25 August 2015

Pembahagian Caruman Dalam Plan Takafulink PruBSN

As salam semua pembaca blog saya....saya ingin update sikit antara persoalan yang sering ditanya oleh client atau prospect mengenai plan takafulink PruBSN....iaitu, pecahan caruman. Jadi, untuk memudahkan pemahaman semua orang, saya buat infogram pecahan2 caruman dan bagaimana pecahan tersebut mempengaruhi simpanan.

Secara umumnya, pecahan caruman terbahagi kepada 2 iaitu (Caj Wakalah dan Sumbangan yang diperuntukkan untuk membeli unit). Lihat gambarajah.

1- Caj Wakalah adalah bahagian untuk membayar commission agent dan yang berkaitan dengan rangkaian pengedaran (distribution channel). Caj ini hanya dikenakan selama 6 tahun pertama sahaja mengikut peratusan tertentu seperti dalam rajah.

2- Pembelian Unit  pula adalah pecahan caruman yang digunakan untuk membeli unit saham dana takafulink PruBSN iaitu sama ada Dana Ekuiti, Dana Urus atau Dana Bond (mengikut kehendak client)....Dan setelah digunakan untuk membeli unit saham, jumlah tersebut kemudiannya di tolak dengan beberapa caj lain iaitu Tabarru', caj perkhidmatan dan Caj Pengurusan Asset. Kemudian, lebihan dari situ akan dimasukkan dalam sijil sebagai Nilai Tunai (cash value).

Oleh kerana caj wakalah akan berkurang dari setahun ke setahun, jumlah yang akan diperuntukkan untuk membeli unit saham bertambah sehinggalah 100% duit caruman digunakan untuk membeli unit saham.

Sila rujuk quotation (bahagian nilai tunai) dan lihat pergerakkan harga sekiranya sijil telah lama mencarum, nilai tunai akan bertambah termasuklah semua pulangan pelaburan. Namun begitu, kita perlu juga melihat caj tabarru' yang mana apabila meningkat umur, ada satu tahap bahawa tabarru's caj lebih tinggi dari allocation premium....Sebab apa?..sebab risiko telah berubah disebabkan oleh faktor usia. 

Kepada sesiapa yang ingin mencarum dalam akaun takafulink PruBSN, dinasihatkan agar memahami perkara ini agar tidak berlaku salah faham dan tanyalah kepada agent anda bagaimana mekanisma nilai tunai dan perlindungan berubah-ubah sekiranya kita ubah jumlah caruman.

Kepada sesiapa yang ingin mendapatkan khidmat nasihat takaful percuma, boleh hubungi saya di 019-323 2121. Ada banyak tips dan tricks yang anda patut tahu sebelum anda memiliki akaun takafulink ni dan jangan hanya dengar dan terus percaya kepada maklumat yang diberikan oleh agent bukan dari PruBSN Takaful, kerana mereka tidak mempunyai maklumat yang lengkap berbanding kami yang memang pakar dalam products yang kami sediakan.



Allocation Contribution

Kepada anda yang ingin mendapatkan pemahaman yang lebih jelas, boleh PM saya di facebook www.facebook.com/azizriadi



2 comments:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete