02 October 2024

IFSA 2013 BERKENAAN DENGAN TAKAFUL


Maklumat di bawah ini adalah klausa dalam Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 berkenaan takaful dan hibah bersyarat.


 JADUAL 8
[Seksyen 140]
 PERUNTUKAN YANG BERHUBUNGAN DENGAN SIJIL TAKAFUL

JADUAL 9
[Seksyen 141]
PENDEDAHAN DAN REPRESENTASI PRAKONTRAK, DAN REMEDI BAGI SALAH NYATAAN

JADUAL 10 
[Seksyen 142]
PEMBAYARAN MANFAAT TAKAFUL DI BAWAH SIJIL TAKAFUL KELUARGA DAN SIJIL TAKAFUL KEMALANGAN DIRI

3. KESAN PENAMAAN

3. (1) Seorang penama di bawah subperenggan 2(1) hendaklah menerima manfaat takaful yang kena dibayar di bawah sijil takaful sama ada sebagai seorang wasi atau sebagai seorang benefisiari di bawah hibah bersyarat, mengikut mana–mana yang berkenaan, sebagaimana yang dinyatakan dalam borang penamaan oleh peserta takaful itu.

(2) Suatu penamaan oleh peserta takaful menurut subperenggan 2(1) bagi seorang penama untuk menjadi seorang benefisiari di bawah hibah bersyarat, hendaklah, walau apa pun mana–mana undang–undang bertulis, mempunyai kesan memindahkan pemilikan, dan hendaklah memindahkan pemilikan, manfaat takaful yang kena dibayar itu kepada penama itu atas kematian peserta takaful itu dan manfaat takaful sedemikian yang dipindahkan tidak menjadi sebahagian daripada harta pusaka peserta takaful yang mati itu atau tertakluk kepada hutangnya.

(3) Jika manfaat takaful adalah dibayar di bawah suatu hibah bersyarat, sekiranya dibuktikan bahawa sijil takaful itu telah diambil dan sumbangan takaful itu telah dibayar dengan tujuan untuk memfraud pemiutang peserta takaful itu, pemiutang itu hendaklah berhak untuk menerima daripada manfaat takaful yang kena dibayar di bawah sijil takaful sejumlah yang sama dengan sumbangan takaful yang telah dibayar di bawah sijil takaful itu.

(4) Walau apa pun subperenggan (3), sekiranya seorang benefisiari telah menerima manfaat takaful itu secara suci hati, dan manfaat sedemikian telah digunakan oleh benefisiari itu, pemiutang itu hendaklah menerima sejumlah yang sama dengan manfaat yang belum digunakan sekiranya manfaat yang belum digunakan sedemikian adalah kurang daripada sumbangan takaful yang telah dibayar.

Sekiranya anda perlukan khidmat nasihat, boleh click link http://financialcoach.wasap.my

Aziz Riadi
ShRFP
Muqmeen Group

No comments:

Post a Comment