27 September 2024

MACAM MANA NAK PILIH MEDICAL YANG TERBAIK UNTUK KITA?

 



Saya selalu dapat pertanyaan yang lebih kurang sama bila saya share pasal medical card takaful. Medical mana satu yang terbaik?

Secara jujurnya, tiada satu company atau medical card pun yang ada kat pasaran yang boleh claim medical card dia adalah yang terbaik. Sebagai contoh, macam kita tanya "Kereta apa yang terbaik yang ada di pasaran?". Sebabnya setiap company akan cuba keluarkan model atau version kereta yang terbaik dari semasa ke semasa.

Jadi, tak boleh nak claim kereta mereka la yang terbaik. Kalau dia boleh claim pun, tak lama lepas tu dah bukan jadi yang terbaik. Selain itu, dari segi keperluan pengguna, tak semua ciri2 yang terbaik diperlukan. Ada orang prefer asal ada sahaja. Cuma, pada saya, adalah sangat bagus kalau kita tahu apa2 ciri-ciri atau features yang ada untuk dijadikan sebagai kayu ukur (benchmark).

Berikut adalah panduan untuk anda yang mungkin sedang mencari medical card untuk diri sendiri atau pun keluarga.

Ciri-Cirinya adalah.



1. HAD TAHUNAN & HAD SEUMUR HIDUP
Ini adalah ciri-ciri utama yang biasa kita kena consider. 

Maksud had tahunan adalah, had berapa banyak jumlah yang kita boleh claim dalam masa setahun. 

Had seumur hidup pula adalah berapa banyak jumlah yang kita boleh claim dalam masa sepanjang tempoh coverage sehingga plan tersebut mature (matang).

Cuma, sekarang nie ada banyak medical card dah tak offer had seumur hidup. Kebanyakkannya adalah had tahunan sahaja dan tiada had seumur hidup. Sebagai contoh, had tahunan RM 200,000 (maksudnya maksimum boleh claim untuk tempoh satu tahun sebelum masuk tahun berikutnya adalah RM 200,000 sahaja). Jadi, kalau claim lebih dari RM 200,000 syarikat takaful takkan bayar. Dan client kena bayar pakai duit sendiri. 

Dan bila had tahunan tersebut dah habis limit, tahun berikutnya had baru RM200,000 akan diberikan. Dan ianya berterusan sampai la habis tempoh sijil / policy (atau orang panggil matured).

Ada jenis medical card yang kita boleh add on limit had tahunan (biasa dipanggil booster). Sebagai contoh, katakan harga untuk medical card limit RM 200,000 itu adalah RM 200 se bulan. Tapi, kita nak add on limit lebih tinggi sebagai contoh tambahan RM 1,000,000 setahun. So, kita boleh add on dengan bayar RM 260 sebulan untuk limit tahunan RM 1,200,000 setahun. (ini adalah contoh anggaran harga. Harga sebenar kena kira pakai quotation system). 

Jadi, kalau amik medic booster nie, setahun ada RM 1,200,000..dan tiada had seumur hidup, setiap tahun akan dapat renewal RM 1,200,000. Sebagai contoh katakan satu tahun tu dah claim RM 300,000. Bagi had tahunan untuk tahun tu tinggal RM 900,000. So, masuk je tahun berikutkan, limit tahunan akan naik balik kepada RM 1,200,000. Dan macam tu la seterusnya sampai habis tempoh sijil (matured).

Ada juga medical card, yang tiada had tahunan dan tiada had seumur hidup, tapi dia letakkan had untuk cost sharing. Sebagai contoh. Katakan had cost sharing adalah RM 1,000,000. So, untuk cost rawatan RM 1,000,000 pertama nie, client boleh claim terus maksimum RM 1,000,000. Selepas had cost sharing habis client kena bayar 20% dan company akan bayar 80%. Dan boleh claim sampai la habis tempoh sijil atau matured.

Untuk medical card jenis ini (tiada had tahunan dan seumur hidup, tapi ada had cost sharing)...ia harga dia lebih rendah berbanding dengan medical card jenis ada had tahunan dan tiada had seumur hidup.

Untuk kadar bilik pulak, ada beberapa pakej yang ditawarkan. Ada bilik yang ditawarkan ikut limit tahunan. Sebagai contoh 

Bilik RM 150 sehari, had tahunan RM 150,000 setahun
Bilik RM 200 sehari, had tahunan RM 200,000 setahun
Bilik RM 250 sehari, had tahunan RM 250,000 setahun
Bilik RM 300 sehari, had tahunan RM 300,000 setahun
Bilik RM 400 sehari, had tahunan RM 400,000 setahun.

Ada juga pakej medical card yang kadar bilik dan had tahunan / seumur hidup / had cost sharing yang lebih flexible. Maksudnya, katakanlah client nak bilik besar Bilik RM 500 sehari, tapi had cost sharing RM1,000,000. 

Ada juga mungkin yang nak Bilik kecik je RM 200 sehari, tapi had cost sharing RM2,000,000.

Jadi, bergantung kepada anda untuk pilih yang mana satu. Untuk dapatkan khidmat nasihat medical card percuma, boleh click link http://infoplantakaful.wasap.my



2. FULL COVERAGE ATAU DEDUCTIBLE

Ciri-ciri ini pulak adalah pilihan untuk client sama ada nak medical card yang full coverage iaitu tak perlu bayar bil langsung (semua cover, kecuali memang tak tak cover sebab termasuk di bawah GENERAL EXCLUSION atau pengecualian umum)

Ada juga yang pilihan untuk ambil deductible. Maksudnya, client kena bayar certain amount of the bill, then balance akan dibayar oleh syarikat Takaful.

Sebagai contoh, client ambil plan deductible RM 500. Jadi, setiap kali masuk ward client kan bayar RM 500, then syarikat takaful akan bayar balance. Sebagai contoh bill RM 20,000. Client kena bayar RM 500 dan syarikat takaful akan bayar baki RM19,500. Lagi tinggi jumlah diductible, lagi tinggi la jumlah client kena bayar. 

Tapi, dari segi caruman bulanan, plan full coverage akan jauh lebih mahal dari plan deductible. Lagi tinggi jumlah deductible, lagi rendah caruman bulanan. 

Dari segi semakan harga medical card (repricing)...untuk full coverage biasa caj kenaikkan harga medical card lebih tinggi berbanding dengan plan deductible. 

Semua ni memberi kebebasan kepada client untuk memilih berdasarkan kemampuan. 

Nak convenient, memang pakai full coverage, tapi harga dia memang keras. Itu belum kena "repricing" lagi. Repricing ini adalah semakan harga medical card dari semasa ke semasa. Sekiranya syarikat perlu naikkan disebabkan claim experienced tinggi, syarkat akan naikkan harga dan paling banyak naik biasanya plan-plan full coverage.

Kalau saya diberi pilihan, saya ambil deductible maybe dalam RM 300 ke RM 500. Sebab jumlah tersebut rasanya kita boleh usaha untuk dapatkan berbanding kalau ambil deductible yang lebih besar. Sebabnya, penjimatan bulanan yang saya bayar lebih rendah dari plan full coverage, boleh digunakan untuk dimasukkan dalam ASB dan ada return kat situ. Jadi, kalau perlukan duit untuk cover deductible, tu, just keluarkan duit dari dalam account ASB. Kalau tak perlu, biar je kat situ, dalat dividen.

Lebih cost effective dan practical.

Jadi, bergantung kepada anda untuk pilih yang masa satu. Untuk dapatkan khidmat nasihat medical card percuma, boleh click link http://infoplantakaful.wasap.my



3. WAIVER CONTRIBUTION

Waiver contribution ni adalah salah satu ciri-ciri benefit yang ada dalam plan medical card. Fungsinya adalah untuk cover bayaran akan datang medical card client sekiranya client disahkan mengidap salah satu dari sakit kritikal atau lumpuh kekal keseluruhan. 

Untuk parent yang ambik plan medical untuk anak-anak pulak, kalau parent yang membayar disahkan sakit krtitikal atau lumpuh kekal keseluruhan atau meninggal dunia, caruman akan datang untuk plan medical card anak tersebut akan jadi PERCUMA. Dan kalau ada cash value, termasuk dengan portion cash value juga akan dicover.

Ada plan medical card yang tak de cover benefit nie. Jadi, kalau takde, caruman untuk medical card tersebut masih kena bayar walau pun client dah sakit dan tak mampu untuk cari pendapatan untuk bayar plan medical card tu.

Saranan saya, manfaat ini patut ada dalam medical card plan anda. Kalau takde, masih ok, tapi medical card anda tak jadi medical card yang terbaik la. Sebab kalau dah sakit kritikal pun kena bayar lagi, atau kalau dah lumpuh pun kena bayar lagi, sedangkan masa tu la kita perlukan medical card tu untuk cover kos rawatan kita.

Kalau medical card dah free..dan tak payah pening kepala untuk bayar setiap bulan. PLAN DAH JADI PERCUMA. 

Jadi, bergantung kepada anda untuk pilih yang masa satu. Untuk dapatkan khidmat nasihat medical card percuma, boleh click link http://infoplantakaful.wasap.my




4. CASH VALUE ATAU NILAI TUNAI

Cash value atau nilai tunai dalam plan takaful ni merujuk kepada bahagian simpanan. Kenapa penting ciri-ciri manfaat ini?..

A. Ia sebagai backup kalau client tiba-tiba ada masalah kewangan, nak bayar plan takaful tak mampu untuk sementara waktu, plan takaful medical card ni tetap active dan boleh guna walau pun tak de bayaran caruman di buat. Ini dipanggil "cross subsidy".

B. Kalau ada cash value, kita boleh ada pilihan untuk ubah sustainability medical pan tersebut sekiranya ada aktiviti kenaikan harga medical card (repricing)...Sebagai contoh, kalau untuk plan sedia ada, medical card boleh bertahan sampai umur 80. 

Tiba-tiba medical card naik harga, dan kita belum mampu nak bayar caruman bulanan yang baru sebab mungkin belum ada kenaikan gaji atau masa tu komitmen bulanan kita masih tinggi sebab ada hutang yang belum selesai. 

Jadi, kita boleh adjust sustainability medical card tersebut, daripada sepatutnya boleh tahan sampai umur 80 tahun kita turunkan kepada umur 70 tahun. Tapi kita bayar harga medical card yang sama. Cuma, untuk masa akan datang, apabila kita dah mampu untuk bayar lebih, saya nasihatkan untuk kita bayar balik duit dalam cash value untuk kita panjangkan tempoh sustainability tersebut pada tempoh yang sebelumnya. 

Sebabnya, kena ingat, medical card atau dana perubatan nie, paling tinggi nak kena standby adalah masa umur lebih dari 60 tahun. Jadi, kalau tak de coverage masa tu, payah jugak nak cari dana untuk kos rawatan. Kalau takde pilihan, terpaksa la masuk hospital kerajaan. Sebab umur 50 ke atas, risiko penyakit terutama sakit-sakit kritikal semakin tinggi. Kebarangkalian untuk kita perlukan rawatan segera dan terbaik ketika itu sangat tinggi. 

Jadi, takkan la kita nak pakai duit saving sendiri yang kita dah allocate untuk digunakan sebagai belanja kehidupan atau living expenses.




5. DOUBLE LIMIT UNTUK RAWATAN SAKIT KRITIKAL
Features ni merupakan antara yang agak special unik bagi saya. Tidak semua medical card ada offer features ni. Sebelum saya ceritakan apa yang ditawarkan dalam features ni, suka untuk saya kongsikan bagaimana idea untuk double limit nie boleh ada.

Kita renung sekejap, bagaimana keadaan seseorang yang mengidap sakit kritikal?. Bagaimana mana dari segi kos rawatan? Dan yang mungkin jarang orang fikirkan adalah dari segoi komplikasi disebabkan penyakit kritikal tersebut.

Sebagai contoh. Rawatan pembedahan jantung, atau cancer atau sakit buah pinggang. Kebanyakkan pesakit-pesakit yang ada sakit seperti ini adalah juga mengidap sakit tekanan darah tinggi dan juga kencing manis. Ada kes di mana, rawatan sakit kritikal tersebut disertai dengan penyakit-penyakit lain dan perlu dirawat dalam masa yang sama. Jadi, kos untuk rawat sakit kritikal sahaja dah perlukan dana yang besar, bagaimana pula dengan sakit yang lain?

Jadi, kalau setakat ada annual limit yang biasa, berkemungkinan client masih lagi terbeban dengan kos rawatan disebabkan kos rawatan melebihi limit tahunan medical card. 

Itu belum lagi cerita, ada kes di mana selepas pembedahan major, terdapat kompilkasi dan akhirnya perlu warded sekali lagi untuk rawatan susulan. Kalau sekali warded dengan major operation pun boleh cecah puluhan ribu, bagaimana kalau disebabkan komplikasi perlu masuk ward semula dan kena puluhan ribu lagi. Dan dalam masa yang sama rawatan sakit kritikal pun nak kena standby juga.

Secara umumnya, manfaat ini sangat penting cover kos rawatan sakit kritikal yang semakin tinggi dan sukar untuk jangka.

Untuk mudahkan pemahaman anda. Saya kongsikan senario di bawah.

Katakan limit tahunan biasa medical card anda adalah RM 200,000 setahun. Dan tiada had seumur hidup. Jadi, apa bila anda disahkan mengidap sakit kritikal (salah satu dari 42 jenis sakit kritikal). Had tahunan anda akan digandakan 2 kali iaitu anda boleh claim sehingga RM 400,000 setahun. 

Ada yang bertanya. Adakah double limit tersebut akan berkekalan atau untuk tahun pertama sahaja selepas disahkan sakit kritikal?..
Had tersebut akan kekal berterusan disebabkan status sakit kritikal tersebut akan berkekalan hingga habis tempoh sijil takaful.

Jadi, sekiranya anda disahkan mengidap sakit kritikal, anda ada backup medical fund sebanyak 2 kali ganda dari had tahunan sedia ada. 

Kalau medical card anda ada features nie, saya boleh katakan ianya adalah special.



6. AUTO EXTEND RENEWAL TO LONGER TERM
Ini antara features yang amat bagus dalam medical card. Kenapa saya cakap bagus?..Kalau dulu, term medical card nie memang fixed dan tidak boleh diubah. Sebagai contoh, client sign up dengan term sampai umur 60 tahun atau 70 tahun. Ditakdirkan, client hidup lebih dari umur 60 tahun dan ketika itu medical card tak boleh di renew dan kalau nak sign up yang baru pun harga mungkin terlalu mahal atau sudah tak boleh sebab umur dan lanjut.

Akan tetapi, kalau nak apply terus kepada term yang lebih panjang, contoh 80 tahun atau 100 tahun, caruman pulak jadi tinggi sampai rasa macam tak mampu nak sign up. Perkara ini kekadang memberi sedikit kekangan kepada client. 

Jadi, sekarang nie ada features medical card yang boleh extend (auto extend) apabila sudah sampai tempoh matang kepada term yang lebih panjang. Cuma, harga caruman akan bergantung kepada kadar tabarru' masa itu. Tapi, sekurang2nya masih boleh renew. Duit masa tu mungkin kita boleh usaha cari dan kalau seseorang tu dah rancang kewangan mereka dari awal, dan mereka masukkan sekali budget untuk cayar caruman takaful perubatan yang lebih tinggi selepas umur bersara, rasanya mereka tak takde masalah untuk mencarum. Sementelah, pada usia emas, risiko penyakit dan semakin tinggi.

Kalau anda nak cari medical card, carilah yang ada features nie. Ia akan berikan sedikit flexibility kepada anda. So, maybe untuk permulaan ambil term yang lebih pendek, sampai umur 60 tahun atau ambil term 20 tahun sahaja, sebab bayaran caruman lebih rendah. Duit lebihan yang ada boleh digunakan untuk labur untuk dapatkan pulangan yang lebih tinggi. Pada masa akan datang, duit lebihan caruman yang dilaburkan boleh digunakan untuk bayar caruman di hari tua.


7. RELIABLE SERVICING AGENT
Untuk pengetahuan anda, plan medical card merupakan plan yang paling banyak memerlukan khidmat agent. Sebabnya 

  • Plan medical card memerlukan khidmat nasihat yang agak complicated khususnye berkaitan sejarah penyakit sedia ada. Kalau agent yang anda jumpa tidak menerangkan semua term and condition yang disenaraikan dalam jadual manfaat, dikhuatiri akan mendatangkan masalah pada masa akan datang khususnya ketika nak claim. 

    Cara nak declare masa nak apply takaful (medical card) pun sangat penting. Kalau tak declare sejarah kesihatan dengan betul dan client tidak beritahu agent, risikonya bila nak claim nanti akan jadi masalah. Tak boleh nak dapatkan khidmat online kemasukkan hospital. Maksudnya client kena bayar dulu baru boleh claim kemudian yang mana process tersebut sangat leceh. Jadi agent yang reliable dan responsible serta banyak experienced akan bantu client untuk isikan semua details dengan lebih tepat.
  • Bila nak claim medical, banyak process kena buat. Kena ambil medical report. Kekadang medical report pulak bukan sikit. Especially client yang dah pernah masuk ward atau dapatkan rawatan sebelum apply takaful.

    Saya jumpa ramai juga yang ambil medical card secara online, dan caruman dia rendah sebab takde agent yang service dia. Tapi, kena ingat, bila nak claim nanti semua client kena buat sendiri. Kalau masa tu baru je sembuh dari sakit, bila masa nak dapatkan medical report dari hospital, itu yang kekadang client tak pergi pun ambil medical card. Akhirnya, lama-lama lupa dan terus tak claim.

  • Carilah agent yang full time dan ada track record yang bagus serta active sama ada secara online atau offline. Sebab, kalau yang part time nie, dia ada kerja lain, kekadang sampai satu masa dia tak boleh nak buat business takaful nie, dia berhenti atau pun kena terminate sebab tak achieve KPI sebagai agent. Akhirnya client mereka akan diserahkan kepada servicing agent lain yang client sendiri tak kenal siapa.

  • Kalau boleh, cari la agent yang boleh berikan advice ikut keperluan anda. Untuk proper process, agent perlu dapatkan info berkenaan profile client. Sebagai contoh dari segi personal details, family details, keadaaan kewangan semasa, matlamat kewangan jangka pendek, sederhana dan panjang. Kemudian, apa risiko dan juga problem serta impact sekiranya berlaku musibah khususnya yang memerlukan backup kewangan. Kalau boleh elakkan cari agent yang hanya push jual product dan tak tahu nak berikan cadangan macam mana nak selesaikan masalah client.


8. ESTABLISHED COMPANY & AGENCY
Akhir sekali, kalau nak cari medical card, cari lah dari company yang dah established dan berpengalaman handle portfolio medical. Macam mana nak tahu company tersebut established ke tidak?....Secara umumnya, rujuk senarai pengendali takaful yang ada dalam website bank negara. Kebanyakkan company takaful yang ada lesen under Bank Negara Malaysia memang established. Cuma, pengalaman dari segi mereka handle portfolio medical.

Akhir sekali, cari lah juga agency yang established. Kerana agency yang established nie biasanya mempunyai sistem latihan yang comprehensif dan tersusun. Jadi, agent mereka lebih terlatih dan professional. Selain itu, bila nama agency sudah established, mereka akan menjaga kualiti services dan reputasi agency mereka.

Itu sahaja sebahagian dari perkongsian saya berkenaan dengan cara nak pilih medical card yang terbaik sebagai panduan.  Pun begitu, ia bergantung kepada anda untuk pilih yang masa satu. Untuk dapatkan khidmat nasihat medical card percuma, boleh click link http://infoplantakaful.wasap.my

Sekian.

Aziz Riadi
Lebih 20 tahun pengalaman dalam bidang Takaful.




No comments:

Post a Comment