Assalamualaikum sahabat sekalian...
Aku memang balik kampung sebulan sekali. Dulu masa Arwah mak dan ayah aku ada, aku balik kebih kerap. Masa mak sakit, lagi kerap aku balik, tapi bila balik, aku kurang perasan benda ni sebab aku punya focus lebih kepada cabaran dalam family aku.
Minggu lepas aku balik...macam biasa, solat maghrib di masjid berhampiran dengan rumah aku....aku terpandang jemaah otai2 yang ada....30 tahun dulu, aku solat di masjid yang sama, jemaah otai2 ni semua masih gagah, steady...dan aku terus teringat jemaah2 yang biasa solat di masjid 30 tahun lepas....ramai yang dah meninggalkan dunia.....termenung seorang diri, mengimbau seorang demi seorang, lepas seorang, seorang.....ada yang aku sempat ziarah semasa kematian mereka, ada yang aku hanya dapat tahu bila balik kampung mereka sudah tiada. Dan sudah tentu, salah seorang dari mereka adalah Arwah ayah aku sendiri.....yang telah meninggalkan kami terlebih dahulu. Beliau yang push aku untuk solat dimasjid sewaktu kecil, dan beliau juga yang selalu akan panggil aku bila hampir waktu solat dan masa tu aku sedang bermain bersama kawan2 untuk bersiap ke masjid. Walau pun masa tu bacaan solat pun masih berterabur. Dan yang paling aku sangat ingat adalah waktu subuh, beliau kejutkan aku, dalam keadaan angin yang sejuk (dulu kat kampung sangat sejuk disebelah pagi) pergi melangkah ke masjid....dan solat subuh berjemaah. Dari kecik dah kena push...tak tahu sebab apa pun solat di masjid....Ya Allah, Engkau rahmatilah roh kedua ibu dan ayah aku.
Kemudian ada satu suara kecil berbisik...."Aku pula bila?"....tersentap dengan suara tu, sebab kita melihat orang lain dan jarang-jarang kita merenung diri kita....aku tak boleh beri jawapan bila, tapi apa yang aku mampu buat adalah sentiasa berusaha untuk persiapkan diri utk tiba waktu "bila" itu.
Balik kepada jemaah masjid tadi. Aku terpandang seorang jemaah baru bangun dari saf menujunkeluar masjid, ya...aku kenal sangat jemaah itu, jiran aku yang dulu dia adalah imam solat 5 waktu...sebab bila waktu solat jumaat, imam lain yang akan take over. Beliau berjalan dalam keadaan terbongkok2 dan kaki yang lemah apabila melangkah...nampak uzurnya berbanding 10-20 tahun lepas...sekali lagi lagi suara kecil....satu masa nanti, kalau umur panjang, aku pun mungkin dalam keadaan yang macam tu. Tiada sorang pun akan kekal muda, kekal sihat, kekal kuat...sebab setiap yang bernyawa itu akan merasai mati...kecuali yang Maha Kekal, iaitu Allah SWT.
"Aku pula bila."
Masih tak dapat nak menjawab soalan aku sendiri. Now aku bertambah sedar, hidup di dunia ni adalah sangat singkat....sangat terhad...jadi, ambil kesempatan....persiapkan diri untuk ke alam yang kebih kekal. Adalah sangat-sangat merugikan kalau kita terlepas peluang yang Allah berikan dengan kita abaikan masa dan saat itu berlalu.
Terlintas satu persoalan dalam benak aku, kita boleh merancang business kita dengan pelbagai persediaan, pelbagai usaha, pelbagai sumber, pelbagai idea.....tapi, adakah kita merancang utk kehidupan kita yang lebih lama dengan hanya buat ala kadar...buat asal buat atau asal boleh? Sedangkan yang kita akan tempuhi adalah lebih lama....selama-lamanya....
Sama-samalah kita perbaiki....mohon pada Allah, agar Allah lorongkan kita dengan hidayahNya.
Bila kita ingin pergi ke suatu tempat....kita rancang then baru sampai ke tempat tu, atau kita sampai ke tempat tu dulu baru kita rancang nak pergi tempat tu? Fikir-fikirkanlah...
Akhir sekali...
Aku pula bila? .....Pasti akan tiba....
Kongsikan kalau anda fikir ianya bermanfaat.
No comments:
Post a Comment