22 September 2015

5 Langkah nak mulakan PELAN PENGGANTIAN GAJI SUAMI

Suami dan Isteri Kata Nanti Dulu.001


Assalamualaikum....

Berdasarkan pengalaman saya dan perkongsian beberapa orang agent yang saya jumpa bila berkongsi pengalaman.

Sebenarnya memang banyak kali jumpa statement nie bila kita sebagai wakil takaful open plan pada si isteri, then isteri kena le tanya izin suami, .....then bila agent follow up, Isteri kata "Suami saya kata hlod dulu"...."Suami saya tak setuju untuk ambil"..."Suami saya kata membazir"...Begitu juga berlaku pada pihak suami, isteri pulak akan ada yang kata nanti dulu, membazir atau tak penting......

Tapi, apabila crisis berlaku kepada isteri atau tanda2 crisis akan berlaku, suami lah antara yang  terawal suruh isteri cari insurance or takaful dengan harapan boleh cover penyakit yang dah terjadi. Macam tu jugak kalau suami yang kena, ada yang isteri mencadangkan untuk cari plan insurance segera dengan harapan boleh cover apa yang dah sakit.

Baiklah....kalau bab sakit nie, medical insurance atau medical card pada sesetengah orang memang bukan keutamaan sebab mungkin mereka ada pilihan lain....antaranya..

1. Mereka fikir mereka masih muda dan sihat
2. Mereka fikir sebab mereka ada manfaat medical card company yang cover sampai meninggal dunia. Walau pun dah bersara dari company tu, tetap company bg medical benefit kepada beliau dan ahli keluaga beliau sampai bila2.
3. Mereka fikir mereka boleh pergi ke hospital kerajaan.
4. Mereka fikir mereka ada manfaat company yang cover semua kos rawatan mereka tanpa had selagi mereka berkhidmat dengan syarikat tersebut.
5. Mereka ada simpanan yang banyak, dah standby untuk cover cost rawatan...

Saya setuju dan saya tak nafikan semua ini. Cuma apa yang saya cuba tekankan adalah mengenai PLAN PENGGANTIAN PENDAPATAN SUAMI sekiranya suami pergi kerja, kemudian tak balik-balik terus....saya ingin bertanya kepada isteri-isteri....kalau jadi macam nie kepada suami anda....adakah bulan2 berikutnya company akan tetap bayar gaji suami anda? Anda fikir dengan akal jawab dengan hati.

Saya ada terbaca muka depan surat khabar bertajuk "MISKIN SELEPAS CERAI"



1-Miskin Selepas Cerai


Mungkin ramai yang pernah terbaca artikel ini. Cuma ada yang fikir...ini kes cerai....suami isteri....Suami mungkin tak bg nafkah menyebabkan isteri yang sebelum ni mungkin suri rumah tiada sumber pendapatan...boleh jatuh miskin apatah lagi kalau duduk bandar.

Tapi, ada sejenis cerai lagi yang orang kekadang tidak ambil kisah sangat...iaitu "CERAI MATI"....kes yang sama...cerai jugak...berpisah dan tak jumpa sampai bila2. Tapi kos kehidupan tetap kena tanggung. Mungkin ada yang terbaca kisah isteri pilot MH17 jual kuih untuk sara keluarga yang keluar di surat khabar...Alhamdulillah....masih ada peluang untuk mendapatkan income....cuma, kalau ada cara lain yang lebih mudah untuk dapatkan income suami (kalau ditakdirkan suami terus tak balik2 disebabkan kematian)...adakah kita ingin ambil tahu dan ambil tindakan segera?...Terkadang, kita dah tahu pun, cuma kita tak ambil tindakan segera...sebab rasa benda tu tak berlaku kat kita, benda tu kena kat orang lain dan sebagainya....kita selesa dengan apa yang kita ada sekarang tanpa buat perancangan.

Memang benar, apabila suami meninggal dunia, Allah yang akan jaga isteri dan anak2....itu memang natijahnya...tapi, mereka diamanahkan kepada siapa?....

Pesanan saya kepada semua pasangan suami isteri di luar sana....fahamkan apa yang saya cuba sampaikan...dan bertindaklah segera sebagai ikhtiar kita. Selebihnya kita serahkan kepada Allah.

Saya kongsikan beberapa tip asas perancangan PLAN PENGGANTIAN GAJI SUAMI...atau Husband's Income Replacement (HIR)...

1. Kira semua sumber pendapatan keluarga...(contoh, gaji suami, gaji isteri (kalau isteri berpendapatan), mungkin ada pendapatan sampingan lain....seperti sewa rumah, dividen pelaburan dan sebagainya). Jadi pendapatan ni boleh dipecahkan kepada 2 yang asas dan yang paling simple.


  • Active (Gaji, part time income) - Kita kena kerja untuk dapatkan pendapatan
  • Passive (Dividen Tabung Haji, Positive Cash Flow sewa rumah, Dividen ASB etc) - Duit yang bekerja untuk dapatkan duit.
Dari sini nanti, kita boleh tetapkan berapa yang kita perlukan untuk ambil sum covered atau sum assured (jumlah pampasan). Saya cadangkan kita focus kepada income yang active dulu. Sebab income yang active nie, kalau suami takde, terus stop...so ini yang kita patut focus supaya pendapatan still dapat walau pun suami dah takde. Analogi mudah...macam paip air laa....kalau masa suami ada, keluar air...kalau suami dah takde pun, tetap keluar air untuk kegunaan keluarga.


2. Ambil masa duduk berbincang dengan suami dan kira semua expenses yang perlu dalam keluarga. Expenses pun boleh bahagian kepada 2 bahagian :


  • Must have (keperluan yang wajib ada contoh makan minum, pakaian, tempat tinggal, elektrik dan air etc)
  • Nice to have (kalau ada bagus, kalau takde pun still boleh hidup dengan selesa...contoh, astro, internet, air cond dan beberapa benda lain lagi)


3. Kira berapa sum covered yang diperlukan. So, kita dah tahu berapa income dan berapa expenses...so, kira berapa banyak daripada perbelanjaan asas kita yang masih bergantung kepada active income? Kira dalam bulanan....sebab expenses nice to have...kalau dah terdesak sangat kita boleh stop. Untuk perbelanjaan asas pulak, kalau nak lagi jimat, kita mungkin boleh reduced kan sikit lifestyle....untuk yang ada simpanan EPF, kita juga boleh masukkan simpanan tersebut sebagai backup tambahan sekiranya kita dah tiada untuk mengurangkan jumlah sum covered. Jumlah sum covered kurang, kuranglah caruman bulanan. 

Ada beberapa cara yang kita boleh gunakankan untuk tentukan berapa sum covered...

  • Untuk satu tempoh tertentu (bergantung kepada keadaan dan perancangan anda)...mungkin tanggungan anda sedikit atau anak2 di bawah tanggungan anda sudah besar, dalam masa 5-6 tahun mereka sudah boleh berdikari dan boleh bantu ibu mereka, so, mungkin kita boleh pendekkan jumlah coverage
  • Untuk sampai bila2. Yang ni pulak kalau kita plan nak dapat income berterusan....paling minimum adalah 10 x ganda income tahunan suami. Kenapa?...saya buat perkiraan mudah.
    • Katakan gaji suami RM 5,000 sebulan. Setelah dikira expenses must have, sebanyak RM 2,500 diperlukan. Jadi, 10 kali ganda income tahunan = RM 5,000 x 12 bulan x 10 tahun = RM 600,000. Pampasan kematian atau lumpuh kekal keseluruhan yang diperlukan adalah RM 600,000.
    • Jangan gunakan terus semua duit tersebut. Di sini anda memerlukan kebijaksaan waris (dalam context yang saya nak cerita nie adalah isteri). So, Isteri kena cerdik....antara pilihan yang ada dan simple adalah..masukkan semua RM 600,000 tu kedalam Tabung Haji, dan ambil setiap bulan RM 2,500 untuk perbelanjaan asas. Apabila cukup tahun pertama, TH biasa (kalau ikutkan track record berikan dividen dalam 6.5%)...so duit simpanan anda dalam TH (RM 600,000 - RM 30,000 = RM 570,000). Sebab RM 30,000 tu adalah perbelanjaan tahun pertama selepas suami meninggal dunia...so balance RM 570,000 akan dapat dividen 6.5% setahun = (570,000 x 6.5% = RM 37,050)....setahun dividen RM 37,050. Jadi, isteri boleh dapat income passive sebanyak lebih kurang RM 3,000 sebulan. Kalau dilihat kepada perbelanjaan asas memula kita kira tadi adalah RM 2,500 sebulan. Dapat dari dividen tabung haji RM 3,000....so, pakailah duit dividen sahaja. So, selesai masalah nak ganti income suami kalau suami pergi kerja, terus tak balik sampai bila2 disebabkan meninggal dunia.

4. Dapatkan khidmat nasihat agent yang berpengalaman dan telus untuk dapatkan kiraan jumlah caruman bulanan untuk sum covered yang diperlukan. Jumlah caruman bulanan berbeza bergantung kepada umur dan pekerjaan dan juga sejarah kesihatan. Lagi muda, lagi murah dan coverage lagi tinggi. Untuk case study di atas...katakanlah umur suami 30 tahun, tidak merokok dan kelas pekerjaan 1 (Di pejabat dan tidak melibatkan kerja2 manual)...


Sebagai Contoh
  • Caruman Bulanan : RM 250 
  • Jumlah Pampasan Kematian : RM 600,000
  • Jumlah Pampasan Lumpuh Kekal Keseluruhan : RM 600,000
  • Caruman Percuma sekiranya disahkan mengidap salah satu dari 36 jenis sakit kritikal.
  • Anggaran pulangan nilai tunai selepas 30 tahun : RM 47,000
5. Bertindak segera. Kalau anda tak sure macam mana nak mula. Boleh hubungi saya (019-323 2121) untuk process financial health check. Dan in sha Allah saya akan berikan penyelesaian kewangan yang baik. 


5 comments: