06 March 2016

#4 sebab kenapa Insurance atau takaful tu tak penting......

Takaful tak penting.001



Tak percaya? Terpulang. Sebenarnya mmg tak penting pun. Saya akan buktikan kepada anda statement saya...:D


#1 - Takaful plan atau insurance plan tu tak  penting, yang penting adalah "backup plan" yang cukup utk tanggung expenses waris kita supaya mereka tidak meminta- minta dan bayar hutang2 kita. Dan backup plan pulak tak semestinya pakai takaful. Boleh je pakai apa2 risk management tools yg ada.

Sebagai Contoh : 

Kalau anda ada cash 10 juta dalam bank dan ada "TRUSTEE" atau pemegang amanah yang dilantik mengikut lunas undang-undang, dan anda arahkan trustee secara bertulis buat macam mana anda buat semasa anda hidup, takde masalah....tak payah ada insurance atau takaful. Yang boleh bayar semua hutang kita yang kita tinggalkan dan boleh elakkan harta kita dirampas akibat tidak bayar hutang.


#2- Takaful plan atau insurance plan tu tak penting, yang penting adalah "backup plan" yang mampu diwariskan kpd waris kita  atau membayar segala hutang kita semasa kita hidup dan sah di sisi undang2. Maksudnya, bukannya kita dah sediakan backup plan, sekali bila sampai masa kita takde, semua plan tu tak boleh dilaksanakan disebabkan sekatan undang2. Jadi waris atau hutang2 kita tak dpt diselesaikan. 


#3Takaful plan atau insurance plan tu tak penting, yang penting adalah "backup plan" yang sentiasa ready kalau sesuatu risiko dalam kehidupan itu berlaku pada kita. Bukan yang memula ada backup plan, pastu tak continue. Memula mmg dah cantik backup plan yang kita plan dan laksanakan, tapi dek kerana kurang ketahanan melawan kehendak yang tidak terhad, budget untuk backup plan dihentikan menyebabkan backup plan tersebut terbengkalai. Kalau developer tak boleh continue projek perumahan yang kita beli untuk kita dan keluarga kita, bukan main kita marah. Tapi projek backup plan untuk diri kita dan keluarga kita, terbengkalai, kita tak kisah....😊

#4 - Takaful plan atau insurance plan tu tak penting dan backup plan pun tak penting kalau anda jenis yang tak amik kisah langsung dengan perkara-perkara wasiat, hutang, kewangan dan sebagainya. Dan jangan salah anggap atau salah faham dengan berkata "Aku serahkan semua kepada Allah"....betul, kita wajib bertawakkal kepada Allah, tapi setelah kita berusaha. Kalau kita main letakkan semua kepada Allah, tanpa kita usaha langsung, macam kita pulak lagi besar dari Allah (yang nie saya pernah dengar ceramah ustaz)..jadi, kita kena usaha sebagai ikhtiar kita dan baru lah kita letakkan semuanya atas ketentuan Allah. Dan jangan ingat ISLAM tak ajar kita macam mana uruskan kewangan kita atau risiko. Kalau anda boleh semak dalam surah Al Baqarah ayat 240, ada diceritakan mengenai tuntutan buat wasiat dan langsaikan hutang dan tinggal waris belanja setahun. 

Dalam Surah Al Mukminun ayat 27 pulak, ada dinyatakan mengenai risk management (macam mana Allah arahkan Nabi Nuh) masukkan setiap jenis binatang (2 pasang untuk setiap jenis)....kalau apa yang saya belajar dan faham dulu, saya ingatkan setiap jenis 1 pasang...rupanya 2 pasang...dan masa saya tanya Ustaz yang ajar saya tafsir nie, kenapa 2 pasang...(Ustaz tu beritahu, supaya tak mati, dan kalau mati ada BACKUP)....

So, kalau kita bebetul renungkan, RISK MANAGEMENT nie Allah dah ajar pada Rasul-Rasul dan Nabi-Nabi pada zaman dulu lagi. Bukannya sekarang. Dan yang paling saya kagum adalah, ianya ada dalam Al Qur'an dan kita wajib yakin yang Al Qur'an itu adalah panduan yang Allah berikan kepada kita hingga hari Kiamat. Dan ia sentiasa relevan dulu, kini dan selamanya....

Jadi, cukuplah 4 sebab saya nak share kenapa insurance dan takaful tu tak penting...dan kepada agent2 Takaful dan insurance, kalau ada prospect yang bgtau bahawa insurance tak penting, jangan nak sentap2, jangan nak down2....mmg tak penting....sebab yang penting adalah backup plan....

Backup plan yang macam mana?...kita ada 2 pilihan....sama ada backup plan yang 1 : 1, atau backup plan yang 1 : 1,000.

Kalau kita pandai, kita boleh buat backup plan 1 : 1. Tapi kalau kita cerdik, kita buat backup plan 1 : 1,000.


Disclaimer : "Kena betulkan niat dan iktiqad....backup plan hanyalah sebagai ikhtiar kita sebagai hamba, segala-galanya adalah atas ketentuan Allah. Kalau kita buat backup plan paling power sekali dalam dunia, tapi Allah tak izinkan plan tersebut terlaksana, sesungguhnya Allah Maha berkuasa atas tiap-tiap sesuatu. Sama jugak, kalau kita takde backup plan, tapi Allah pelihara kita dari sebarang musibah, itu pun sesungguhnya Allah boleh buat apa yang Dia kehendakinya...."


Sekian dari saya. Semoga bermanfaat. Kalau anda rasa artikel ini boleh beri manfaat kepada orang lain, anda share. Kalau tak, biarkan sahaja. 

Aziz Riadi
Coach Takaful #1
019-323 2121

Banner Fb Page Version 2.1

No comments:

Post a Comment