Persoalan berkenaan kos barang naik tapi gaji tak naik-naik atau naik sikit bukanlah sesuatu perkara yang baru. Dari dulu memang dah ada masalah dan cabaran macam nie.
Cuma bezanya dari segi berapa teruk kenaikkan barang-barang tersebut khususnya barang-barang keperluan. Barang-barang yang tak boleh tidak kena beli jugak, iaitu seperti keperluan tempat tinggal, makan dan minum, pakaian dan juga perluan asas lain yang lain.
Keadaan sebegini yang menyebabkan ramai anak muda, khususnya yang baru graduate dan masuk dalam alam pekerjaan terjebak dengan masalah kewangan disebabkan setiap minggu nak outing dan healing.
Dalam artikel ni, saya nak kongsi tips dan cara mudah korang boleh dapatkan duit lebih, walaupun korang ada kerja sepenuh masa. Jom kita tengok dan korang kena baca sampai habis.
1. Freelancing: Jual Kemahiran Korang
Sebenarnya, apa-apa kemahiran yang korang ada sekarang, boleh digunakan untuk jana pendapatan sampingan. Contohnya, kalau korang pandai menulis, buat design grafik, coding, atau urus media sosial, ada permintaan untuk semua kemahiran ni kat luar sana!
Macam mana nak mula?
- Daftar kat platform macam Upwork atau Fiverr, letak servis yang korang boleh tawarkan.
- Gunakan LinkedIn untuk bina rangkaian dengan bakal pelanggan.
Kelebihan:
- Masa kerja yang fleksibel.
- Boleh buat dari rumah.
- Dapat pengalaman tambahan yang boleh bantu korang dalam kerjaya sepenuh masa.
2. Mengajar Online : Kongksi Ilmu korang
Kalau korang power dalam subjek tertentu masa belajar dulu, apa kata mengajar online? Korang boleh ajar orang subjek macam Bahasa Inggeris, matematik, coding, atau apa-apa je kemahiran yang korang hebat. Platform macam Chegg Tutors, Preply, dan Wyzant boleh hubungkan korang dengan pelajar seluruh dunia.
Kelebihan:
- Masa fleksibel—boleh ajar lepas kerja.
- Tak perlu keluar rumah—semua online.
- Boleh caj ikut kadar yang korang rasa sesuai dengan kepakaran.
3. Jual Barang Online: Buka Kedai Kecil
- Fikirkan produk yang unik dan korang seronok nak jual.
- Gunakan media sosial untuk promosikan produk.
- Mulakan kecil-kecilan dan gunakan keuntungan untuk kembangkan bisnes.
- Potensi pendapatan tanpa had.
- Boleh kerja lepas waktu pejabat atau hujung minggu.
- Belajar kemahiran keusahawanan.
4. Melabur dalam Saham Dividen: Biar Duit Bekerja Untuk Korang
Kalau korang nak pendapatan pasif, melabur dalam saham dividen mungkin pilihan yang baik. Saham dividen akan bagi korang keuntungan secara berkala hanya dengan memiliki saham tersebut.
Cara nak mula:
- Buka akaun pelaburan dengan platform seperti Rakuten Trade atau Bursa Anywhere.
- Pilih syarikat besar dan stabil yang menawarkan dividen tetap.
- Guna duit dividen tu untuk melabur balik supaya portfolio korang makin besar.
Kelebihan:
- Masa yang minimum diperlukan lepas korang dah buat pilihan saham.
- Dapat pendapatan pasif berterusan.
5. Kerja Sampingan: Gigs atau Part-Time
- E-hailing: Jadi pemandu untuk Grab atau AirAsia Ride.
- Hantar barang/makanan: Guna platform macam Lalamove, Foodpanda, atau GrabFood.
- Gigs task: Join TaskRabbit atau GoGet untuk buat kerja-kerja kecil macam angkat barang, bersihkan rumah, atau pasang perabot.
- Tak perlu kemahiran khusus.
- Korang boleh pilih masa nak bekerja.
- Dapat duit cepat dan tunai.
6. Monetize Hobi Korang
- Kalau korang suka fotografi, jual gambar kat website macam Shutterstock.
- Kalau korang pandai membakar kek, ambil tempahan kecil-kecilan dari jiran atau kawan-kawan.
- Kalau korang minat kecergasan, boleh jadi jurulatih peribadi atau mula buat video YouTube.
- Dapat duit buat benda yang korang suka.
- Tak rasa macam kerja pun sebab korang enjoy!
7. Buat & Jual Kursus Online atau Ebook
- Platform macam Udemy dan Teachable membolehkan korang jual kursus korang kepada audiens global. Sama juga, kalau korang suka menulis, jual ebook kat Amazon.
- Lepas set up, boleh jana pendapatan pasif.
- Korang boleh capai audiens seluruh dunia.
- Bina reputasi sebagai pakar dalam bidang korang.
8. Jadi Ejen Jualan Takaful dan Unit Trust
- Dikawal selia oleh bank negara sebab ia adalah produk kewangan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan dan Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013.
- Komisen (income berterusan). Sebagai contoh, kalau jadi ejen takaful, komisen akan dapat selama 6 tahun untuk satu plan yang client sign up.
- Untuk Unit Trust pula, komisen akan dapat sekali setiap jualan, tapi akan dapat trailer commission (untuk pelaburan yang masih ada dalam dana dan selagi ia tidak dikeluarkan ejen akan dapat trailer commission).
- Tidak perlu simpan stok.
- Prospek pelanggan sangat ramai dan sentiasa ada demand.
- Ada peluang untuk simpan duit sebab ada bonus.
- Peluang untuk dapat incentive luar negara
- Peluang untuk kembangkan kerjaya.
- Ada duit pencen (Retirement Gratutity Benefit - RGB)...yang mana apa cukup umur 60 tahun, akan dapat lump sum money hasil dari manfaat RGB tersebut.
Sekarang nie ada offer dari company untuk dapat elaun + komisen sekiranya korang berminat nak explore peluang sebagai ejen takaful atau unit trust di tempat kami.
Senior Agency Manager
No comments:
Post a Comment