05 March 2016

Orang Malaysia Tak Cukup Coverage Takaful atau Insurance


Malaysian Under Insured.001

Bila keluar muka depan berkenaan dengan Takaful atau Insurance nie, biasanya saya tengok surat khabor omputih....yang melayu jejarang keluar....tapi tak per lah. Point saya adalah, kalau dah muka depan, sudah tentu ianya penting.

Saya nak kongsikan sikit, kepada yang tak berapa faham, apa maksud under insured?...kalau ikut bahasa kita2 nie...kira coverage tak cukup...atau pampasan tak cukup. 

Contoh senang : Kalau kita insured kereta kita harga RM 50,000 sedangkan hutang and harga pasaran dalam RM 70,000...kalau kereta tersebut accident rosak semua (total lost) atau hilang, so, kena kita kena top up sendiri. Kalau tak, hutang tak selesai.

Satu lagi nak senang faham macam nie. Kita beli baju hujan, kira nak pakai kalau hujan. Sekali, hujan, bukak2....baju kecik. Boleh tutup kepala je, badan semua habih basah lencun...so, kira tak cukup nak cover badan la....sepatutnya kalau cukup, badan semua tak basah. Tapi sebab baju hujan kecik, jadi, tak cukup nak cover badan....

Dalam case paper cutting nie, ia lebih kepada sum insured (pampasan kematian, atau lumpuh kekal keseluruhan atau mungkin yang berkaitan dengan sakit kritikal, dan tak lupa juga yang berkaitan dengan medical )...

Saya ingin share sikit ikut keutamaan...kalau dari segi perlindungan kewangan, 

#1 - PAMPASAN KEMATIAN / LUMPUH KEKAL KESELURUHAN

#2 - PAMPASAN SAKIT KRITIKAL

#3- PAMPASAN KEMATIAN / CACAT KEKAL AKIBAT KEMALANGAN

#4- TABUNG UNTUK PERUBATAN atau biasa orang panggil medical card.

Saya terangkan dengan cara yang paling mudah....macam mana nak semak sama ada cukup atau tidak....Jadi, kita kena setkan tahap kecukupan tu macam mana...

Sebagai asas, nak semak CUKUP ke tidak adalah dengan kita lihat PERBELANJAAN ASAS KITA.

1- Tempat Tinggal (asas) bukan nak bermewah.
2- Makanan
3- Pakaian
4- Bill2 asas (api dan air)
5- Kenderaan dan kos nak maintain kenderaan (yang asas, bukan kederaan mewah). 

Jadi, kira benda nie, dan setakat mana kita boleh hidup selesa (bukan sangat selesa, tapi boleh hidup tak de la dhaif sangat)...

So, sebagai contoh, kos perbelanjaan keluarga kita (kalau anda ayah dan ibu yang ada anak2)....kira perbelanjaan asas ini. Then, kita kira, kalau 

1- Meninggal Dunia? atau
2- Lumpuh Kekal Keseluruhan atau
3- Cacat kekal atau
4- Sakit kritikal 

Yang menyebabkan tak boleh kerja dan bila tak de kerja, income takde, bila income STOP, EXPENSES JALAN KE STOP?...sudah tentu jalan kan?...so, kat sini baru kita akan kira berapa coverage yang patut kita letak.

Kalau anda nak senang, just ikut formula nie...


10 x pendapatan tahunan.

Contoh : Sebulan income RM 3,000, setahun 36,000. Jadi 10 kali ganda...kena 360,000 sum covered....Macam mana nak tahu cukup ke tidak?..so, jangan gunakan habis duit pampasan tersebut. Katakan masukkan dalam ASB atau Tabung Haji...RM 360,000....setahun dividen 7%...setahun dapan dividen RM25,200. Bahagikan 12 bulan, dalam RM 2100. So, setiap bulan ada le income berterusan RM 2100.

Eh!...tapi income RM 3000, dapat pampasan RM 2100 sebulan (duit dividen)...mana cukup...sebab tu, saya ada bgtau kat atas tadi memula, kena kira PERBELANJAAN ASAS....bukan nak cover income semua sebab sudah tentu ada perbelanjaan yang kita tak berapa perlu, kita stopkan..

Tapi, kalau anda rasa nak tak cukup jugak, nak cover ikut income, buat coverage sum insured macam nie


15 x pendapatan tahunan


Tapi harus diingat, makin tinggi sum insured, makin mahal caruman takaful atau insurance. So, kena ukur baju badan sendiri. Kalau tak cukup budget, mulakan dengan yang kecil dahulu, at least setahun income. Macam yang dinyatakan dalam surah al Baqarah ayat 240..

Terjemahan :


" Dan orang-orang yang (hampir) mati di antara kamu serta meninggalkan isteri, hendaklah berwasiat untuk isteri-isteri mereka, iaitu diberi nafkah saguhati (makan, pakai dan tempat tinggal) hingga setahun lamanya, dengan tidak disuruh pindah dari tempat tinggalnya. Kemudian jika mereka keluar (dari tempat tinggalnya dengan kehendaknya sendiri) maka tidaklah kamu bersalah (wahai wali waris si mati) mengenai apa yang mereka (isteri-isteri itu) lakukan pada diri mereka dari perkara yang patut yang tidak dilarang Syarak) itu dan ingatlah, Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana." Surah Al Baqarah Ayat 240.

Sekian, semoga bermanfaat:

Banner Fb Page Version 2.1

No comments:

Post a Comment