16 August 2017

Apa Pentingnya Vital Behavior nie?


Vital Behavior (VB) : Boleh check kat sini kalau nak tahu serba sedikit mengenai VB nie.

Saya selalu tekan mengenai VB nie kepada agent2 saya atau sesiapa sahaja yang saya jumpa untuk sessi coaching atau ada yang nak belajar dengan saya. Sebab, dalam tempoh 14 tahun sama buat takaful nie, jadi agent dan kemudian jadi manager nie, memang VB ni adalah asas untuk kita monitor performance dan sales activity kita.

Ada yang pandang remeh mengenai perkara ini dan buat ikut apa yang mereka suka. Akhirnya sampai satu masa akan stuck dan mula lost.

Saya tak nafikan, ada banyak cara lain yang anda boleh gunakan. Tapi, sepanjang saya dalam bidang nie dan setelah saya ikuti program nie, saya gunakan VB sheet untuk monitor performance saya dan group saya. 


Memang mula2 agak sukar dan rasa leceh nak update, hari2 nak kena update, tak pun minimum seminggu sekali kena update. Tapi, sebenarnya, dari data VB itu lah yang akan boleh bantu kita tengok performance kita dari sehari ke sehari.

VB RECORDING & MONITORING

Saya gunakan online GOOGLE SHEET untuk buat monitoring. Yang mana, saya buat table dan saya letakkan coloring dalam tu.

  • Kalau tak buat lansung = '0' akan color merah
  • Kalau buat tapi tak capai target = 'x' ikut berapa yang di buat dan akan color kuning
  • Kalau buat dan capai target ikut VB requirement, akan color hijau.



Screen Shot 2017-08-16 at 12.46.51 AM

So, dengan cara ini, sekali imbas sahaja dah boleh buat initial diagnosis apa yang problem dan macam mana nak bantu tingkatkan activity dan productivity.


Selain itu, VB sheet ini juga saya gunakan untuk agent tersebut boleh membuat self diagnose, apa yang mereka kurang dan apa yang mereka mungkin dah ok dan kena kekalkan. So, kat situ kita boleh usaha untuk dapatkan performance yang consistent setiap tahun.

So, untuk sesiapa yang tak biasa buat recording, perlu belajar dan biasanya buat record dan update. Supaya, ada masa kita akan lost atau performance mula drop, kita boleh back on track balik dengan buat benda2 basic setelah diagnose data2 yang kita ada.

Saya faham, untuk sesetengah orang, memang  tak suka benda nie, sebab leceh kena update dan sebagainya...saya pun rasa benda yang sama pada permulaan saya buat benda nie, tapi setelah beberapa tahun, baru saya nampak kesannya dan kelebihan ada recording.

So, kena biasakan buat recording.

Sekian..

Aziz Riadi
Financial and Takaful Coach

1 comment: