30 January 2016

UBAH CARA KITA - FIKIR, RASA & BERTINDAK untuk UBAH APA YANG KITA AKAN DAPAT

UBAH cara kita BERFIKIR, UBAH cara kita RASA, UBAH cara kita BERTINDAK...in sha Allah, HASILnya pun akan BERUBAH.....

UBAH BESAR-BESARAN SEKARANG!!!
==============================================


Video yang saya kongsikan ini adalah event Prudential di Genting International Convention Center semasa Leader Conference.

Pada mulanya saya main shoot2 biasa sahaja pakai go pro + stabilizer , tapi sekali saya download, nampak macam best pulak video nie...then saya edit sikit dan kongsikan kepada orang di social media.

Apa yang saya ingin kongsikan adalah....dalam dewan ni ada dalam 1500 Leaders (Manager yang mengetuai unit (sekumpulan agent2) di Prudential)....saya pun terfikir...adakah mereka semua dulunya sebelum join mmg dah berjaya?..atau anak orang senang?..keluarga kaya raya?..saya pun reflects dengan diri saya...

Saya dulu dari keluarga yang dikategorikan susah (cuma saya bersyukur saya tak rasa susah sebab saya dah biasa dalam keadaan tu)...kalau orang lain tengok kira mmg keluarga yang susah.

So, saya ubah cara berikir, cara rasa, cara bertindak (walau pun masa tu saya tak belajar cara nak ubah diri secara sistematik)...but now saya memang dah belajar and amalkan...Alhmadulillah, selepas 13 tahun, saya mencapai tahap macam sekarang nie, Agency Manager dengan agent hampir 250 orang.

Jadi, dalam dewan conference nie, saya rasa ramai yang macam saya, pernah lalui zaman mencabar dan akhirnya, sampai ke tahap ini. Dan terus terang saya bagi tahu kepada anda, kalau dikirakan dari segi purata income LEADER di PRUDENTIAL yang hadir conference tersebut antara 30K hingga 40K sebulan....ya, bukan 3 ribu ke 4 ribu, tapi 30 ribu hingga 40 ribu sebulan...yang asalnya mungkin sama dengan orang lain yang income 3-4K sebulan.

Apa yang buat mereka boleh sampai tahap ini?...

#1- Of course tak boleh disangkal, ianya adalah kuasa dan kehendak Allah

#2- Mereka UBAH (cara fikir, rasa, bertindak)

#3- Mereka buat process tersebut di atas berulang-ulang sampailah mereka capai tahap sekarang..

So, kepada anda yang ingin tahu macam mana nak ubah income anda dari 3-4K sebulan ke 30K-40K sebulan.

SAYA JAMIN, SAYA BOLEH BANTU ANDA UNTUK DAPATKAN INCOME seperti yang saya katakan di atas IN SHA ALLAH.

So, nak tahu lebih lanjut, layari blog saya www.azizriad.com atau website saya www.aarassociates.com utk dapatkan tips and tricks buat business..

Aziz Riadi
Coach Takaful #1
www.aarassociates.com
019-323 2121
abdazizriadi@gmail.com
Banner Fb Page Version 2.1

24 January 2016

Tips Handle Cabaran Kegawatan Ekonomi - Repost Tuan Zaidi Ismail

Kegawatan-Ekonomi-Malaysia-2015 copy

Assalamualaikum, saya nak kongsikan tips yang menarik dan praktikal, cuma memerlukan determination yang tinggi untuk implement. Saya merupakan ahli Urus Insan, tapi tak sempat nak pergi coaching 1 on 1 dengan Tuan Zaidi Ismail nie, sebab saya pun sibuk dengan coaching session saya dengan agent-agent saya...

Ini adalah facebook beliau. Boleh follow facebook beliau.  https://www.facebook.com/urusinsan

So, maybe ianya bagus untuk anda. Ada banyak benda yang beliau tuliskan telah pun saya amalkan, Alhamdulillah..memang berkesan. Walau pun berguru secara online, tapi memang saya follow exactly apa yang beliau sarankan. Saya pernah ikuti seminar beliau dalam "Pelabur Underground 2014"...dan banyak tips yang saya pakai dari idea2 beliau.


MENGHADAPI MUSIM EKONOMI GAWAT ..
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
.
Salam tuan..saya nak tanya pasal ahli urusinsan yg tuan cakap dlm post2 tuan..maaf saya baru dapat tahu pasal tuan melalui rakan saya.. boleh tuan bg penerangan sikit pasal program ni? siapa2 boleh join ke? walaupun tiada aset, semata2 hutang, liabiliti?
.
t.kasih atas pencerahan.. saya banyak baca post2 tuan..saya terasa mcm banyaknya yang x betul dlm pengurusan kewangan saya..saya mencari2 siapa yg boleh bantu saya..
.
Saya bekerja, suami saya baru diberhentikan kerja hujung tahun lepas dan masih takde keje lg smpaila ni.. saya agak terdesak skang dengan perbelanjaan n anak2 yg masih kecil (2org usia 2thn, 4 thn) , saya harap tuan bole jelaskan apa hala tuju program ni agar saya tahu btol ke x keputusan saya ni..
.
Fee tuan tidakla banyak mana bagi saya..cuma saya kena pk btol2 kalau nak bg tuan rm600 tu disaat hidup saya tgh kucar kacir ni.. bukan smpai tahap x makan..alhamdulillah makan pakai masih ok..cuma hutang makin bertambah (credit card) utk cover belanja keluarga sejak suami x bekerja..
.
terima kasih atas masa tuan..
.
KOMENTAR SAYA.
~~~~~~~~~~~~~~~
.
Saya dah hadapi 3 kali musim ekonomi gawat (1997-98 , 2003-2004 , 2009-2010) , ini nak masuk kali ke 4 dan setiap kali musim ekonomi gawat , harta saya bertambah, korang baca molek-molek. Saya tidak tahu apa yang korang bakal buat untuk hadapi kegawatan 2016-2017 mendatang , apa yang saya buat dulu dan akan terus buat adalah :-
.
1. TERIMA KENYATAAN = Lebih cepat kita terima kenyataan , lebih cepat kita bertindak , bincang dengan orang tersayang dan ambil tindakan.
.
2. JUAL = Semua beban atau benda / perkara yang tidak memberikan pulangan kepada saya , terutama jika benda / perkara itu sudah 3 bulan tidak di sentuh (seperti pakaian dll) , saya kumpul hasil jualan sebagai modal (buat senarai dan jual). Masa saya jual dulu , saya dapat kumpul RM16K (tahun 1997/1998) , mula berniaga dan cari ILMU.
.
3. CARI / BUAT KERJA = kalau saya ada 1 kerja , saya akan cari kerja yang ke 2 , 3 ,4 , 5 dan buat duit sebanyak yang boleh , janji halal , terutama kalau saya di berhentikan kerja. Saya pernah bawa diri ke luar negara (USA) selama hampir 2 tahun mencari pengalaman di negara orang.
.
4. MERINGKAS HIDUP = Kalau perlu pindah , pindah sebelah tempat kerja , kalau perlu guna satu kenderaan (kongsi) , kalau perlu kongsi tuala mandi , shampoo , apa juga yang boleh meringkaskan (simplify) hidup , matikan semua jenis langanan subsripsi seperti ASTRO , Majalah dll dan "revise" semula bayaran ansuran bulanan insuran / takaful 
.
5. CARI ILMU = Hampir tertinggal pulak , saya masuk kelas , seminar , beli / baca buku , cari mentor , berkuli dan sebagainya untuk tambah ILMU , masa banyak sebab masa tu takda kerja.
.
6. BELI HARTA SEBANYAK YANG BOLEH = Lihat tawaran-tawaran pembelian harta yang murah-murah , perniagaan ,hartanah dan apa juga yang di kategorikan sebagai harta (ikuiti , aliran tunai dan peningkatan nilai). Ini akan amat membantu masa akan datang. Ini adalah satu-satunya perkara yang kita belanja semasa musim gawat. Yang lain kita tangguh atau langsung tak payah belanja.
.
7. TAWAKAL DAN DEKAT DIRI DENGAN TUHAN (sendiri mau ingat) 
.
8. BERKATA "TIDAK" DAN TANGGUH = Tidak kepada perkara-perkara tidak mendatang faedah dalam hidup , jangan cari penyakit , saya dah buat posting tentang perkara ini , malas nak ulang banyak kali dan tangguh perkara yang boleh di tangguhkkan dan buat bila ekonomi dah baik atau tak perlu buat langsung seperti kenduri kahwin ala "wedding of the year" , yang penting nikah , buat kenduri makan nasi ayam 50 orang dah cukup. Buat yang wajib jer.
.
9. BUAT PEKAK , BUTA DAN TULI = Kepada kata-kata nista orang lain dan ajakan dan sembang kencang mereka-mereka yang cuba ambil kesempatan terutama adik beradik , kawan-kawan dan sedara mara , fokus pada diri sendiri dan keluarga (anak bini).
.
10. TUTUP / LUPUS = Hutang-hutang bodoh secepat mungkin. Terutama hutang yang buat kita rasa menyesal setiap kali nak tidur malam.
.
11. JANGAN MALU = Minta tolong dengan orang kalau perlu , bukan semua benda kita pandai , begitu juga dengan menerima pemberian orang lain , Abang Ngah saya tidak pernah tolak kalau saya beri baju / pakaian lama saya , kalau dia tak muat , dia bagi anak-anak dia pakai , dia dah bersara kini , takda hutang , rumah , kereta semua dah habis bayar , hidup tenang , hari-hari layan masjid depan rumah. Umur tak sampai pun 55 tahun.
.
12. KURANGKAN ALASAN LEBIHKAN USAHA DAN TINDAKAN = Ini paling penting.
.
Itu jer saya nak pesan , hidup korang bukan ada orang lain yang nak tanggung , korang sendiri juga yang tanggung , persetankan orang lain , bukan mereka yang nak hadap kehidupan korang , kalau korang nak rasa perkara yang orang lain tidak pernah rasa , korang kena berani buat apa yang orang lain tidak buat.
.
Akhir kalam , saya tinggalkan satu madah berhelah buat korang pikir , kalaulah kecantikan dan kekayaan itu boleh bawa kebahagiaan , mana mungkin Fasha Sandha dan Nora Danish bercerai dengan orang yang sama - OK baiiii.




NOTE : Nak buat INCOME TAMBAHAN?...kalau anda nak tahu macam mana boleh buat income tambahan sebagai perunding Takaful...saya boleh tunjukkan cara. Penerangan PERCUMA, PM whatsapp 019-323 2121. Fast Action, Fast Result.


P/S: Akhir kalam dia tu mmg sangat WIN!!!

Aziz Riadi
Coach Takaful #1
019-323 2121
www.facebook.com/aar.associates


Banner Fb Page Version 2.1

15 January 2016

MG Klang PRIVATE ONLINE VIDEO LEARNING Page

Berikut adalah link kepada PRIVATE ONLINE VIDEO LEARNING untuk agent-agent Muqmeen Group.

Senarai Video Untuk Rujukan Anda.


  • 5 Kaedah mudah dan berkesan untuk mulakan perbincangan berkenangan Perancangan Kewangan
  • 4 Step Presentation Flow yang Berkesan
  • 5 Perkara penting untuk mendapatkan TRUST



#1- 1MINUTE SALES TECHNIQUE  (1MST)




Topic : Macam mana nak start bukak cerita takaful dengan guna Teknik Curi Duit Dalam Bank pada natural market. 

Selain itu, saya share jugak macam mana nak dapatkan contact number dengan pantas dari stranger dan terus buat mereka jadi natural market kita. Kaedah yang sangat simple dan berkesan. Sila ulang tayang video nie sampai anda expert. Anda kena amalkan apa yang saya ajar dan share dalam comment ya.





#2. Presentation Technique : BWRD - Born - Work - Retire - Death


Cover Photo BWRD


#3 - 2 LINES PRESENTATION / TEKNIK CURI


2 Lines Presentation Flyers.001

LINK VIDEO : KLIK SINI

#4 - SAMPLE BUAT QUOTATION


LINK VIDEO : KLIK SINI


#5 - SAMPLE BUAT QUOTATION (KANAK2, BUDGET BAWAH RM 100)




LINK VIDEO : KLIK SINI


#6 - PERSONAL FINANCIAL HEALTH CHECK SHEET



LINK VIDEO : KLIK SINI

#7 - HOW TO CLOSE BIG CASE USING DEPOSIT MATRIX TECHNIQUE



LINK VIDEO : KLIK SINI


#8 - HOW TO CONVERT STRANGER TO NATURAL MARKET



LINK VIDEO : KLIK SINI

#9 - HOW TO USE PRUBSN E-MOBILITY

Prubsn Mobility Thumbnails

LINK VIDEO : KLIK SINI

14 January 2016

5 Pekara anda perlu tahu mengenai Business & Mentor

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua....

MENTOR...perkataan yang sering kita dengar sekarang nie bila nak buat business....kena cari mentor. Tapi ada juga yang tak anggap benda nie penting. Pada saya pulak?...ia sangat penting. Alhamdulillah, semenjak dulu lagi saya buat business Insurance dan Takaful, saya ada mentor saya....dan sekarang nie sudah 14 tahun saya dalam business....ramai jugak yang dah jadi protege saya...giliran saya pulak mencurahkan bakti jadi MENTOR...

Ada 5 benda penting saya nak kongsikan kepada anda semua mengenai buat business dan mentor nie...

#1 - Kenapa perlu ada MENTOR?

Tak kisah sebenarnya kalau tak mentor pun. Tapi kenapa saya pilih untuk ada mentor?...sebabnya simple sahaja. Kalau kita boleh buat sesuatu tu lebih pantas dari pada biasa dengan ada orang tunjukan jalan short cut dan orang tu pulak monitor kita supaya jangan buat silap, kalau buat silap pun cecepat mentor akan tegur dan betulkan...so, risiko nak silap dan bak rugi boleh dikurangkan. So, bila kita dapat jimat masa, dan duit...itu pada saya satu kejayaan yang besar dalam business...

#2- Apa itu MENTOR?

Ada banyak takrifan...kalau pakai bahasa kita2 nie...macam kita punya guru dalam business la. So, dia ada proven success dalam business yang mana mereka boleh ajar kita untuk lebih berjaya dalam masa yang singkat dan lebih tinggi kejayaan yang kita boleh capai. Mereka sentiasa positive dan mereka melihat business lebih tinggi dari level yang kita nampak. Sebab tu, kekadang saya just follow apa yang mentor saya cakap, tak payah argue2...

Apa sebabnya?..sebab mereka dah lalui apa yang saya bakal lalui ..in sha Allah. Sama macam video yang saya kongsikan dalam AAR 360'....kalau orang yang naik pernah sampai puncak yang tinggi, sudah tentu pandangan, pengalaman dan perasaan mereka berbeza dengan apa yang orang yang berada di bawah atau baru nak naik. So, kena believe la apa yang mereka katakan. Sebab tu, kena cari MENTOR yang bebetul nak bantu kita.....





#3- Macam mana nak cari MENTOR?

Mentor nie ada banyak jenis, sama ada sama bidang, lain bidang tapi berkaitan, sama ada dari segi teknikal, mindset, spiritual dan lain2 lagi. So, anda perlu cari banyak mentor. Tak semestinya satu mentor. Sebab apa?..manusia tak sempurna, sure kita boleh belajar macam2 dari mentor yang lain. Yang penting, kita jadi anak murid, jangan le besar kepala bila kita dah berjaya...always hormat guru kita....

#4- Apa jadi kalau takde MENTOR?

Boleh jer buat business takde MENTOR. Anda belajar le dari kesilapan atau buat le business melalui jalan yang sukar...boleh berjaya juga In sha Allah...tapi pada saya, saya sanggup invest untuk belajar dari MENTOR...sebabnya

  • CEPAT - masa pada saya lebih berharga dari duit. Kalau cepat kita berjaya, jimat le banyak masa dan kita boleh berjaya lebih tinggi lagi dan boleh menambah nilai dalam kehidupan ramai orang lain.
  • DAPAT KURANG KESILAPAN - Kalau kita boleh belajar dari kesilapan orang lain, kenapa nak belajar dari kesilapan diri sendiri. Dalam hal nie, kena cerdik...so pandai sahaja tak cukup..kena CERDIK.
  • BOLEH BERJAYA KE TAHAP YANG LEBIH TINGGI - Yang ini kita mampu untuk pergi lebih tinggi dan kita mudah nak percaya sebab ada orang bantu, ada orang guide, dan ada orang yang mungkin boleh tunjukkan sesuatu kejayaan yang mereka dah capai, so, kita mudah untuk dapatkan keyakinan dalam besarkan business.
#5- BERTINDAK SEKARANG JUGA.... - Fast Action Fast Result...cari mentor segera dan belajar dari mereka...

Sekian dari saya...

Aziz Riadi
Coach Takaful #1
019-323 2121
www.aarassociates.com

Banner Fb Page Version 2.1

07 January 2016

Apabila ATM "OUT OF SERVICE"....Pernah anda alami?..

ATM Out of Service


Pernah tak anda mengalami saat di mana nak cucuk duit, tetiba kat screen ATM  tu ada tulis "HARAP MAAF...PERKHIDMATAN MESIN INI TERGENDALA SEBENTAR"...

Dan cuba bayangkan masa tu kita bebetul memerlukan duit.....dan itu sahaja ATM machine yang ada dan kita dah takde duit langsung dah masa tu?...contoh, kita nak isi minyak, minyak dah takde langsung dalam tangki, dan duit dalam wallet kita pun kering....yang ada dalam account bank sahaja, then bila jumpa mesin ATM, sekali rosak pulak. Nak pergi cari tempat lain jauh atau dah takde lagi dah tempat lain?...agak2 macam mana kita masa tu?..

Option yang ada :

#1 - Call isteri or suami or kengkawan minta rescue (duit or belikan minyak or something)

#2- Minta tolong orang disekeliling untuk beri bantuan yang kita perlukan...

#3- Redha dan tak buat apa2....sampai le machine ATM tu ok semula.

#4- Cari machine ATM lain dengan bantuan orang lain...

dan banyak lagi options...

Ok, baik...anda dah dah faham dan dah rasa serta boleh bayangkan apa yang saya ceritakan kat atas....

So,.....sekarang...bayangkan ini pula...

Kalau anda seorang ayah atau ibu, atau penjaga, atau anak yang menjadi harapan ibu ayah atau keluarga sebagai "bread winner" atau tempat bergantung....ANDA SEBENARNYA ADALAH MACHINE ATM KEPADA MEREKA....

Kenapa saya bagitau macam tu?..sebab..

#1 -  Kalau anda seorang ayah, anak2 anda atau isteri anda yang tak bekerja, akan minta duit pada anda...dan anda akan berikan duit ikut apa yang diminta atau ikut apa yang patut mereka dapat....

#2 - Kalau anda seorang ibu yang mungkin anak2 anda tiada ayah, anak2 anda akan minta duit pada anda untuk keperluan mereka


#3 - Kalau anda seorang anak yang menjadi harapan untuk menanggung keluarga, semua ahli keluarga yang anda, mengharapkan duit dari anda untuk keperluan mereka....

Anda bayangkan, anda adalah sebuah ATM Machine, dan tetiba disaat orang2 yang perlukan anda untuk berikan sumber kewangan kepada mereka....anda tidak boleh bagi lagi sebab "OUT OF SERVICE"...macam mana boleh out of services?

Kita semua manusia biasa mempunyai life risk yang sama....iaitu 

  • Risiko Kematian / Lumpuh kekal keseluruhan
  • Risiko sakit kritikal sampai tak boleh kerja
  • Risiko Kemalangan (mati atau lumpuh)
  • Risiko penyakit yang memerlukan kos rawatan yang tinggi dan rawatan segera....
  • Risiko umur panjang dan memerlukan simpanan utk hari tua..

So, semua life risk ni akan membawa kepada risiko lain iaitu dari segi kewangan "Financial Risk"...iaitu...."KEHILANGAN SUMBER KEWANGAN ATAU PENDAPATAN"...

Tapi, orang2 yang bergantung dengan kita, tetap perlukan sumber kewangan tersebut utk meneruskan kehidupan (dari segi kewangan)....jadi, apa jadi kalau ATM machine rosak?...apa BACKUP PLAN ANDA?..

Kami boleh bantu anda dengan mengenalpasti tahap kesihatan kewangan anda secara mudah dan practikal. Kalau anda ingin mendapatkan khidmat nasihat macam mana nak buat backup plan kalau "ATM Machine Out Of Services"..boleh hubungi saya dengan masukkan details anda dalam link ini


Satu perkara lagi, kalau "ATM Machine rosak" sebab machine kena ganti yang baru sebab machine lama tak boleh pakai atau tak de orang nak pakai....(Kena berhenti kerja sebab syarikat anda kerja buang orang"...anda boleh datang ke SEMINAR PERCUMA SAYA...FINANCIAL INTELLIGENT SEMINAR 2016. 

Isi details anda di bawah ini...  



Saya akan tunjukkan jalan dan kongsikan macam mana anda boleh buat ATM MACHINE yang sentiasa boleh bagi duit pada anak2 anda, isteri anda, atau keluarga anda...

Sekian...

Aziz Riadi
Coach Takaful #1
019-323 2121



Banner Fb Page Version 2.1

06 January 2016

Aku pula bila? Tapi pasti akan tiba.....

Assalamualaikum sahabat sekalian...

Aku memang balik kampung sebulan sekali. Dulu masa Arwah mak dan ayah aku ada, aku balik kebih kerap. Masa mak sakit, lagi kerap aku balik, tapi bila balik, aku kurang perasan benda ni sebab aku punya focus lebih kepada cabaran dalam family aku.

Minggu lepas aku balik...macam biasa, solat maghrib di masjid berhampiran dengan rumah aku....aku terpandang jemaah otai2 yang ada....30 tahun dulu, aku solat di masjid yang sama, jemaah otai2 ni semua masih gagah, steady...dan aku terus teringat jemaah2 yang biasa solat di masjid 30 tahun lepas....ramai yang dah meninggalkan dunia.....termenung seorang diri, mengimbau seorang demi seorang, lepas seorang, seorang.....ada yang aku sempat ziarah semasa kematian mereka, ada yang aku hanya dapat tahu bila balik kampung mereka sudah tiada. Dan sudah tentu, salah seorang dari mereka adalah Arwah ayah aku sendiri.....yang telah meninggalkan kami terlebih dahulu. Beliau yang push aku untuk solat dimasjid sewaktu kecil, dan beliau juga yang selalu akan panggil aku bila hampir waktu solat dan masa tu aku sedang bermain bersama kawan2 untuk bersiap ke masjid. Walau pun masa tu bacaan solat pun masih berterabur. Dan yang paling aku sangat ingat adalah waktu subuh, beliau kejutkan aku, dalam keadaan angin yang sejuk (dulu kat kampung sangat sejuk disebelah pagi) pergi melangkah ke masjid....dan solat subuh berjemaah. Dari kecik dah kena push...tak tahu sebab apa pun solat di masjid....Ya Allah, Engkau rahmatilah roh kedua ibu dan ayah aku.

Kemudian ada satu suara kecil berbisik...."Aku pula bila?"....tersentap dengan suara tu, sebab kita melihat orang lain dan jarang-jarang kita merenung diri kita....aku tak boleh beri jawapan bila, tapi apa yang aku mampu buat adalah sentiasa berusaha untuk persiapkan diri utk tiba waktu "bila" itu.

Balik kepada jemaah masjid tadi. Aku terpandang seorang jemaah baru bangun dari saf menujunkeluar masjid, ya...aku kenal sangat jemaah itu, jiran aku yang dulu dia adalah imam solat 5 waktu...sebab bila waktu solat jumaat, imam lain yang akan take over. Beliau berjalan dalam keadaan terbongkok2 dan kaki yang lemah apabila melangkah...nampak uzurnya berbanding 10-20 tahun lepas...sekali lagi lagi suara kecil....satu masa nanti, kalau umur panjang, aku pun mungkin dalam keadaan yang macam tu. Tiada sorang pun akan kekal muda, kekal sihat, kekal kuat...sebab setiap yang bernyawa itu akan merasai mati...kecuali yang Maha Kekal, iaitu Allah SWT.

"Aku pula bila." 

Masih tak dapat nak menjawab soalan aku sendiri. Now aku bertambah sedar, hidup  di dunia ni adalah sangat singkat....sangat terhad...jadi, ambil kesempatan....persiapkan diri untuk ke alam yang kebih kekal. Adalah sangat-sangat merugikan kalau kita terlepas peluang yang Allah berikan dengan kita abaikan masa dan saat itu berlalu.

Terlintas satu persoalan dalam benak aku, kita boleh merancang business kita dengan pelbagai persediaan, pelbagai usaha, pelbagai sumber, pelbagai idea.....tapi, adakah kita merancang utk kehidupan kita yang lebih lama dengan hanya buat ala kadar...buat asal buat atau asal boleh? Sedangkan yang kita akan tempuhi adalah lebih lama....selama-lamanya....

Sama-samalah kita perbaiki....mohon pada Allah, agar Allah lorongkan kita dengan hidayahNya.

Bila kita ingin pergi ke suatu tempat....kita rancang then baru sampai ke tempat tu, atau kita sampai ke tempat tu dulu baru kita rancang nak pergi tempat tu? Fikir-fikirkanlah...

Akhir sekali...

Aku pula bila? .....Pasti akan tiba....

Kongsikan kalau anda fikir ianya bermanfaat.







Banner Fb Page Version 2.1