08 September 2017

TIPS HARTANAH : PANDUAN ASAS BELI SOFA UNTUK RUMAH ANDA

Sofa

PANDUAN ASAS BELI SOFA

Panduan ini untuk kediaman kecil atau apartment sahaja. Jika rumah besar macam istana, ada kaedah lain.

1. Jangan beli sofa yang set 3+2+1. Itu untuk rumah dalam drama tv3 sahaja.

2. Beli sofa yang duduk 2 @ 3 orang duduk sahaja.

3. Untuk kelihatan ringan dan sexy beli yang ada empat kaki.

4. Jika dapat sarung boleh ditukarkan atau di cuci seperti Klippan di Ikea.

5. Pilih dari warna yang neutral, iaitu hitam, putih, kulit, grey kerana selamat dan mudah dipadankan dengan apa suasana raya.

6. Jika dapat pilih yang tiada corak atau motif yang terang kerana ia tak kekal menarik sepanjang zaman.

7. Pilih bentuk dan design yang simple yang boleh tahan lama.

8. Bentuk 'L' shape sesuai juga untuk ruang yang kecil jika ukuran sederhana.

9. Bagi ruang kecil sofa dwifungsi sebagai tempat tidur dan simpan barang juga bagus.

10. Jangan beli bentuk sofa yang pelik pelik, ia tak kekal lama dan cepat bosan.
Sofa yang baik bertahan hingga lebih 10 tahun, pilih rekabentuk yang baik dan menarik.

Tag calon isteri masing masing bagi dia rasa disayangi :-p

Sumber : https://www.facebook.com/azizulazli.ahmad


No comments:

Post a Comment