tak puas hati kat luar tu bukan sedikit...dan mereka sentiasa mencari kelemahan dan hebahkan kepada media social. Tapi, kami sebagai agent di bawah PruBSN dan Prudential...hanya boleh focus pada kami punya circle of control...selebihnya, kita kena faham..tiada satu pun syarikat di dunia ni yang perfect. Sedangkan company Apple yang hebat macam tu, ada "pembenci a.k.a haters"..mereka sendiri...so, tak pelik benda nie berlaku. Apa yang paling penting adalah, kita terus memberikan yang terbaik kepada semua orang.

      Saya harap, saya menjawab persoalan tuan.

      Sekian. Terima Kasih.

      Delete
  3. alhamdulillah, detail betul penerangan En Aziz. Terima kasih atas ilmu dan info yang diberikan

    ReplyDelete
  4. Masalahnya kalau betul2 sakit dan perlu warded utk kali ke 3... berapa yg perlu dibayar? Ada ke duit sampai rm7000_10000 contohnya? Memang blh claim balik...tp nk bayar dulu tu membebankan bg sy...sbb tu kita ambil medical card utk ringankn beban bila masuk hosp swasta..sy gomen servant...anak sy dan sy pun amik medical card prudential bsn..skrg sy baru dpt sorg baby...tgh berkira2 nk ambil medical card utk baby pulak...tp bila compare dgn company lain sy rasa mcm nk keluarkn anak sy, ngan saya sekali dr prudential.n baby pun mgkin akan ambil medical card company lain...anyway tq atas info...n utk makluman encik,sy n anak x penah guna n claim lgsung medical card ni...klu anak sakit sy bawak gi pantai hospital,byr pakai duit sndri minimum pun kne rm200...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya faham masalah tuan, in fact kami pun sudah berusaha utk minta pihak pengurusan utk remove rules tu disebab case2 yg genuine. Tapi, mcm yg saya bagitahu, ia sebagai counter measure utk mengawal claim habit pihak yg tak beretika. Tapi kami tetap akan usaha untuk minta management remove rules tersebut. Dan comment Tuan saya akan ajukan kpd pihak pengurusan. Mudah2an mereka boleh consider utk remove kembali seperti asal.

      Delete
    2. As Salam..Ahamdulillah dan terimakasih..penerangan yang sangat membantu dan bermanafaat…saya ada beberapa pertanyaan…Harap Tuan dapat membantu

      1) Adakah memo dari company berkenaan manafaat Hospital Alliance Services tertakluk bagi semua pemegang polisi sedia ada atau pemegang polisi baru selepas memo dikeluarkan.
      2) Bolehkan tuan memberi penerangan terperinci berkenaan Hospital Alliance Services…adakah semua manafaat perubatan…contohnya bagi pemegang polisi medical card Health Enrich Premier…manafaat yang tertera adalah antaranya seperti berikut

      a) Bilik dan penginapan hospital harian(365 hari setahun)….rm500-rm1000
      b) Elaun Tunai Harian Masuk Hospital (365 hari setahun)….rm200
      c) Pembantu Perubatan Khas Harian (365 hari setahun)…rm200
      d) Unit Rawatan Rapi (120 hari setahun)
      e) Rawatan dan prosedur pembedahan
      f)Perkhidmatan dalam Hospital yang berkaitan

      * Adakah semua manaafaat di atas hanya layak dituntut untuk 2 kali dalam 12 bulan atau manafaat tertentu sahaja…di harap tuan dapat membantu
      Thanks
      Lin

      Delete
    3. 1. Memo tersebut applied untuk semua policy sama ada yang baru atau lama.

      2. Untuk pengetahuan Cik Hazlina Zailani, syarat ini telah pun ditarik balik selepas rundingan dengan semua pihak (syarikat dan pihak agency (agent dan manager)...Cuma, syarat2 lama masih terpakai and company ada hak untuk put on hold claim client sekiranya terdapat sebarang "keraguan" ketika nak claim.

      Delete
  5. macam mana dengan peningkatan bayaran bulanan.....

    ReplyDelete
  6. Peningkatan bayaran bulanan adalah disebabkan kenaikan caj pada medical card yang mana ramai yang aware bahawa sekarang ni inflasi ke atas kos perubatan sangat tinggi. So, caj yang dulu tak cukup untuk tampung (walau pun dulu kiraan untuk inflasi telah difaktorkan dalam kiraan)...tapi, disebabkan teknologi perubatan yang sangat canggih dan cepat berkembang, keadaan ini menjadi lebih kritikal. So, apa yang saya difahamkan, kalau tak dinaikan caj untuk medical card, mungkin dana tabaru' akan lebih cepat susut.

    Untuk penjelasan lanjut, boleh set appointment dengan saya, dan saya akan kongsikan lebih terperinci.

    ReplyDelete